Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Cahaya laser vs cahaya bunga api Sun Sep 05, 2010 11:55 pm | |
| Ketika sesuatu sambutan atau perayaan, cahaya bunga api bergemerlapan bermacam corak dan warna serta disusuli bunyi letupan yang meriuhkan suasana malam. Setelah beberapa waktu, cahaya bunga api hilang dan malam kembali hening.
Di tempat lain pula, ada sejenis cahaya yang tidak berkilauan dan tidak meriuhkan suasana, tetapi banyak digunakan dalam pelbagai teknologi untuk memajukan dan memudahkan hidup manusia. Cahaya laser banyak kegunaannya. Diam-diam laser, penuh isi.
Begitulah perumpamaan manusia & makhluk beribadat kepada Tuhan. Ada sejenis manusia suka memperlihatkan ibadat mereka kononnya mereka sahajalah yang beribadat kepada Tuhan. Dengan suasana riuh sana riuh sini. Yang gemerlapannya bak pesta bunga api.
Tetapi ada manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain beribadat kepada Tuhan secara sembunyi-sembunyi tanpa perlu mewar-warkan khidmat mereka kepada Tuhan. Cukuplah Tuhan menjadi saksi. Dan mereka banyak sumbangkan pelbagai manfaat kepada masyarakat manusia dan kesejahteraan semesta alam.
24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. | |
|
sufi Siswa-siswi
Posts : 35 Points : 5232 Reputation : 0 Join date : 2010-09-06
| Subject: Re: Cahaya laser vs cahaya bunga api Mon Sep 06, 2010 12:49 am | |
| biasa lah tu juang , umat islam hari ni tak boleh lekang dari tradisi hidup bersuka ria macam umat terdahulu . lepas solat tak ada kerja lain main mercun , itu lah kebanggaan mereka . | |
|