HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Kepercayaan Tak Masuk Akal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Fri Aug 27, 2010 5:32 am

Kalau kita kaji tentang kepercayaan orang kafir terdahulu yang dikhabarkan melalui Al Quran, perbezaan ketara kepercayaan mereka dengan kepercayaan para Nabi dan orang yang beriman adalah kepercayaan mereka itu tidak masuk akal atau mengarut.

17:40. Apa, adakah Tuhan kamu memilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia mengambil untuk-Nya daripada para malaikat anak-anak perempuan? Ia adalah satu yang besar yang kamu mengucapkan.

Ayat di atas menunjukkan salah satu kepercayaan tak masuk akal orang kafir terdahulu di mana mereka menentukan pembahagian anak mengikut jantina. Kononnya anak lelaki untuk mereka, manakala anak-anak perempuan untuk Tuhan. Ada juga yang malu untuk dapat anak perempuan, maka mereka buat alasan tak masuk akal untuk membenarkan amalan membunuh bayi perempuan mereka, kononnya itu untuk Tuhan.

Mana logik Tuhan perlukan anak perempuan, sedangkan Dia yang ciptakan anak perempuan itu untuk manusia. Samalah seperti mana logik Tuhan perlukan makanan sedangkan Dia ciptakan makanan itu untuk manusia. Nampak tak betapa mengarutnya kepercayaan orang-orang kafir?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Fri Aug 27, 2010 5:39 am

29:12. Orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan biarlah kami memikul pelanggaran-pelanggaran kamu", padahal mereka tidak boleh memikul sesuatu, walaupun pelanggaran-pelanggaran mereka sendiri; mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

Orang kafir terdahulu menyuruh orang beriman mengikut jalan hidup mereka. Kononnya dengan buat amalan ritual seperti mereka, kalau buat jahat sekali pun, nanti dosa-dosa akan diampunkan. Macamlah mereka akan pikul dosa-dosa orang lain.

Dan mengikut kepercayaan mereka, kalau buat baik macam mana sekali pun, tetapi jika tidak beritual macam cara mereka, mereka kata semua itu sia-sia. Walhal jelas dan terang Tuhan akan membalas setiap perbuatan baik biarpun sebesar atom, dan begitu juga perbuatan jahat walaupun sehalus nukleus.

29:13. Sungguh, mereka akan memikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan.

Secara psikologinya, apabila manusia itu suka mengada-adakan sesuatu perkara, pasti kepercayaan mereka itu akan jadi mengarut dan tak masuk akal. Memang Tuhan telah tetapkan begitu agar manusia dapat membezakan sesuatu yang datang daripada Allah dan sesuatu yang dusta diada-adakan oleh hawa nafsu manusia. Dengan itu tidaklah kita tertipu dengan kepercayan-kepercayaan tak masuk akal sebegitu lagi.
Back to top Go down
View user profile
lia
Siswazah
Siswazah

Posts : 120
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Fri Aug 27, 2010 9:40 am

Akal orang kafir tidak sama dengan akal orang beriman yang mendapat panduan dari Rasul. Bila Nabi mula-mula mendakwah Islam, baginda kata menerima berita dari langit dan memberi peringatan tentang dihadapan kehidupan jahiliyah mereka ada Neraka. Adakah orang kafir percaya? Bagi mereka ianya tidak masuk akal. Adakah kita nak percaya sebagaimana kepercayaan orang kafir yang mendustai Nabi saw?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Sat Aug 28, 2010 11:22 am

Salam,

9:30. Orang-orang Yahudi berkata, "Uzair ialah putera Allah"; orang-orang Nasrani berkata, "Al-Masih ialah putera Allah." Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?

Ayat di atas menunjukkan kepercayaan tak masuk akal yang diimani oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani di zaman Nabi dahulu adalah sama seperti kepercayaan orang-orang kafir sebelum mereka. Maknanya, segala kepercayaan tak masuk akal itu memang "trademark" orang kafir tidak kira umat mana sekali pun.

Tetapi Nabi membawa hujah yang masuk akal tentang Ketuhanan seperti ayat di bawah, untuk membezakan sifat orang beriman dengan sifat orang kafir;

23:91. Allah tidak mengambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentulah tiap-tiap tuhan pergi dengan apa yang ia cipta, dan sebahagian mereka tentulah meninggi terhadap sebahagian yang lain; Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyifatkan.

Maknanya kalau tuhan itu ada ramai, pastilah tuhan-tuhan itu akan mencipta makhluk masing-masing untuk dilebihkan di antara satu sama lain. Samalah macam di dunia ini ada bermacam-macam pencipta kereta, setiap pencipta kereta itu akan bersaing agar kereta mereka lebih hebat daripada pencabar mereka.

Begitulah apa yang para Nabi sampaikan itu suatu yang logik dan mudah difikirkan, tetapi kepercayaan orang-orang kafir itu karut-marut.

Yang hairannya ramai yang mengaku beragama Islam hari ini terikut-ikut rentak orang kafir terdahulu untuk menurut ucapan yang tak masuk akal atas nama Nabi, seperti mana orang Nasrani mengada-adakan kepercayaan tak masuk akal atas nama Nabi Isa. Sebijik, saling tak tumpah perangai mereka.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts : 401
Points : 2727
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Sat Aug 28, 2010 1:03 pm

Juang wrote:
29:12. Orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan biarlah kami memikul pelanggaran-pelanggaran kamu", padahal mereka tidak boleh memikul sesuatu, walaupun pelanggaran-pelanggaran mereka sendiri; mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

Orang kafir terdahulu menyuruh orang beriman mengikut jalan hidup mereka. Kononnya dengan buat amalan ritual seperti mereka, kalau buat jahat sekali pun, nanti dosa-dosa akan diampunkan. Macamlah mereka akan pikul dosa-dosa orang lain.

Dan mengikut kepercayaan mereka, kalau buat baik macam mana sekali pun, tetapi jika tidak beritual macam cara mereka, mereka kata semua itu sia-sia. Walhal jelas dan terang Tuhan akan membalas setiap perbuatan baik biarpun sebesar atom, dan begitu juga perbuatan jahat walaupun sehalus nukleus.

29:13. Sungguh, mereka akan memikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan.

Secara psikologinya, apabila manusia itu suka mengada-adakan sesuatu perkara, pasti kepercayaan mereka itu akan jadi mengarut dan tak masuk akal. Memang Tuhan telah tetapkan begitu agar manusia dapat membezakan sesuatu yang datang daripada Allah dan sesuatu yang dusta diada-adakan oleh hawa nafsu manusia. Dengan itu tidaklah kita tertipu dengan kepercayan-kepercayaan tak masuk akal sebegitu lagi.

Pada saya , itu bukan setakat mengada ada sahaja
tetapi MEMIKUL BEBAN ILMU tu agaknya, penuh beban ilmu dalam kepala di bawa sehingga akhirat.
Allah suruh Pilih Hanya Dia Untuk diri, dia tak mau
Dia Nak Pikul kitab jugak....lantak piii lah kan
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Sun Sep 05, 2010 8:56 pm

Kaum Nabi Luth yang terkenal dengan perbuatan mendatangi kaum sejenis itu juga bertindak atas kepercayaan tak masuk akal. Ini kerana jika mengikut akal, seharusnya manusia mendatangi pasangan berlawan jenis, kerana berdasarkan biologi dan fitrah kejadian manusia, mendatangi kaum berlawanan jenis lebih logik, lebih rasional, lebih waras daripada mendatangi kaum sesama jenis. Jadi, jika manusia itu berpegang kepada kepercayaan tak masuk akal, apa bezanya mereka dengan kaum Nabi Luth tersebut? Hanya kerana mengikut runtuhan hawa nafsu, apa yang bercanggah dengan fitrah manusia pun mereka balun juga. 2x5.
Back to top Go down
View user profile
sufi
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 35
Points : 2324
Reputation : 0
Join date : 2010-09-06

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 1:19 am

Juang wrote:
Kaum Nabi Luth yang terkenal dengan perbuatan mendatangi kaum sejenis itu juga bertindak atas kepercayaan tak masuk akal. Ini kerana jika mengikut akal, seharusnya manusia mendatangi pasangan berlawan jenis, kerana berdasarkan biologi dan fitrah kejadian manusia, mendatangi kaum berlawanan jenis lebih logik, lebih rasional, lebih waras daripada mendatangi kaum sesama jenis. Jadi, jika manusia itu berpegang kepada kepercayaan tak masuk akal, apa bezanya mereka dengan kaum Nabi Luth tersebut? Hanya kerana mengikut runtuhan hawa nafsu, apa yang bercanggah dengan fitrah manusia pun mereka balun juga. 2x5.

saya ada terbaca dalam blog yg memetik saorang paderi telah memberi perhatian kepada kaum ini iaitu dgn tidak meminggirkan mereka malah memberi peluang sama rata kepada mereka dalam menjalani kehidupan seolah2 habit ini tidak menyalahi hukum alam . apa pandangan saudara dalam hal ini , adakah hari ini kita kena menerima mereka seiring dgn perkembangan dunia yg semakin terbuka .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 1:52 am

sufi wrote:

saya ada terbaca dalam blog yg memetik saorang paderi telah memberi perhatian kepada kaum ini iaitu dgn tidak meminggirkan mereka malah memberi peluang sama rata kepada mereka dalam menjalani kehidupan seolah2 habit ini tidak menyalahi hukum alam . apa pandangan saudara dalam hal ini , adakah hari ini kita kena menerima mereka seiring dgn perkembangan dunia yg semakin terbuka .
Salam saudara sufi,

Perlu kita fahami, untuk mengubah tabiat manusia yang mungkin sudah sebati dalam diri, bukanlah satu perkara yang mudah. Sama ada kita terima atau tidak, mereka telah wujud disebabkan kejahilan kita sendiri yang tidak berkesedaran dan tidak bersungguh-sungguh pada Al Quran sebelum ini.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mewujudkan kembali masyarakat yang menjadikan Al Quran sebagai sumber petunjuk, pedoman dan penjelas agar generasi muda mudah membezakan perbuatan baik dan perbuatan buruk. Ini bertujuan untuk mengelak gejala tersebut berkembang dalam masyarakat kita.

Dengan mewujudkan banyak tunas-tunas Al Quran yang mana remaja yang penuh ilmu Al Quran di dalam dada dan mempunyai jati diri yang kental serta tidak mudah dipengaruhi dengan ajakan-ajakan yang memudaratkan diri sendiri, maka kebarangkalian sifat-sifat kaum Nabi Luth itu dapat dikurangkan di dalam masyarakat kita.

Kita kena usahakan mewujudkan masyarakat yang mempunyai minda untuk mengikut contoh-contoh baik, bukannya ikut sesuatu perbuatan membuta-tuli. Bila kita biasakan masyarakat menurut membuta-tuli, maka generasi mudanya mudah menurut membuta-tuli hawa nafsu mereka dan pengaruh sekeliling mereka sehingga wujud kembali pewaris-pewaris kaum Nabi Luth itu. Kesilapan kita mencorak masyarakat hari ini, kesan buruknya dipikul oleh generasi mendatang.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 2:08 am

Juang wrote:
sufi wrote:

saya ada terbaca dalam blog yg memetik saorang paderi telah memberi perhatian kepada kaum ini iaitu dgn tidak meminggirkan mereka malah memberi peluang sama rata kepada mereka dalam menjalani kehidupan seolah2 habit ini tidak menyalahi hukum alam . apa pandangan saudara dalam hal ini , adakah hari ini kita kena menerima mereka seiring dgn perkembangan dunia yg semakin terbuka .
Salam saudara sufi,

Perlu kita fahami, untuk mengubah tabiat manusia yang mungkin sudah sebati dalam diri, bukanlah satu perkara yang mudah. Sama ada kita terima atau tidak, mereka telah wujud disebabkan kejahilan kita sendiri yang tidak berkesedaran dan tidak bersungguh-sungguh pada Al Quran sebelum ini.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mewujudkan kembali masyarakat yang menjadikan Al Quran sebagai sumber petunjuk, pedoman dan penjelas agar generasi muda mudah membezakan perbuatan baik dan perbuatan buruk. Ini bertujuan untuk mengelak gejala tersebut berkembang dalam masyarakat kita.

Dengan mewujudkan banyak tunas-tunaAl Quran di dalam dada dan mempunyai jati diri yang kental serta tidak mudah dipengaruhi dengan ajakan-ajakan yang memudaratkan diri sendiri, maka kebarangkalian sifat-sifat kaum Nabi Luth itu dapat dikurangkan di dalam masyarakat kita.

Kita kena usahakan mewujudkan masyarakat yang mempunyai minda untuk mengikut contoh-contoh baik, bukannya ikut sesuatu perbuatan membuta-tuli. Bila kita biasakan masyarakat menurut membuta-tuli, maka generasi mudanya mudah menurut membuta-tuli hawa nafsu mereka dan pengaruh sekeliling mereka sehingga wujud kembali pewaris-pewaris kaum Nabi Luth itu. Kesilapan kita mencorak masyarakat hari ini, kesan buruknya dipikul oleh generasi mendatang.

saya sendiri merasa pelik kenapa sekarang ini ramai golongan kita yg berbangsa melayu senang terpengaruh dgn gejala homo ini . yg saya nampak ialah kerana sikap keterbukaan berlebihan ibu bapa hari ini yg begitu terpengaruh dgn kemodenan teknologi dan budaya barat yg bercirikan kehidupan bebas . kebanyakan yg terlibat adalah remaja dari golongan yg berada dan hidup cara barat .

saudara juang tak takut terpengaruh ke ..
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 2:27 am

Salam,

Tidakkah Tuhan telah menetapkan kaedah untuk membendung kesumbangan golongan homoseksual? Sebenarnya Tuhan telah pun menetapkan kaedahnya.

4:15 Dan kepada mereka yang bersalah kerana kesumbangan (alfahishata) dari kalangan perempuan, panggillah saksi yang mendakwa mereka empat dari kalangan kamu; maka jika mereka mengesahkan kesaksian kurung mereka di rumah sehingga kematian mengambil mereka pergi atau Tuhan membuka jalan keluar untuk mereka.

4:16 Dan untuk dua orang lelaki yang bersalah melakukannya dari kalangan kamu, beri mereka hukuman itu; kemudian jika mereka insaf dan berubah, lepaskan mereka - sesungguhnya Tuhan Pengampun, Mengasihani.

Ayat 4:15 dan 4:16 menggariskan bagaimana kita perlu menangani kesumbangan yang dilakukan oleh golongan homoseksual baik dari kalangan yang lelaki mahupun yang perempuan. Dan hanya satu bentuk tindakan yang disebut - iaitu kurung mereka di rumah sehingga akhir hayat mereka kecuali jika mereka telah insaf dan berubah. Inilah cara yang Tuhan ajar untuk kita membendung penyuburan budaya sumbang seperti homoseksualiti di kalangan masyarakat.

Jika tidak percaya, sila semak perkataan alfahishata (kesumbangan). Perkataan yang sama turut digunakan untuk merujuk kepada kaum Nabi Lut yang songsang. Lihat 7:80 & 29:28.

Trasliterasi 4:15 - Waallatee ya/teena alfahishata min nisa-ikum faistashhidoo AAalayhinna arbaAAatan minkum fa-in shahidoo faamsikoohunna fee albuyooti hatta yatawaffahunna almawtu aw yajAAala Allahu lahunna sabeelan

Trasliterasi 4:16 - Waallathani ya/tiyaniha minkum faathoohuma fa-in taba waaslaha faaAAridoo AAanhuma inna Allaha kana tawwaban raheeman

Transliterasi 7:80 - Walootan ith qala liqawmihi ata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena

Transliterasi 29:28 - Walootan ith qala liqawmihi innakum lata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena

Last edited by tolokminda on Mon Sep 06, 2010 2:39 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 2:33 am

othman wrote:

saya sendiri merasa pelik kenapa sekarang ini ramai golongan kita yg berbangsa melayu senang terpengaruh dgn gejala homo ini . yg saya nampak ialah kerana sikap keterbukaan berlebihan ibu bapa hari ini yg begitu terpengaruh dgn kemodenan teknologi dan budaya barat yg bercirikan kehidupan bebas . kebanyakan yg terlibat adalah remaja dari golongan yg berada dan hidup cara barat .

secara tidak di sedari mereka ini bukan saja akan terjerumus kepada gejala homo tetapi jugak akan mendekati gereja yg memberi mereka pengiktirafan atas alasan kebebasan berfikiran . di barat homo bukan lagi menjadi perkara yg keji bahkan telah di iktiraf kewajarannya .

bukan senang utk menerapkan nilai2 al quran dalam diri remaja kini kerana banyak halangannya .

boleh saudara juang berikan cara2 utk memupuk remaja hari ini dari terus terjerumus kjelembah yg hina kerana kita nampak para pemikir ugama jugak sudah gagal dalam mendekatkan remaja kepada al quran sepertimana yg sepatutnya .
Salam saudara othman,

Semua yang telah dewasa pada hari ini pernah merasai alam remaja. Mereka tahu ketika alam itu, manusia suka mencuba sesuatu yang baru. Ketika itu mereka mahu menonjol identiti diri. Ketika itu mereka mula ada perasaan pada kaum berlawanan jenis. Ketika itu banyak pengaruh rakan sebaya mengajak buat itu dan ini.

Jadi, jika ketika remaja barulah nak bentuk mereka, memang sudah terlambat. Bak kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya. Sepatutnya ketika si anak dalam umur 5-6 tahun itulah dididik untuk tahu berfikir buruk baik. Digalakkan anak-anak itu berifikir untuk mengenal dan membezakan nilai baik dan nilai buruk. Ini kerana pada waktu itulah anak-anak banyak bertanya. Semangat ingin tahu mereka tinggi. Jadi jangan matikan semangat mengkaji tersebut.

Tetapi kalau kita lihat cara didikan yang kita terima, kita disogok untuk mempercayai sesuatu tanpa dibenarkan berfikir. Ini memandulkan otak sehingga menyebabkan anak-anak itu membesar dengan berfikiran pendek. Bila berfikiran pendek, mereka suka buat menurut rasa. Mereka mudah terpengaruh dengan ajakan di sekelilingnya. Kalau di sekelilingnya baik, dia bernasib baik. Tetapi bagaimana yang dikelilingi bermacam pengaruh?

Kita kena sediakan generasi yang boleh berfikir panjang sejak daripada kecil lagi. Biar mereka suka berfikir, bukannya pergi takut-takutkan kononnya dalam Islam tidak boleh berfikirlah dan sebagainya.

Untuk mengubah remaja yang ada pada hari ini, rasanya kena mulakan dulu dengan yang tua/dewasa dahulu berubah. Kalau ikut kisah riwayat, kononnya Nabi dapat wahyu umur 40. Ini menunjukkan biarpun sudah berusia, baginda tidak segan silu untuk mengubah masyarakat bermula pada diri baginda.

Sikap selalu menyalahkan remaja punca bermacam gelaja hari ini perlu dibuang. Itu tidak memberikan contoh yang baik kepada mereka. Sebagai yang berusia dan matang, sepatutnya kita-kitalah dahulu yang melakukan perubahan sebab segala kerosakan yang terjadi pada remaja hari ini hasil daripada tangan-tangan orang yang sebelumnya. Kita kena ada rasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada masyarakat, bukannya senang-senang tunding jari pada remaja dan menyalahkan mereka.

Perumpamaannya seperti kita nak tanam pokok. Tetapi kita lalai jaga air dan baja. Bila pokok itu tumbuh membantut dan buahnya tidak elok, kita pergi salahkan pokok itu pula walhal pada waktu pembesaran pokok itu, kita sendiri yang lalai mengambil tindakan yang sepatutnya.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 2:38 am

tolokminda wrote:
Salam,

Tidakkah Tuhan telah menetapkan kaedah untuk membendung kesumbangan golongan homoseksual? Sebenarnya Tuhan telah pun menetapkan kaedahnya.

4:15 Dan kepada mereka yang bersalah kerana kesumbangan (alfahishata) dari kalangan perempuan, panggillah saksi yang mendakwa mereka empat dari kalangan kamu; maka jika mereka mengesahkan kesaksian kurung mereka di rumah sehingga kematian mengambil mereka pergi atau Tuhan membuka jalan keluar untuk mereka.

4:16 Dan untuk dua orang yang bersalah melakukannya dari kalangan kamu, beri mereka hukuman itu; kemudian jika mereka insaf dan berubah, lepaskan mereka - sesungguhnya Tuhan Pengampun, Mengasihani.

Ayat 4:15 dan 4:16 menggariskan bagaimana kita perlu menangani kesumbangan yang dilakukan oleh golongan homoseksual baik dari kalangan yang lelaki mahupun yang perempuan. Dan hanya satu bentuk tindakan yang disebut - iaitu kurung mereka di rumah sehingga akhir hayat mereka kecuali jika mereka telah insaf dan berubah. Inilah cara yang Tuhan ajar untuk kita membendung penyuburan budaya sumbang seperti homoseksualiti di kalangan masyarakat.

Jika tidak percaya, sila semak perkataan alfahishata (kesumbangan). Perkataan yang sama turut digunakan untuk merujuk kepada kaum Nabi Lut yang songsang. Lihat 7:80 & 29:28.

Trasliterasi 4:15 - Waallatee ya/teena alfahishata min nisa-ikum faistashhidoo AAalayhinna arbaAAatan minkum fa-in shahidoo faamsikoohunna fee albuyooti hatta yatawaffahunna almawtu aw yajAAala Allahu lahunna sabeelan

Trasliterasi 4:16 - Waallathani ya/tiyaniha minkum faathoohuma fa-in taba waaslaha faaAAridoo AAanhuma inna Allaha kana tawwaban raheeman

Transliterasi 7:80 - Walootan ith qala liqawmihi ata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena

Transliterasi 29:28 - Walootan ith qala liqawmihi innakum lata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena
Salam TM,

Menarik pendapat yang saudara utarakan. Selama ini saya berpendapat ayat itu untuk perempuan-perempuan yang ditangkap melakukan curang sahaja, tak terfikir ia kaitan dengan kaedah untuk mengawal gelaja homo tersebut.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 2:42 am

Salam Juang,

Tuhan kata tidak apa yang tertinggal di dalam KitabNya itu.

Dua orang dalam terjemahan saya untuk ayat 4:16 sepatutnya dua orang lelaki.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 2:59 am

Salam TM,

Benar. Al Quran itu Kitab yang sempurna. Hanya atas usaha manusia itu sendirilah untuk menggali isi kandungannya.
Back to top Go down
View user profile
sufi
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 35
Points : 2324
Reputation : 0
Join date : 2010-09-06

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Mon Sep 06, 2010 11:15 pm

Juang wrote:
sufi wrote:

saya ada terbaca dalam blog yg memetik saorang paderi telah memberi perhatian kepada kaum ini iaitu dgn tidak meminggirkan mereka malah memberi peluang sama rata kepada mereka dalam menjalani kehidupan seolah2 habit ini tidak menyalahi hukum alam . apa pandangan saudara dalam hal ini , adakah hari ini kita kena menerima mereka seiring dgn perkembangan dunia yg semakin terbuka .
Salam saudara sufi,

Perlu kita fahami, untuk mengubah tabiat manusia yang mungkin sudah sebati dalam diri, bukanlah satu perkara yang mudah. Sama ada kita terima atau tidak, mereka telah wujud disebabkan kejahilan kita sendiri yang tidak berkesedaran dan tidak bersungguh-sungguh pada Al Quran sebelum ini.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mewujudkan kembali masyarakat yang menjadikan Al Quran sebagai sumber petunjuk, pedoman dan penjelas agar generasi muda mudah membezakan perbuatan baik dan perbuatan buruk. Ini bertujuan untuk mengelak gejala tersebut berkembang dalam masyarakat kita.

Dengan mewujudkan banyak tunas-tunas Al Quran yang mana remaja yang penuh ilmu Al Quran di dalam dada dan mempunyai jati diri yang kental serta tidak mudah dipengaruhi dengan ajakan-ajakan yang memudaratkan diri sendiri, maka kebarangkalian sifat-sifat kaum Nabi Luth itu dapat dikurangkan di dalam masyarakat kita.

Kita kena usahakan mewujudkan masyarakat yang mempunyai minda untuk mengikut contoh-contoh baik, bukannya ikut sesuatu perbuatan membuta-tuli. Bila kita biasakan masyarakat menurut membuta-tuli, maka generasi mudanya mudah menurut membuta-tuli hawa nafsu mereka dan pengaruh sekeliling mereka sehingga wujud kembali pewaris-pewaris kaum Nabi Luth itu. Kesilapan kita mencorak masyarakat hari ini, kesan buruknya dipikul oleh generasi mendatang.

dari tulisan sahabat ,

Perlu kita fahami, untuk mengubah tabiat manusia yang mungkin sudah sebati dalam diri, bukanlah satu perkara yang mudah. Sama ada kita terima atau tidak, mereka telah wujud disebabkan kejahilan kita sendiri yang tidak berkesedaran dan tidak bersungguh-sungguh pada Al Quran sebelum ini...

seolah homo datang bersama kesebatian dalam diri , saya rasa tidak mungkin kerana pada asalnya manusia tidak tertarik kepada perlakuan ini dari awal tapi di pengaruhi persekitaran .

kebanyakan yg terlibat adalah dari kalangan lelaki yg macho , yg penoh dgn sifat kelakian sehingga memandang rendah golongan wanita . bawaan ego ini menyebabkan mereka menjadi sombong dan tidak ingin merendah diri atau sujud kepada wanita kerana sikap kebanyakan wanita terkini yg jugak ego pada kewanitaannya .
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 52
Points : 2345
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Tue Sep 07, 2010 11:21 am

Salam Sifu / ops sori ...Sufi

Mungkinkah benar jika saya perkatakan bahawa , kesebatian yang baharu itulah yang menutup kesebatian yang asal.
Back to top Go down
View user profile
sufi
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 35
Points : 2324
Reputation : 0
Join date : 2010-09-06

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Tue Sep 07, 2010 12:00 pm

Muhammad wrote:
Salam Sifu / ops sori ...Sufi

Mungkinkah benar jika saya perkatakan bahawa , kesebatian yang baharu itulah yang menutup kesebatian yang asal.

salam muhammad

dalam istilah sains sebatian ini ialah campuran yg terdiri dari lebih dari 2 atom yg telah berpadu sejak sekian lama . bukan senang atom2 ini utk menyebatikan diri membentuk satu unsur yg baharu . perlu ada sifat yg saling menarik dan bukan saling menolak . itu lah madsud saya jika salaing menolak tu kira bukan sebatian tapi campuran atau sekadar tumpangan macam dedalu .

Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: Kepercayaan Tak Masuk Akal   Today at 7:36 pm

Back to top Go down
 
Kepercayaan Tak Masuk Akal
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» TRINITAS SEBELUM NABI ISA LAHIR
» Alasan Tidak Masuk Akal, dilarangnya Seseorang, untuk Masuk Jemaah TUHAN
» 5 orang yang pertama masuk islam
» Anak Lidya Kandou masuk islam
» cristiano ronaldo masuk islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: