E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
gaara
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
tolokminda
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
Admin
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
othman
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
faried
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
iltizam
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
masterpiece7070
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
lia
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 
Payau Putih
Buang Bayi Vote_lcapBuang Bayi Voting_barBuang Bayi Vote_rcap 

 

 Buang Bayi

Go down 
+3
Fiza
gaara
Admin
7 posters
AuthorMessage
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5908
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Buang Bayi Empty
PostSubject: Buang Bayi   Buang Bayi EmptySun Jul 25, 2010 1:46 am

Isu pembuangan bayi semakin berleluasa masa kini. Apakah peranan kita sebagai masyarakat bagi menangani masalah ini?
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6273
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptySun Aug 08, 2010 1:56 am

Salam....

sy rasa yg paling logik adalah saranan ketua polis negara supaya ibu bapa menjaga anak masing2...

klau masyarakt sy rsa kita nk tegur pasangan yg sedang berduaan pun x berani kot...

remaja skrang da lain...
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5908
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptySun Aug 08, 2010 1:30 pm

Salam,

Saranan yang baik juga.

Selain itu, ibu bapa tidak harus menghalang jika pasangan muda bercadang hendak mendirikan rumah tangga. Hantaran dan perbelanjaan kahwin juga tidak harus membebankan pihak lelaki.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6273
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyMon Aug 09, 2010 2:04 am

Salam.....

Quote :
Selain itu, ibu bapa tidak harus menghalang jika pasangan muda bercadang hendak mendirikan rumah tangga. Hantaran dan perbelanjaan kahwin juga tidak harus membebankan pihak lelaki.

pandangn yg baik dr saudra admin...

tp sy rasa klau benarkn kawin muda mereka hanya nk kawin sbb nafsu kot..

mereka blum lg dpt berfikir tujuan perkawinan tersbt...

pe pendpt saudra admin....?
Back to top Go down
Fiza
Siswazah
Siswazah
Fiza


Posts : 103
Points : 5340
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyMon Aug 09, 2010 11:14 am

Belanja kahwin yang mahal juga menjadi faktor juga. Bagaimanapun perangkaan penceraian juga tinggi. Kalau belanja kahwin terlalu murah, ditakuti mereka akan kahwin cerai ajalah.Easy come easy go.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5908
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyMon Aug 09, 2010 5:55 pm

gaara wrote:
Salam.....

Quote :
Selain itu, ibu bapa tidak harus menghalang jika pasangan muda bercadang hendak mendirikan rumah tangga. Hantaran dan perbelanjaan kahwin juga tidak harus membebankan pihak lelaki.

pandangn yg baik dr saudra admin...

tp sy rasa klau benarkn kawin muda mereka hanya nk kawin sbb nafsu kot..

mereka blum lg dpt berfikir tujuan perkawinan tersbt...

pe pendpt saudra admin....?

Salam,

Sebab apa pun mereka nak kahwin muda itu, bagi saya tak kisah. yang penting, zina dapat dielakkan.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5908
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyMon Aug 09, 2010 5:59 pm

Fiza wrote:
Belanja kahwin yang mahal juga menjadi faktor juga. Bagaimanapun perangkaan penceraian juga tinggi. Kalau belanja kahwin terlalu murah, ditakuti mereka akan kahwin cerai ajalah.Easy come easy go.

Salam,

Bagi saya, kahwin kemudian cerai tak mengapa kalau mereka sudah mengambil keputusan sebegitu. Sekurang-kurangnya dengan perceraian itu, mereka akan mendapat pengajaran dan fikiran mereka akan menjadi lebih matang pada masa akan datang.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6273
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyTue Aug 10, 2010 12:49 am

Salam...

betul juga pendpt saudara admin..

yg penting zina dpt dihalang......
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6273
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyWed Aug 18, 2010 2:24 am

BANDAR BAHARU, 11 Ogos: Kerajaan sepatutnya mewujudkan program menerapkan nilai-nilai murni di kalangan remaja, mendedahkan mereka tentang dosa dan pahala secara serius, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu, Ustaz Yaakub Hussein.

Justeru, katanya keputusan Kerajaan Negeri Melaka untuk tetap melaksanakan cadangan mereka bagi mewujudkan sekolah bagi remaja hamil pada bulan September yang akan datang disifatkan sebagai satu keputusan yang tidak bijak.

Beliau berkata, dengan wujudnya sekolah sedemikian akan menambahkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah.

Katanya lagi, kewujudannya tersebut seolah-olah menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dengan kegiatan yang meruntuhkan akhlak tersebut setelah yakin anak yang akan dilahirkan secara tidak sah taraf itu akan mendapat perlindungan dari pihak yang sudah sedia menanti bagi memberi perlindungan.

"Dengan adanya sekolah ini maka remaja akan bersikap tidak bertanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. Sepatutnya kerajaan mewujudkan program menerapkan nilai-nilai murni di kalangan remaja, mendedahkan mereka tentang dosa dan pahala secara serius.

"Kes pembuangan bayi semakin meningkat di kalangan pelajar sekolah. Oleh kerana itu tingkatkan hukuman dan penerangan kepada semua golongan masyarakat program yang berbentuk kempen supaya kegiatan tidak bermoral ini dihentikan segera," katanya lagi.
Back to top Go down
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam


Posts : 401
Points : 5636
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyWed Aug 18, 2010 2:43 am

Salam

Permudahkan urusan nikah, Bagi Bujangan adalah dipersetujui...

Dan Bagi yang dah kahwin
permudahkan penamaan calon baru
Supaya yang mampu dapat jadi wakil rakyat di beberapa kawasan.
Bukak ladang baru di 4 kawasan akan menambahkan hasil tanaman yang menjana ekonomi.


Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 551
Points : 5790
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyWed Aug 18, 2010 2:47 am

sebab dah ramai yg tak puasa .. asyik bercakap jer tak berfikir . kena haramkan handphone dan komputer .
Back to top Go down
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam


Posts : 401
Points : 5636
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyWed Aug 18, 2010 3:24 am

salam

Pada saya Apa yang terjadi itu juga adalah petunjuk dari tuhan jika jita mengmatinya baik baik.

Sukar untuk di fikirkan bagaimana untuk mengelakkannya dari terjadi.

Sememangnya sukar,,,,,Hanya Sama sama kita mohon doa pada Allah Agar keturunan kita di selamatkan dari terjadi....

Atau doa ini juga Akan berkesan jika sama sama kita hayati.

Quote :
25;24(alfurqan)
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan zuriat kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Hanya Allah yang mampu mengelaknya.
Kita sama sama kembali Kepada Allah

Back to top Go down
lia
Siswazah
Siswazah
lia


Posts : 120
Points : 5337
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyWed Aug 18, 2010 6:44 am

Ini tentu kena buatan orang yang bernama jantan. Kata orang kalau baik kaum lelaki dalam satu masyarakat maka kaum perempuannya juga menjadi baik. Kalau tidak ada penzina lelaki tiadalah penzina perempuan. Kalau tiada mat rempit tiada lah minah rempit. Tiada bohjan tiadalah bohsia. Lelaki dijadikan utk membimbing wanita. Lelaki seharusnya lebih berilmu dalam agama berbanding perempuan.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6273
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyMon Aug 23, 2010 4:23 am

Petikan dr sebuah blog....

Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi di Malaysia semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan kes pembuangan sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, tandas, dan longkang. Pergaulan bebas merupakan pemangkin utama kes ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah

Lebih buruk lagi pihak lelaki tidak bertanggungjawab sehingga membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan. Perempuan yang menerima anak juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Selain itu, gejala ini juga berpunca daripada faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai anak yang ramai sedangkan suami tidak bekerja. Kurang didikan agama juga merupakan salah satu punca berlakunya kes pembuangan bayi.

Selain cetek pengetahuan agama, mereka juga cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Mereka mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahala. Bagi mereka, perbuatan keji ini adalah perkara baru yang perlu dicuba. Mereka yang melakukan perbuatan salah ini tidak menerima maklumat yang betul dari pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah yang diterima sebagai contoh tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji ini berlaku dengan sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang mempunyai anak tanpa berkahwin.

Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh yang demikian pegangan agama yang utuh dalam kalangan remaja penting untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain itu individu sendiri perlu mempunyai kesedaran
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 551
Points : 5790
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyMon Aug 23, 2010 3:00 pm

kalau dah nak sangat tu kawin jer la ... kalau tak banyak2 puasa .
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6273
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyWed Aug 25, 2010 2:14 am

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6273
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptyWed Aug 25, 2010 2:19 am

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.
Back to top Go down
masterpiece7070
Siswazah
Siswazah
masterpiece7070


Posts : 260
Points : 5476
Reputation : 0
Join date : 2010-08-20
Age : 43

Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi EmptySat Aug 28, 2010 11:22 pm

Saya agak tertarik juga dengan nikah khitbah/gantung nih tapi sebelum tu harus difikirkan juga tanggungjawab siapa seandainya mereka mempunyai anak2 seperti:

1- perbelanjaan
2- penjagaan
3- pengurusan
4- pembiayaan persekolahan
5- tempat tinggal

Rasanya banyak juga implikasinya jika nikah gantung nih dilaksanakan. Takkan semua ditanggung oleh pihak perempuan sahaja atau sebaliknya atau kedua-duanya sedangkan mereka belum mempunyai pendapatan. Kajian yang lebih mendalam perlu diadakan supaya tidak ada sesiapa yang akan menderita (mangsa) kelak.
Back to top Go down
Sponsored content





Buang Bayi Empty
PostSubject: Re: Buang Bayi   Buang Bayi Empty

Back to top Go down
 
Buang Bayi
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Lain-lain-
Jump to: