Subject: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sat Aug 21, 2010 2:02 pm
Di seminar pemikiran Fazlur Rahman, pada September 2005, Daniel Pipes, penulis "The Pope and the Koran" yang disiarkan diakhbar 'New York Sun' dahulu, telah mengambil kenyataan Pope Benedict XVI tentang al-Quran dari Paderi Joseph D. Fessio, bahawa dalam pandangan tradisional Islam, Tuhan telah menurunkan kata-kataNya kepada Muhammad, yang merupakan kata-kata abadi. Kerana itu, mustahil untuk menyesuaikannya dengan kondisi atau menafsirkannya. (There's no possibility of adapting it or interpreting it). Oleh itu menurut Pope, al-Quran tidak dapat diubah dan tidak dapat diaplikasikan. (something dropped out of Heaven, which cannot be adapted or applied). Itu memberi impak yang besar, iaitu Islam adalah agama yang statik, yang terpaku pada satu teks yang tidak dapat diadaptasikan. (This immutability has vast consequences: it means "Islam is stuck. It's stuck with a text that cannot be adapted).
Tentang Bible pula Pope berpendapat, Tuhan menggunakan manusia dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk mengungkapkan kata-kataNya kepada manusia. (He's used His human creatures, and inspired them to speak His word to the world). Menurut Pope, Bible adalah "Kata-kata Tuhan yang turun melalui komuniti manusia." Dengan kata lain Bible adalah 'Firman Tuhan', yang mengandungi unsur manusiawi. Maka, kata Pope, didalam Bible itu ada logika dalaman yang memungkinkan untuk disesuaikan dan diaplikasikan sesuai dengan situasi (kondisi) yang baru. (Thereis, in other words, "An inner logic to the Christian Bible, which permits it and requires it to be adapted and applied to new situations).
Demikianlah pendapat Pope yang telah diedit, dikemukakan disini untuk informasi, ini kerana pendapat beliau mengenai Bible itu menunjukkan ilmu Ketuhanan beliau. Artikel penulis Daniel Pipes yang penuh boleh dilihat dilaman web ini: http://www.danielpipes.org/article/3281
Perlu diketahui bahawa kebanyakan orang membuat tanggapan mengenai agama berdasar perilaku dan pemikiran penganut-penganutnya bukan berdasar kajian terhadap Kitab Suci mereka. Oleh itu pendapat Pope mengenai al-Quran itu mungkin hanya berdasarkan cara kebanyakan orang-orang yang mengaku Islam itu berfikir, dimana ramai yang memuliakan al-Quran dengan asumsi-asumsi yang statik. Akibatnya tidak ada pembaharuan dalam tafsiran al-Quran, dan reputasi al-Quran sebagai Kitab Suci yang benar jatuh merudum, implikasinya gejala murtad pula yang berlaku. Wallahu'Alam.
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sat Aug 21, 2010 2:36 pm
Salam,
Sebenarnya bila ada ayat Al Quran seperti "supaya mereka memikirkan" (16:44) dan "mendengar ucapan dan mengikut yang terbaik" (39:18). itu menunjukkan Al Quran itu bersedia untuk ditafsirkan secara dinamik sesuatu mengikut zaman.
Masalahnya sekarang sikap kebanyakan orang Islam hari ini yang tidak terbuka untuk berbeza dengan kepercayaan tradisi mereka. Mereka sudah tiru kembali perangai orang kafir terdahulu yang merasakan apa yang pembesar agama mereka tetapkan, itulah yang semestinya kena ikut dan tidak boleh diubah-ubah. Mereka tidak tahu nak bercara hidup (deen) secara kreatif untuk mencapai objektif-objektif yang ditetapkan di dalam Al Quran.
Atas kesedaran itulah kita cuba nak kikis sifat tak boleh berbeza kepercayaan tradisi itu dalam masyarakat Islam agar minda mereka boleh terbuka. Kita hanya boleh mencuba, tetapi dalam Al Quuran ada sebut yang Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusah mengubah bermula dalam diri mereka sendiri.
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sat Aug 21, 2010 6:35 pm
Juang wrote:
Sebenarnya bila ada ayat Al Quran seperti "supaya mereka memikirkan" (16:44) dan "mendengar ucapan dan mengikut yang terbaik" (39:18). itu menunjukkan Al Quran itu bersedia untuk ditafsirkan secara dinamik sesuatu mengikut zaman.
Benar sekali...
Juang wrote:
Masalahnya sekarang sikap kebanyakan orang Islam hari ini yang tidak terbuka untuk berbeza dengan kepercayaan tradisi mereka.
Jika benar begitu, itulah masalahnya yg menyebabkan tafsiran al-Quran menjadi statik i.e tidak mengikut zaman...
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sat Aug 21, 2010 7:18 pm
Salam,
Saya berpendapat masalahnya bukan Al-Quran perlu terjemahan baru atau moden. Apa yang kita perlu adalah Al-Quran diterjemahkan dengan betul. Jika kita ibaratkan Al-Quran sebagai alam ini, terjemahan atau tafsirannya atau kefahaman terhadapnya adalah ilmu manusia. Jika salah terjemahan atau tafsiran atau kefahaman manusia terhadap sesuatu yang terbentang di hadapan mereka, maka tidak bergunalah ia walaupun dianggapnya sebagai ilmu. Maka selagi dia tidak membetulkan terjemahan, tafsiran atau kefahamannya kepada apa yang benar maka akan tersadailah dia dengan kebodohan tanpa mampu melakukan apa-apa yang bermakna dan berguna.
Misalnya selama ribuan tahun manusia menganggap bumi ini mendatar, maka akibat berpegang kepada terjemahan atau tafsiran atau kefahaman yang salah terhadap alam yang Tuhan bentangkan di hadapan mereka - walaupun sebenarnya telah disertakan pelbagai petunjuk tentang keadaannya yang bulat, maka manusia terkongkong di persekitaran mereka dan tidak sedar bahawa bumi yang Tuhan hamparkan untuk mereka jauh lebih besar dari apa yang mereka jangka.
Begitu juga kalau kita terus dengan cerita-cerita riwayat palsu yang kononnya sesuatu itu hanya boleh dicapai melalui amalan-amalan karut tertentu maka tidak mungkin manusia akan dapat membangunkan ilmu dan teknologi sehingga tercipta pelbagai kemudahan dalam pelbagai sudut kehidupan seperti perubatan, komunikasi, kejuruteraan dan sebagainya. Hanya mereka yang bersedia mempelajari, menyelidiki dan memahami petunjuk Tuhan yang sebenar akan mencapai sesuatu yang berguna untuk dirinya atau orang lain di dunia dan akhirat.
Jadi, terjemahkanlah, tafsirkanlah dan fahamilah Al-Quran dengan kebenaran. Bukan dengan kepalsuan.
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sat Aug 21, 2010 8:15 pm
Jebon wrote:
Jika benar begitu, itulah masalahnya yg menyebabkan tafsiran al-Quran menjadi statik i.e tidak mengikut zaman...
Salam
Salam Jebon,
Ya, itulah punca yang menyebabkan tafsiran Al Quran menjadi statik. Bukannya kelemahan Allah yang turunkan Al Quran itu, tetapi kesalahan orang yang mendakwa mereka mengikut Al Quran (walhal tidak mahu ikut pun).
Punca inilah yang kita nak perbetulkan walaupun terpaksa melalui perjuangan yang pahit.
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sat Aug 21, 2010 11:41 pm
tolokminda wrote:
Begitu juga kalau kita terus dengan cerita-cerita riwayat palsu yang kononnya sesuatu itu hanya boleh dicapai melalui amalan-amalan karut tertentu maka tidak mungkin manusia akan dapat membangunkan ilmu dan teknologi sehingga tercipta pelbagai kemudahan dalam pelbagai sudut kehidupan seperti perubatan, komunikasi, kejuruteraan dan sebagainya. Hanya mereka yang bersedia mempelajari, menyelidiki dan memahami petunjuk Tuhan yang sebenar akan mencapai sesuatu yang berguna untuk dirinya atau orang lain di dunia dan akhirat.
Jadi, terjemahkanlah, tafsirkanlah dan fahamilah Al-Quran dengan kebenaran. Bukan dengan kepalsuan.
Salam TM,
Masalahnya bagi orang yang tertutup mindanya dengan kepercayaan karut-marut nenek moyang mereka itu diasuh untuk mengatakan ilmu perubatan, komunikasi, kejuruteraan dan sebagainya hanyalah duniawi. Kononnya untuk akhirat adalah amalan ritual mereka. Akibatnya mereka memisahkan ilmu-ilmu yang mereka kategorikan sebagai duniawi itu dalam kehidupan dan menyebabkan mereka jauh ketinggalan.
Sedangkan ilmu-ilmu tersebut itulah yang memungkinkan seseorang manusia menyumbangkan banyak manfaat. Dan setiap manfaat atau kebaikan itulah bekalan untuk akhirat nanti. Bukankah dalam Al Quran banyak sekali menekankan perbuatan baik?
Penyalahtafsiran itulah menyebabkan umat Islam jadi mundur, lemah, pemalas dan hidup hanya sekadar cukup-cukup makan. Mereka tidak mahu mencuba sesuatu yang kreatif dan berinnovatif yang mampu menyumbang pelbagai macam manfaat sejagat.
Yang menghairankan, walaupun realiti keadaan mereka hari ini cukup menyedihkan tetapi masih nak sombong dan berbangga diri untuk menolak Peringatan Allah.
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sat Aug 21, 2010 11:53 pm

Salam Juang,
Saya percaya jika mereka didedahkan dengan kebenaran akhirnya mereka akan sedar juga. Seperti generasi sebelum kita yang tidak percaya bumi ini bulat dan sebagainya akhirnya mereka tidak dapat mempertahankan kepercayaan palsu mereka. Tuhan kata kepalsuan tetap akan lenyap dan kebenaran akan tetap menang. Soalnya adakah kita mahu menjadi orang terakhir untuk menerima kebenaran? Bagaimana kalau terlambat?
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Sun Aug 22, 2010 12:23 am
tolokminda wrote:
Salam Juang,
Saya percaya jika mereka didedahkan dengan kebenaran akhirnya mereka akan sedar juga. Seperti generasi sebelum kita yang tidak percaya bumi ini bulat dan sebagainya akhirnya mereka tidak dapat mempertahankan kepercayaan palsu mereka. Tuhan kata kepalsuan tetap akan lenyap dan kebenaran akan tetap menang. Soalnya adakah kita mahu menjadi orang terakhir untuk menerima kebenaran? Bagaimana kalau terlambat?
Salam TM,
Sikap menunggu-nunggu untuk ikut sesuatu yang benar memang sifat orang-orang musyrik terdahulu. Mereka tertunggu-tunggu apa akan terjadi pada pemberi peringatan dalam kaum mereka walaupun mereka tahu apa yang pemberi peringatan itu sampaikan adalah benar, cuma sebab ketaksuban pada kepercayaan tradisi menyebabkan mereka rasa ragu-ragu. Sehingga sampai ke satu masa, akibat duk tertunggu-tunggu itu, hati mereka mulai keras dan menjadi seperti hati orang kafir sebelum mereka.
Sifat orang yang beriman, apabila mereka sedar akan sesuatu kebenaran dan kebaikan, mereka bersegera kepada kebenaran itu tanpa banyak soal. Ini kerana mereka tahu yang nyawa mereka dalam kekuasaan Allah. Entah sempat atau tidak untuk mereka memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu.
Janganlah nanti ada yang menyesal, kenapa ketika Allah bukakan peluang untuk berubah dan mengambil kesedaran, mereka tidak bersegera kepada Tuhan. Dalam Al Quran ada diceritakan penyesalan orang-orang kafir nanti kerana tidak mahu berubah daripada kepercayaan tradisi karut-marut mereka.
Jika umat terdahulu pernah diuji, apakah umat hari ini tidak akan diuji seperti umat terdahulu? Allah Maha Adil.
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Mon Aug 23, 2010 11:29 am
Jebon wrote:
Perlu diketahui bahawa kebanyakan orang membuat tanggapan mengenai agama berdasar perilaku dan pemikiran penganut-penganutnya bukan berdasar kajian terhadap Kitab Suci mereka. Oleh itu pendapat Pope mengenai al-Quran itu mungkin hanya berdasarkan cara kebanyakan orang-orang yang mengaku Islam itu berfikir, dimana ramai yang memuliakan al-Quran dengan asumsi-asumsi yang statik. Akibatnya tidak ada pembaharuan dalam tafsiran al-Quran, dan reputasi al-Quran sebagai Kitab Suci yang benar jatuh merudum, implikasinya gejala murtad pula yang berlaku. Wallahu'Alam.
Alquran adalah petunjuk untuk manusia (2.185).
Masalahnya, manusia dijauhkan dari memahami petunjuk Allah dalam Alquran.
Salat, shiyam dan hajj adalah cara mengakses dan memahami petunjuk tersebut, tetapi ketiga alat ampuh tersebut diselewengkan artinya menjadi ritual,
dan
mengabaikan mempelajari dan mengkaji petunjuk dalam Alquran.
Salam.
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Mon Aug 23, 2010 12:05 pm
Salam,
Bertambah parah bila mereka kata kononnya Al Quran tidak boleh difikirkan sendiri dan kena menurut membuta tuli "ulamak ugama" ciptaan mereka. Walhal terang-terang ayat 16:44 suruh memikirkan PeringatanNya yang telah diperjelaskan oleh Nabi.
Sikap tidak mahu memikirkan Peringatan itulah punca menyebabkan mereka jauh daripada mesej sebenar Tuhan. Akibatnya mereka menurut orang-orang yang mereka jadikan sekutu bagiNya. Minda mereka terbelenggu.
Apa-apa buku pun, kalau kita tidak membacanya sendiri untuk memahami, pastilah kita tidak nampak apa yang terkandung dalam buku itu.
Demikian nasib orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal kurniaan Tuhan. Di dunia lagi kita sudah nampak balasan terbelenggunya minda mereka.
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Mon Aug 23, 2010 12:29 pm
Jebon wrote:
faried wrote:
Alquran adalah petunjuk untuk manusia (2.185).
Masalahnya, manusia dijauhkan dari memahami petunjuk Allah dalam Alquran.
Wujudnya perantara2 dlm memahami al-Quran yg menjauhkan dari memahami ayat2 al-Quran secara langsung...
Para nabi dan rasul menyampaikan petunjuk Allah tanpa pamrih, tanpa mengharapkan imbalan apa pun dari umat, imbalan sepenuhnya diserahkan kepada Tuhan. Karena itu nabi dan rasul menyampaikan pesan Allah dengan sejujurnya dan objektif, tanpa memperdulikan tanggapan umat.
Dengan cara demikian, umat menjadi cerdas dan pandai, dan tidak memerlukan lagi apa yang orang namai "ulama" dan "pemuka agama". Sekarang umat dibuat jadi bodoh dan tergantung sepenuhnya kepada "ulama" dan "pemuka agama".
Last edited by faried on Mon Aug 23, 2010 12:45 pm; edited 1 time in total
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Mon Aug 23, 2010 12:33 pm
faried wrote:
Dengan cara demikian, umat akan menjadi cerdas dan pandai, dan tidak memerlukan lagi apa yang orang namai "ulama" dan "pemuka agama". Sekarang umat dibuat jadi bodoh dan tergantung sepenuhnya kepada "ulama" dan "pemuka agama".
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Mon Aug 23, 2010 12:52 pm
faried wrote:
Jebon wrote:
faried wrote:
Alquran adalah petunjuk untuk manusia (2.185).
Masalahnya, manusia dijauhkan dari memahami petunjuk Allah dalam Alquran.
Wujudnya perantara2 dlm memahami al-Quran yg menjauhkan dari memahami ayat2 al-Quran secara langsung...
Para nabi dan rasul menyampaikan petunjuk Allah tanpa pamrih, tanpa mengharapkan imbalan apa pun dari umat, imbalan sepenuhnya diserahkan kepada Tuhan. Karena itu nabi dan rasul menyampaikan pesan Allah dengan sejujurnya dan objektif, tanpa memperdulikan tanggapan umat.
Dengan cara demikian, umat menjadi cerdas dan pandai, dan tidak memerlukan lagi apa yang orang namai "ulama" dan "pemuka agama". Sekarang umat dibuat jadi bodoh dan tergantung sepenuhnya kepada "ulama" dan "pemuka agama".
salam
sembah quran pulak ke ... macam puak tu sembah isa .. tak ada beda pemikiran puak ni .
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Mon Aug 23, 2010 3:33 pm
Orang Islam tetap berpegang pada al Quran. Al Quran telah mengiktiraf orang yang beriman itu adalah umat zaman Nabi saw. Sudah tentulah orang Islam perlu mengikut ketaatan dan amalan orang-orang yang telah diakui beriman oleh Allah. Kenapa nak ikut perkataan manusia yang mendustakan mereka. Yang mana kita lebih percaya? Lebih baik mengikut jejak langkah orang-orang beriman r.u.
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Tue Aug 24, 2010 12:01 am
LAGU LAMA YANG DI BAHARUKAN
SILA HAYATI....
SESAT DI KUALA LUMPUR KIRA OK LA JUGAK..HEHE
JANGAN SESAT TAFSIR QURAN CARA BARU....
TAFSIR LAGU CARA BARU KIRA OK GAKS...HEHE
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5908 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Tue Aug 24, 2010 2:25 am
Salam,
Untuk mentafsirkan al-quran, apa yang penting kita tidak mencampur adukkan dengan riwayat hadis. jika ini berlaku, al-quran tidak berfungsi sebagai penjelas lagi dan kitab-kitab riwayat hadis itulah kononnya penjelas al-quran.
Al-quran perlu ditafsirkan semula sesuai dengan kondisi yang baru supaya segala bentuk penyelewengan melalui campur tangan riwayat hadis itu dapat dinyahkan.
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Tue Aug 24, 2010 2:36 am
tolokminda wrote:
Salam,
Al-Quran perlu diterjemahkan dan ditafsirkan menurut perkataan-perkataan Arab yang sebenar. Bukan dengan pengaruh riwayat-riwayat hadis.
kakaka Orang Arab pun tak faham nak tafsir Quran jika tiada panduan panduan sebab sebab turun asbabunnuzul , dan panduan dari yang rasul terjemahkan.....
kalau nak terjemah mengikut gaya mat salleh untuk keduniaan boleh lah bro atau mungkin untuk kepentingan sendiri,,,,,
Haduihhh....
Nampak cara macam nak ajak orang berfikir tentang tafsiran alquran, tapi dia nak orang lain terima hanya tafsirannya semata mata,,,,,kakaka
Dia Melakonkan dengan pelbagai watak pulak tu Yang Menafsir dia Yang menyokong pun dia dengan nama yang lain....kakaka Dah tahu dah tektik lama tuuu....
Ramai bercita cita nak jadi Nabi setelah ke tiadaan Nabi kan?
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Tue Aug 24, 2010 2:45 am
iltizam wrote:
tolokminda wrote:
Salam,
Al-Quran perlu diterjemahkan dan ditafsirkan menurut perkataan-perkataan Arab yang sebenar. Bukan dengan pengaruh riwayat-riwayat hadis.
kakaka Orang Arab pun tak faham nak tafsir Quran jika tiada panduan panduan sebab sebab turun asbabunnuzul , dan panduan dari yang rasul terjemahkan.....
kalau nak terjemah mengikut gaya mat salleh untuk keduniaan boleh lah bro atau mungkin untuk kepentingan sendiri,,,,,
Haduihhh....
Nampak cara macam nak ajak orang berfikir tentang tafsiran alquran, tapi dia nak orang lain terima hanya tafsirannya semata mata,,,,,kakaka
Dia Melakonkan dengan pelbagai watak pulak tu Yang Menafsir dia Yang menyokong pun dia dengan nama yang lain....kakaka Dah tahu dah tektik lama tuuu....
Ramai bercita cita nak jadi Nabi setelah ke tiadaan Nabi kan?
Salam,
Kalau orang Arab tak boleh faham Quran itu bukan masalah saya. Adakah Tuhan kata kita perlu bergantung kepada orang Arab untuk memahami Al-Quran?
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
Subject: Re: Menafsirkan al-Quran menurut kondisi yang baru/moden?? Tue Aug 24, 2010 9:32 am
tolokminda wrote:
Salam,
Kalau orang Arab tak boleh faham Quran itu bukan masalah saya. Adakah Tuhan kata kita perlu bergantung kepada orang Arab untuk memahami Al-Quran?
Salam TM,
Itu yang saya hairankan. Tuhan mereka Allah ke orang-orang Arab itu? Kenapa sesuatu yang Allah turunkan, tetapi tak sama dengan amalan tradisi orang Arab itu, mereka lebih percaya pada orang Arab itu? Bukankah Al Quran pun ada sebut orang Arab itu terkenal dengan kekafiran dan kemunafikannya?