E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
gaara
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
tolokminda
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
Admin
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
othman
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
faried
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
iltizam
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
masterpiece7070
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
lia
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 
Payau Putih
Cara Hidup Warisan Vote_lcapCara Hidup Warisan Voting_barCara Hidup Warisan Vote_rcap 

 

 Cara Hidup Warisan

Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6507
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Cara Hidup Warisan Empty
PostSubject: Cara Hidup Warisan   Cara Hidup Warisan EmptySun Sep 19, 2010 8:59 pm

Katakan kita memiliki sebidang tanah yang diwarisi oleh datuk-nenek kita. Tanah tersebut tidak subur dan hanya dipenuhi lalang dan sering terbakar bila musim panas. Oleh kerana kita telah diwariskan tanah yang sebegitu sifatnya, kita tidak tahu macam mana nak menyuburkannya untuk mendapatkan hasil.

Di sebelah tanah kita itu, ada sebidang tanah yang subur yang tuan tanah itu juga dapat hasil warisan datuk-neneknya. Tanah subur itu dipenuhi dengan pokok-pokok buah-buahan yang pelbagai jenis, teratur dan banyak mengeluarkan buah yang enak dan berkualiti.

Kita berharap untuk memiliki tanah yang subur sepertinya agar banyak manfaat boleh dikutip, tetapi kerana tidak mahu belajar asas membina kebun yang subur, kita terus hidup di atas tanah yang keras dan tidak ditumbuhi pokok buah-buahan tersebut. Sedangkan tanah di sebelah itu menjadi subur kerana adanya inisiatif daripada datuk-neneknya untuk memulakan proses penggamburan tanah dan pembajaan sebelum tumbuhnya pokok-pokok yang menyumbangkan buah-buah berkualiti.

Sebidang tanah itu adalah perumpamaan cara hidup yang kita warisi daripada datuk-nenek kita. Oleh kerana kita mewarisi cara hidup yang rigid, keras dan kaku, sukar kita hendak melahirkan insan-insan yang boleh menyumbang buah-buah fikiran yang bermanfaat tidak seperti di negara-negara maju yang penuh idea kreatif dan innovatif.

Al Quran seumpama air yang akan mendinamikkan (melembutkan) cara hidup kita agar boleh berubah-ubah sesuatu mengikut tempat dan masa (ada kreativiti). Apabila Al Quran mula menyerap ke dalam cara hidup kita sehingga membentuk masyarakat yang dinamik (seperti air menyerap ke dalam tanah), akan tumbuhlah benih-benih berkualiti yang akan mengeluarkan buah-buah fikiran yang bermanfaat tinggi.

Namun jika kita tidak sanggup menggunakan Al Quran untuk mendinamikkan cara hidup kita, maka kita akan terus ketinggalan berbanding tuan tanah-tuan tanah yang berkesedaran untuk menggamburkan tanah mereka. Apa gunanya kita pertahankan tanah yang keras dan kontang itu hanya kerana nenek-moyang kita mewariskan ia dalam keadaan begitu? Tidakkah kita tahu mengolahnya untuk membina sebuah kebun yang penuh pokok buah-buahan?
Back to top Go down
 
Cara Hidup Warisan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Islam itu satu cara hidup
» Islam: Agama atau Cara Hidup?
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» Hidup Membuat Bakti, Menabur Budi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: