| | Muslim: Sembahyang atau Solat? | |
|
|
| Author | Message |
|---|
Admin Canselor


Posts: 601 Points: 1332 Reputation: 1 Join date: 2010-07-22 Location: Selangor
 | Subject: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 12:45 pm | |
| Salam, Saya pindahkan posting puan Fiza ke topik ini. | Fiza wrote: | | Saya juga mula memperkemaskan solat saya dengan memahami ertinya supaya solat saya lebih membawa kesan. Tidak memahami solat bukan bermaksud kita boleh tinggalkan solat, tetapi hendaklah sentiasa memperbaikinya supaya solat kita mencapai kualiti yang dikehendaki Allah. Tidak gugur kewajiban solat itu kepada mereka yang tidak fasih atau belum pandai bersolat. Sebab itu sebaik sahaja orang itu menjadi muslim hendaklah bersembahyang walaupun masih belajar. |
|
|
 | |
Fiza Siswazah


Posts: 103 Points: 764 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 2:54 pm | |
| pada pendapat saya. Sembahyang adalah lebih umum dan boleh merujuk kepada mana-mana agama, sama ada agama yang berasal dari kitabullah atau agama yang berasal dari manusia sendiri. Bahasa inggerisnya 'prayer' berasal dari perkataan pray = doa. Solat adalah bahasa Arab dan juga bermaksud doa. Solat lebih khusus merujuk kepada sembahyang yang dilakukan oleh orang Islam. Kita tak akan kata orang kafir bersolat tetapi mereka bersembahyang mengikut kepercayaan agama mereka. Manusia secara fitrahnya perlu kepada Tuhan yang menciptanya. Setiap kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak Tuhan. Oleh itu manusia memang bergantung pengharapan pada Tuhan yang Maha Kuasa. Manusia yang bersifat lemah pastilah berdoa atau memohon kepada Yang Maha Kuasa. Adakah antara kita di sini mengatakan dia tidak perlukan pertolongan Tuhan? Kalau kita kata kita perlu kepada rahmat Allah, perlu pada Kasih Allah dan perlu pada pertolongan Allah, maka kita pun bersolat kepadaNya.
|
|
 | |
othman Sarjana

Posts: 551 Points: 1214 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 3:51 pm | |
| | Fiza wrote: | pada pendapat saya. Sembahyang adalah lebih umum dan boleh merujuk kepada mana-mana agama, sama ada agama yang berasal dari kitabullah atau agama yang berasal dari manusia sendiri. Bahasa inggerisnya 'prayer' berasal dari perkataan pray = doa. Solat adalah bahasa Arab dan juga bermaksud doa. Solat lebih khusus merujuk kepada sembahyang yang dilakukan oleh orang Islam. Kita tak akan kata orang kafir bersolat tetapi mereka bersembahyang mengikut kepercayaan agama mereka. Manusia secara fitrahnya perlu kepada Tuhan yang menciptanya. Setiap kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak Tuhan. Oleh itu manusia memang bergantung pengharapan pada Tuhan yang Maha Kuasa. Manusia yang bersifat lemah pastilah berdoa atau memohon kepada Yang Maha Kuasa. Adakah antara kita di sini mengatakan dia tidak perlukan pertolongan Tuhan? Kalau kita kata kita perlu kepada rahmat Allah, perlu pada Kasih Allah dan perlu pada pertolongan Allah, maka kita pun bersolat kepadaNya.
salam
ada yg kata tak perlu buat baik pada allah . nak doa ke tak nak suka hati .
|
|
|
 | |
Admin Canselor


Posts: 601 Points: 1332 Reputation: 1 Join date: 2010-07-22 Location: Selangor
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 7:13 pm | |
| Salam,
Sembahyang adalah perlakuan yang mempunyai tatatertib yang khusus yang dilakukan secara ritual seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang menyekutukan Tuhan.
Manakala solat adalah apa saja perbuatan-perbuatan baik yang memberi manfaat kepada diri sendiri, orang lain dan sebagainya.
Islam, sebagai satu cara hidup yang lurus tidak mengajar untuk menyembah sekutu Tuhan yang satu. Orang-orang yang muslim hanya perlu mengabdikan diri kepadaNya dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang.
Tuhan tidak perlu disembah tapi Dia hanya mahu kita mematuhi hukum-hukumNya bagi melayakkan kita memperolehi ganjaran yang dijanjikanNya.
Umpamanya, bila kita mencipta robot. Kita tidak perlu robot itu menyembah kita sebanyak 5 kali sehari tapi cukuplah robot itu berfungsi seperti yang kita mahu. Apabila robot itu berfungsi seperti apa yang kita tetapkan, sudah tentu kita rasa gembira dan memberi ganjaran kepadanya. Sebaliknya, jika robot itu tidak mahu berfungsi seperti apa yang kita tetapkan, sudah tentu kita campakkan dia ke dalam tong sampah. Itulah balasannya jika robot itu ingkar apa yang kita tetapkan. |
|
 | |
Admin Canselor


Posts: 601 Points: 1332 Reputation: 1 Join date: 2010-07-22 Location: Selangor
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 7:35 pm | |
| Salam,
Berbalik kepada perumpamaan di atas.
Katakan robot itu tidak berterima kasih kepada kita dengan tidak berbakti dan berpaling daripada kita, sudah tentu kita marah. Begitulah, jika kita menyekutukan Allah yakni dengan mengadap objek sembahan sudah tentu Dia murka.
Kita dah bagi robot itu tinggal selesa di rumah kita tapi alih-alih robot itu menghabiskan masa mengadap dinding 5 kali sehari dan hanya sedikit sahaja dia berterima kasih dan berbakti kepada tuannya. Siapa tak marah kalau ada robot macam ini.
7:10. Kami meneguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Memang benar, hanya sedikit sahaja kita berterima kasih kepadaNya. |
|
 | |
Fiza Siswazah


Posts: 103 Points: 764 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 8:28 pm | |
| Sebab itu solat juga tanda hamba bersyukur pada Tuhannya. Memang benar ramai yang tidak bersyukur dan bersolat. Kalau dikira dengan bilangan orang kafir sangatlah kurang orang yang bersolat itu. Yang membezakan orang kafir dan orang Islam ialah solat. Sebab itu hanya orang Islam sahaja bersolat. Yang tak solat sama dengan yang menyembah selain dari Allah memang ramai. Mereka adalah sama hidup utk dunia dan tidak bersyukur dan jauh sekali untuk ikhlas kepada Allah. |
|
 | |
othman Sarjana

Posts: 551 Points: 1214 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 9:34 pm | |
| | Admin wrote: | Salam,
Berbalik kepada perumpamaan di atas.
Katakan robot itu tidak berterima kasih kepada kita dengan tidak berbakti dan berpaling daripada kita, sudah tentu kita marah. Begitulah, jika kita menyekutukan Allah yakni dengan mengadap objek sembahan sudah tentu Dia murka.
Kita dah bagi robot itu tinggal selesa di rumah kita tapi alih-alih robot itu menghabiskan masa mengadap dinding 5 kali sehari dan hanya sedikit sahaja dia berterima kasih dan berbakti kepada tuannya. Siapa tak marah kalau ada robot macam ini.
7:10. Kami meneguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Memang benar, hanya sedikit sahaja kita berterima kasih kepadaNya. |
salam
ada jugak robot macam tu ..... |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 9:42 pm | |
| Salam,
Nama pun perumpamaan. Yang penting pengajaran daripada kisah robot itu, supaya kita dalam melihat siapa diri kita mengikut perspekif Pencipta kita. Dengan memahami perasaan seorang pencipta robot, maka kita dapat memahami Kehendak Tuhan apabila Dia mencipta kita.
Mana ada pencipta sesuau produk mahu produk itu menyembah dirinya. Apa yang pencipta itu harapkan adalah produk itu menyumbangkan manfaat mengikut fungsi kejadiannya. |
|
 | |
Fiza Siswazah


Posts: 103 Points: 764 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 9:49 pm | |
| bukan kah fungsi manusia itu menyembah Allah. Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu. Janganlah kita menjadi robot yang salah fungsi pula. |
|
 | |
othman Sarjana

Posts: 551 Points: 1214 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 10:03 pm | |
| | Juang wrote: | Salam,
Nama pun perumpamaan. Yang penting pengajaran daripada kisah robot itu, supaya kita dalam melihat siapa diri kita mengikut perspekif Pencipta kita. Dengan memahami perasaan seorang pencipta robot, maka kita dapat memahami Kehendak Tuhan apabila Dia mencipta kita.
Mana ada pencipta sesuau produk mahu produk itu menyembah dirinya. Apa yang pencipta itu harapkan adalah produk itu menyumbangkan manfaat mengikut fungsi kejadiannya. |
salam
biar la logik . asal tuhan cipta manusia pun untuk di berikan ujian kerana kehidupan ini bukan yg kekal . buat la robot utk di uji dulu, mungkin boleh jumpa yg ok . |
|
 | |
tolokminda Sarjana


Posts: 627 Points: 1298 Reputation: 1 Join date: 2010-07-29
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 10:09 pm | |
| Salam Fiza,
Manusia tidak dicipta untuk menjadi makhluk yang serupa fungsinya dengan malaikat. Sila fahami bagaimana malaikat cuba memberitahu Tuhan bahawa kewujudan mereka sudah cukup sempurna di sisi Tuhan berbanding manusia tetapi Tuhan mengatakan bahawa Dia lebih tahu mengenainya. Kelebihan manusia adalah mereka diberikan akal supaya mereka boleh berfikir dan menginisiatifkan sesuatu demi kebaikan dirinya sendiri, orang lain dan apa saja yang ada di sektiar mereka.
Manusia yang paling baik di sisi Tuhan adalah mereka yang banyak menggunakan akal mereka untuk melakukan usaha-usaha yang bermanfaat dan tidak menyekutukan Dia dengan apa-apa pun. Sebagai khalifah tugas utama kita adalah untuk memanifestasikan kebaikan, kemurahan dan kurniaan Tuhan supaya dapat dirasai, dinikmati, dihargai dan disyukuri bukan saja oleh diri kita sendiri malahan oleh orang lain yang berada di sekeliling kita.
Itulah cara kita berkhidmat/berbakti atau yang puan sebut beribadat kepada Tuhan. Tuhan tidak pernah menyuruh kita menyembahNya melalui perantaraan atau berkiblatkan sesuatu lokasi atau objek. Itu menyekutukan Tuhan namanya. |
|
 | |
Admin Canselor


Posts: 601 Points: 1332 Reputation: 1 Join date: 2010-07-22 Location: Selangor
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 10:13 pm | |
| | othman wrote: | | Admin wrote: | Salam,
Berbalik kepada perumpamaan di atas.
Katakan robot itu tidak berterima kasih kepada kita dengan tidak berbakti dan berpaling daripada kita, sudah tentu kita marah. Begitulah, jika kita menyekutukan Allah yakni dengan mengadap objek sembahan sudah tentu Dia murka.
Kita dah bagi robot itu tinggal selesa di rumah kita tapi alih-alih robot itu menghabiskan masa mengadap dinding 5 kali sehari dan hanya sedikit sahaja dia berterima kasih dan berbakti kepada tuannya. Siapa tak marah kalau ada robot macam ini.
7:10. Kami meneguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Memang benar, hanya sedikit sahaja kita berterima kasih kepadaNya. |
salam
ada jugak robot macam tu ..... |
Salam,
Itu perumpamaan sahaja tuan othman. Dalam al-quran juga banyak perumpamaan supaya kita dapat memikirkan pengajarannya.
Robot pun tahu kehendak penciptaNya melainkan ada robot yang tidak tahu menjalankan fungsinya. Inikan pula manusia yang diberi akal untuk menilai mana yang benar dan palsu. |
|
 | |
Fiza Siswazah


Posts: 103 Points: 764 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Wed Aug 04, 2010 12:46 pm | |
| saya hormati kepercayaan sdr tolokminda yang menganggap beribadat - memenuhi kehendak sendiri, atau membuat komitmen pada makhluk sahaja. Bagi saya ibadat ialah sesuatu yang khusus untuk Tuhan dan perlu kepada keikhlasan. Amalan Solih ialah berbuat baik pada Allah dan Rasul, berbuat baik pada diri dan keluarga dan diikuti masyarakat sesama manusia, dan berbuat baik sesama makhluk. |
|
 | |
tolokminda Sarjana


Posts: 627 Points: 1298 Reputation: 1 Join date: 2010-07-29
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Wed Aug 04, 2010 8:57 pm | |
| Salam Fiza,
Apa saja yang kita lakukan dalam hidup kita perlu kita lakukan demi Tuhan. Tuhan suruh kita hidup dalam jalan yang telah pun ditetapkan, kita cuma perlu ikut saja. Masalahnya adalah apabila orang tak mahu ikut jalan hidup yang Tuhan restui, tetapi mengada-adakan macam-macam ritual, hukum-hakam dan pelbagai lagi atas nama Tuhan. |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Wed Aug 04, 2010 11:14 pm | |
| Salam TM,
Sebab itulah dalam Al Quran banyak Peringatan tentang jangan mengada-adakan dusta terhadap Tuhan, kononnya mengatakan Tuhan suruh buat amalan ritual itu dan ini. Tetapi bila Al Quran tidak mahu dijadikan Peringatan sebaliknya dijadikan lagu-laguan, macam manalah mereka nak menjauhi amalan yang diada-adakan itu? Ini kerana melagu-lagukan Al Quran itu sendiri sudah satu perbuatan yang diada-adakan walhal Allah tidak pernah ajar Nabi buat begitu dan tak layak bagi Nabi buat begitu.
Jika daripada asas penggunaan Al Quran pun sudah tak betul, macam manalah amalan mereka yang lain boleh jadi betul? |
|
 | |
| | Muslim: Sembahyang atau Solat? | |
|