Salam,
Mari kita lihat tujuan puasa dahulu, barulah kita faham apa itu puasa. Macam bila kita faham tujuan kereta, barulah ktia faham apa itu kereta. Kalau di dalam benak kita kereta adalah tempat ayat bertelur, tentulah kita akan menggunakan kereta dengan cara yang salah.
Segala penyalahtafsiran sesuatu suruhan dalam Al Quran tanpa melihat tujuannya akan menyebabkan manusia itu gagal mencapai matlamat yang Allah gariskan.
2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.
Tujuan puasa adalah supaya kita bertakwa iaitu hanya takut pada Allah dengan (sujud) patuh pada apa yang Dia tetapkan, bukannya takut apa yang diada-adakan oleh si polan bin si polan.
Ramai orang-orang terdahulu lebih takutkan ulamak ugama mereka. Ulamak mereka suruh sembah patung, sujud kepada matahari atau bulan, mereka pun turut membuta-tuli. Jadi, supaya kita berjaya mencapai ketakwaan (takut hanya pada Allah), maka sebab itulah ditetapkan puasa untuk kita.
Bila kita sudah nampak tujuan puasa, maka carilah erti puasa yang benar-benar menjadikan kita takut kepada Allah sahaja.
Cuba fikirkan, apakah kaum terdahulu tidak takut kepada Allah kerana mereka terlebih makan dan minum? Kalau itu sebabnya, memang ada logiklah puasa itu menahan makan dan minum.
Kenapa orang Yahudi dan Nasrani yang ada Taurat dan Injil masih sanggup jadikan ulamak ugama mereka sebagai sekutu Allah untuk mengada-adakan ketetapan bahawa Uzair dan Al Masih adalah puteraNya? Ini menunjukkan mereka jadi tak bertakwa disebabkan menurut membuta-tuli ulamak ugama mereka walaupun mereka ada Kitab Allah.
Atas sebab ketakwaan tidak mungkin dicapai bila manusia menurut membuta-tuli ulamak ugama dan menjauhi Kitab Allah, maka berpuasa yang paling logik ke arah ketakwaan adalah dengan fokus kepada Kitab Allah dan kurangkan bercakap dengan manusia seperti dalam kisah Maryam itu.
Jarang sekali kita dengar kisah Maryam tersebut dikaitkan dengan puasa kan? Pasti ada sebabnya mengapa kisah itu disembunyikan dan tidak diceritakan pun kaitannya dengan berpuasa.