Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6508 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Berfikir panjang vs Berfikir pendek Sat Aug 28, 2010 8:33 pm | |
| Sedar atau tidak, untung nasib manusia ada kaitannya dengan cara mereka berfikir iaitu sama ada dia seorang yang berfikir panjang atau seorang yang berfikir pendek.
Orang yang berfikir panjang sebelum membuat sesuatu tindakan, dia mempunyai masa untuk menilai buruk-baik sesuatu perkara. Dia tidak mudah diperdaya atau dikuasai oleh hawa nafsunya. Sebaliknya orang yang berfikir pendek, dia mudah ditipu dan akan dikuasai oleh hawa nafsunya.
Untuk menjadi seseorang yang berfikir panjang, memerlukan manusia itu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ini kerana untuk memecah persoalan-persoalan sesuatu perkara, ia tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan acuh tak acuh. Ia memerlukan manusia itu fokus pada persoalan tersebut sehingga menemui jawapan yang kukuh.
Para saintis adalah contoh insan yang suka berfikir panjang. Setiap perkara yang wujud di alam semesta ini mereka kaji untuk merungkai rahsia-rahsia yang tersembunyi. Jelas terpancar sifat rajin dan tidak mengenal putus asa yang ada dalam diri mereka. Mereka menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia sehingga banyak perkara dipermudahkan.
Berbeza pula dengan sifat para ritualis, mereka hidup berfikiran pendek. Apa yang disuapkan secara tradisi, itulah yang mereka turuti membuta-tuli tanpa mahu mengkaji benar atau tidak, bermanfaat atau sia-sia, baik atau buruk. Jelas terpapar sifat malas yang ada dalam jiwa para ritualis tersebut. Mereka hanya tahu hidup angkuh dan bongkak kononnya amalan ritual mereka sahajalah yang benar, dan amalan ritual kaum-kaum lain semuanya dikatakan salah.
Jadi, apakah kita mahu lagi hidup mengikut rentak orang-orang yang berfikir pendek lagi suka menurut hawa nafsu yang mengajak berbangga diri itu? | |
|
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6061 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Berfikir panjang vs Berfikir pendek Sat Aug 28, 2010 11:58 pm | |
| - Quote :
- Para saintis adalah contoh insan yang suka berfikir panjang. Setiap perkara yang wujud di alam semesta ini mereka kaji untuk merungkai rahsia-rahsia yang tersembunyi. Jelas terpancar sifat rajin dan tidak mengenal putus asa yang ada dalam diri mereka. Mereka menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia sehingga banyak perkara dipermudahkan.
Salam..... saudara juang kenalkah dengan saintis berfikiran panjang yang bernama Charles Darwin... pengasas teori darwin yang menggunakan akal semata mata.... ialah seorang pakar penyelidik alam semulajadi lebih dikenali sebagai pengarang buku yang terkenal " The Origin Of Species" . Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya ,Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam . layak kah beliau digelar berfikiran panjang..... | |
|