Who is online? | In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm |
| | Apa itu Al-Hikmah? | |
|
+4iltizam Juang tolokminda gaara 8 posters | |
Author | Message |
---|
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6072 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Apa itu Al-Hikmah? Thu Aug 12, 2010 4:24 pm | |
| First topic message reminder :
Salam......
Kita tidak sepatutnya menggap tugas nabi adalh sbgai posmen iaitu hanya menghantar Al-quran...
Salah satu tugas nabi ialah Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Qur’an.
Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an.
Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa contoh:
Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. ( 2:251 )
Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. ( 2:269 )
Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43]
Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:
Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4]
Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah.[an-Nisaa’ 4]
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]
Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-Kitab ).
Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga
Pikir pakai lojik juga la saudra/i...
mungkinkah kita akan berkata kepada kawan...
"SAYA NAK PERGI KE LONDON DAN ENGLAND"
Demikian juga, al-Qur’anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.
Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci.
Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang ­al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.
Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-Nisaa’ 4:54) dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa’ 4:113).
Baginda bukan sahaja diberi al-Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya (‘Ali Imran 3:164).
Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam ayat:
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; Dan ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan Kitab Taurat dan Kitab Injil.[al-Maidah 5:110, lihat juga ‘Ali Imran 3:48]
Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa Dia telah mengajar Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3] Taurat dan [4] Injil.
Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang Allah turunkan dari langit, maka perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini adalah kerana perkataan al-Kitab memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam konteks susunan dan perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih bayi yang diajarkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Isa alaihi-salam. Ini adalah sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada baginda dalam usia bayinya.
Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-Hikmah ini ialah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci Taurat dan Injil. | |
| | |
Author | Message |
---|
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6072 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Sat Aug 21, 2010 5:27 pm | |
| - Juang wrote:
- gaara wrote:
Salam...
sudah ribuan Wahyu dibawa sbgai penjelasan....
cuma sauadra juang blum dpt hidayah kot... Salam,
Ribuan wahyu? Tiada pun? Ayat semudah 16:44 juga dapat mematahkan apa yang mereka ada-adakan. Betapa hebatnya Al Quran.
Salam... x hairan saudra... puak nas otak mmg susah nk fhm wahyu.... | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6519 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Mon Aug 30, 2010 9:22 am | |
| Salam, Kalau mereka sahaja puak yang faham wahyu, tidaklah mereka guna kitab riwayat sebab mana ada wahyu suruh kumpul riwayat. Sampai ke hari ini mereka gagal kemukakan wahyu Tuhan dalam Al Quran itu suruh kumpul riwayat atas nama si polan itu. | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6072 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Tue Aug 31, 2010 12:37 am | |
| Salam...... semoga kita dapat hidayah dariNYA untuk memahami maksud tersirat yang berikut.... Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut: Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4] Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah.[an-Nisaa’ 4] Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164] Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-Kitab ). | |
| | | Muhammad Siswa-siswi
Posts : 52 Points : 5053 Reputation : 0 Join date : 2010-08-31
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Tue Aug 31, 2010 2:11 am | |
| Hikmah itu hikam Hikam itu Hukum hukum itu Hakim
Siapa Yang Menghukum dan Menghakimi.
Jika sudah mengerti Bahawa Allah Berkuasa Mutlaq
Mengapa Manusia suka Menghakimi dan Menyalahkan Orang solat ritual lah, puasa tak betullah.
Di dalam Alquran Ada Huruf tunggal Alif Lam Mim maksudnya ialah Allah maha mengetahui
Kenapa Manusia Manusia Sentiasa Merasa tahu. | |
| | | Payau Putih Siswazah
Posts : 106 Points : 5136 Reputation : 0 Join date : 2010-08-06 Location : Bumi Bertuah
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Wed Sep 01, 2010 11:11 am | |
| Salam,
Hairan juga ya..... untuk menghalalkan matlamat mereka, mereka terpaksa tercari-cari untuk di sesuaikan dengan kehendak dan kepentingan golongan mereka..... | |
| | | faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5582 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Wed Sep 01, 2010 1:08 pm | |
| - Muhammad wrote:
Jika sudah mengerti Bahawa Allah Berkuasa Mutlaq
Mengapa Manusia suka Menghakimi dan Menyalahkan Orang solat ritual lah, puasa tak betullah. Melalui wahyuNya, Allah memberi petunjuk bahwa orang beriman hendaknya menghakimi (memutuskan) menggunakan Alquran sebagai Alhakim (Pemutus). - Quote :
- Waalqurani alhakeemi (36.2)
Salam.
| |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6072 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Thu Sep 02, 2010 3:56 pm | |
| - Payau Putih wrote:
- Salam,
Hairan juga ya..... untuk menghalalkan matlamat mereka, mereka terpaksa tercari-cari untuk di sesuaikan dengan kehendak dan kepentingan golongan mereka..... Salam.... ape nak hairan saudara.... kita seharusnya betul pelik binti ajaib binti hairan apabaila ada orang mentafsirkan Al-quran dengan kepala otak sendiri dengan meminggirkan ulamak... da tu pula ada yang beranggapan tafsiran meraka lebih tepat dan hebat dari para ulamak.... | |
| | | tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5673 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? Fri Sep 03, 2010 1:41 am | |
| - gaara wrote:
- Payau Putih wrote:
- Salam,
Hairan juga ya..... untuk menghalalkan matlamat mereka, mereka terpaksa tercari-cari untuk di sesuaikan dengan kehendak dan kepentingan golongan mereka..... Salam....
ape nak hairan saudara....
kita seharusnya betul pelik binti ajaib binti hairan apabaila ada orang mentafsirkan Al-quran dengan kepala otak sendiri dengan meminggirkan ulamak...
da tu pula ada yang beranggapan tafsiran meraka lebih tepat dan hebat dari para ulamak.... Salam, Tidak ada di dalam Al-Quran yang menyatakan kita perlu merujuk kepada mana-mana "ulama" untuk memahami Al-Quran. Tuhan kata hanya Dia yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Jika "ulama" berupaya memberi petunjuk tentu seluruh manusia di bumi ini sudah jadi baik belaka. Sebaliknya di kalangan ulama sendiri pun ramai yang tidak senonoh. Malah Pak Arab yang tahu berbahasa Arab secara semulajadi pun secara umumnya berperangai tidak semenggah juga. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6519 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| | | | Sponsored content
| Subject: Re: Apa itu Al-Hikmah? | |
| |
| | | | Apa itu Al-Hikmah? | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |