| Andai Orang Melayu Bersatu | |
|
+4Fiza masterpiece7070 gaara Admin 8 posters |
Author | Message |
---|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Andai Orang Melayu Bersatu Wed Aug 11, 2010 3:19 pm | |
| Salam,
Malam tadi, saya berbual-bual dengan seorang rakan berbangsa cina. Dia sendiri mengakui, jika orang melayu bersatu pasti orang cina akan mati.
Katanya lagi, meskipun orang melayu adalah penduduk majoriti di malaysia, mereka masih ketinggalan. mereka pemalas untuk berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain.
Orang melayu sering menimbulkan macam-macam alasan. kesannya, mereka gagal bersaing dengan kaum cina yang rata-ratanya mempunyai tekad yang kuat utk memajukan diri.
| |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Mon Aug 23, 2010 4:00 am | |
| Salam...
sy rasa ape yg lbh pentig dr org melayu bersatu adalah kesatuan ummah...
sbb skrng nie bkn shja org melayu diganggu dan digugat....
tp org islam seluruhnya.... | |
|
| |
masterpiece7070 Siswazah
Posts : 260 Points : 5475 Reputation : 0 Join date : 2010-08-20 Age : 43
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Sat Aug 28, 2010 11:36 pm | |
| - Admin wrote:
- Salam,
Malam tadi, saya berbual-bual dengan seorang rakan berbangsa cina. Dia sendiri mengakui, jika orang melayu bersatu pasti orang cina akan mati.
Katanya lagi, meskipun orang melayu adalah penduduk majoriti di malaysia, mereka masih ketinggalan. mereka pemalas untuk berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain.
Orang melayu sering menimbulkan macam-macam alasan. kesannya, mereka gagal bersaing dengan kaum cina yang rata-ratanya mempunyai tekad yang kuat utk memajukan diri.
Saya rasa pun memang betul apa yang dikatakan oleh rakan anda itu. Melayu nih jika bersatu memang kuat tapi disebabkan sejak azali lagi kaum melayu nih memang sudah sebati dengan sifat dengki, khianat, irihati dan macam2 lagi sifat yang tidak elok. Pantang jika orang tu kaya sikit dari dia, mulalah dengki dan membuat pelbagai tohmahan. Pantang jika ada orang pakai kereta mahal sikit mula kata yang bukan-bukan. Dan macam2 lagi la. Disebalik tu juga, bila dah kaya atau lebih sikit mulalah timbul perasaan angkuh, ego dan bangga diri. Tak mahu tolong sesama bangsa, kedekut ilmu dan tamak pulak tuh. Tapi bila bab kenapa bangsa cina maju dalam bidang perniagaan tak pula nak ambil tahu. Kenapa sipolan tuh dapat yang lebh sedikit daripada dia, tak pernah pulak berbaik sangka dan menyelidik bagaimana dia dapat lebih sedikit. Melayu Oh Melayu! Walaupun ada segelintir yang sedar. Sifat yang paling nyata sekali adalah pemalas. Kalau boleh semua benda terhidang depan mata. Usaha tak mahu. Malunya aku... mudah2an dijauhkan sifat-sifat keji nih. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Sun Aug 29, 2010 12:18 am | |
| Melayu tidak bersatu adalah kerana masalah masyarakat melayu sendiri. Walaupun agama Islam yang menjadi agama Bangsa Melayu menganjurkan silaturahim, tetapi tidak diamalkan oleh orang melayu. Siapa kata tidak ada anak Melayu yang berjaya? Lebih ramai anak Melayu yang berjaya sekarang ini berbanding dulu. Malangnya kejayaannya lebih pada mengumpul kekayaan sendiri, tidak memberi manfaat pada masyarakat dan seterusnya Bangsa Melayu itu sendiri. Nabi Saw memberitahu masyarakat Islam umpama satu jasad dan setiap orang Islam adalah anggota bagi jasad itu. Melayu terlalu taksub kepada kumpulannya malah lebih dari agama mereka sendiri. Ulama melayu sepatutnya mempromosikan agama Islam sebagai usaha untuk menyatukan Umat Melayu bukan untuk mempromosikan pepecahan dalam masyarakat. Jangan menggunakan bangsa atau agama lain untuk memusuhi bangsa dan agama sendiri.
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Sun Sep 05, 2010 8:24 am | |
| Salam,
Melayu susah nak bersatu sebab mereka tidak mahu naikkan Allah sebagai Tuhan. Mereka ada-adakan si polan sebagai sekutu Tuhan untuk diagung-agungkan sehinggakan kitab si polan lagi diterjemahkan dan dibacakan di dalam bahasa yang difahami berbanding Kitab Tuhan. Bila ramai sangat si polan yang diagung-agungkan melampaui Allah, macam manalah nak bersatu? Mereka tiada objektif yang sama.
Orang Cina, walaupun dikatakan bukan Islam, tetapi pada satu "Buddha" itulah mereka berkhidmat. Jadi tindakan mereka selari dan satu objektif. Itu menjadikan mereka kuat. Apatah lagi tindakan mereka seperti rajin belajar, rajin membaca dan rajin bekerja/berusaha itu selari dengan ajaran Al Quran, lagi-lagilah mereka diberikan kekuatan sebab Allah beri sesuatu kekuatan bukan melihat kaum itu Melayu ke Arab ke. Sesiapa yang ikut Al Quran, pasti dapat ganjaran yang Tuhan janjikan, sebab Dia bukannya jenis memungkiri janji.
Tetapi biasalah, Melayu yang tak sedar diri. Terimalah balasan disebab tak sedar itu. | |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5782 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Sun Sep 05, 2010 10:18 am | |
| - Fiza wrote:
- Melayu tidak bersatu adalah kerana masalah masyarakat melayu sendiri. Walaupun agama Islam yang menjadi agama Bangsa Melayu menganjurkan silaturahim, tetapi tidak diamalkan oleh orang melayu.
Saya pikir tidak bersatu karena mengamalkan agama Islam, bukan karena tidak mengamalkan agama Islam. Umat beragama Islam tidak pernah bersatu. Menentukan permulaan puasa dan hari lebaran saja yang secara teknis teramat sangat mudah ditentukan, mereka tidak dapat bersatu dan sepakat. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Sun Sep 05, 2010 3:53 pm | |
| Salam,
Nak wujudkan kesatuan rumahtangga pun mereka lebih takutkan si polan daripada Allah. Kononnya nanti si polan itu tidak bagi hidup bersama lagi. Apatah lagi nak wujudkan masyarakat yang harmonis. | |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5873 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Mon Sep 06, 2010 1:49 am | |
| - Fiza wrote:
- Melayu tidak bersatu adalah kerana masalah masyarakat melayu sendiri. Walaupun agama Islam yang menjadi agama Bangsa Melayu menganjurkan silaturahim, tetapi tidak diamalkan oleh orang melayu. Siapa kata tidak ada anak Melayu yang berjaya? Lebih ramai anak Melayu yang berjaya sekarang ini berbanding dulu. Malangnya kejayaannya lebih pada mengumpul kekayaan sendiri, tidak memberi manfaat pada masyarakat dan seterusnya Bangsa Melayu itu sendiri. Nabi Saw memberitahu masyarakat Islam umpama satu jasad dan setiap orang Islam adalah anggota bagi jasad itu. Melayu terlalu taksub kepada kumpulannya malah lebih dari agama mereka sendiri. Ulama melayu sepatutnya mempromosikan agama Islam sebagai usaha untuk menyatukan Umat Melayu bukan untuk mempromosikan pepecahan dalam masyarakat. Jangan menggunakan bangsa atau agama lain untuk memusuhi bangsa dan agama sendiri.
Salam, Sebenarnya agama Islam tidak menjadikan umatnya bersatu. Perpecahan umat Islam bukan saja berlaku di kalangan Melayu, malah semua bangsa yang menganutinya. Di Pakistan misalnya orang Islam mengebom sesama sendiri kerana agama mereka. Di rantau Arab tidak ada perhubungan antara negara yang benar-benar tulus dan harmoni sesama mereka walaupun semuanya menampilkan Islam sebagai agama mereka. Jika mereka benar-benar berpegang kepada petunjuk Tuhan tentulah mereka tidak akan menjadi umat yang berpecah, kucar-kacir dan bodoh. | |
|
| |
lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5336 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu Sun Sep 12, 2010 11:38 am | |
| Agama Islam menjadikan manusia bersatu tanpa mengira bangsa. Ini kita mesti percaya kalau kita beragama Islam. Hanya orang yang tak faham Islam sahaja yang tak percaya begitu. Islam adalah dari Allah dan ianya adalah cara hidup yang terbaik bagi manusia dan ianya bukan milik orang Melayu malah orang cina yang beragama Islam lebih baik dari orang melayu yang tidak beragama. Orang cina yang beragama Islam bukan sahaja boleh bersatu dengan orang Melayu Islam malah dia adalah saudara seagama kita. Sebaliknya saudara kita yang tidak beragama telah terpisah jauh dari kita. Sebagaimana jauhnya Nabi Nuh a.s dan anaknya yang kafir. Sebab itu soal agama jangan dianggap lekeh. Sesiapa yang mahu meninggalkan agama, bergembiralah dengan hidupnya seorang diri, kerana dia telah meninggalkan semua keluarganya.
| |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Andai Orang Melayu Bersatu | |
| |
|
| |
| Andai Orang Melayu Bersatu | |
|