| Muslim: Sembahyang atau Solat? | |
|
+5tolokminda Juang othman Fiza Admin 9 posters |
|
Author | Message |
---|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 1:45 pm | |
| Salam, Saya pindahkan posting puan Fiza ke topik ini. - Fiza wrote:
- Saya juga mula memperkemaskan solat saya dengan memahami ertinya supaya solat saya lebih membawa kesan. Tidak memahami solat bukan bermaksud kita boleh tinggalkan solat, tetapi hendaklah sentiasa memperbaikinya supaya solat kita mencapai kualiti yang dikehendaki Allah. Tidak gugur kewajiban solat itu kepada mereka yang tidak fasih atau belum pandai bersolat. Sebab itu sebaik sahaja orang itu menjadi muslim hendaklah bersembahyang walaupun masih belajar.
| |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 3:54 pm | |
| pada pendapat saya. Sembahyang adalah lebih umum dan boleh merujuk kepada mana-mana agama, sama ada agama yang berasal dari kitabullah atau agama yang berasal dari manusia sendiri. Bahasa inggerisnya 'prayer' berasal dari perkataan pray = doa. Solat adalah bahasa Arab dan juga bermaksud doa. Solat lebih khusus merujuk kepada sembahyang yang dilakukan oleh orang Islam. Kita tak akan kata orang kafir bersolat tetapi mereka bersembahyang mengikut kepercayaan agama mereka. Manusia secara fitrahnya perlu kepada Tuhan yang menciptanya. Setiap kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak Tuhan. Oleh itu manusia memang bergantung pengharapan pada Tuhan yang Maha Kuasa. Manusia yang bersifat lemah pastilah berdoa atau memohon kepada Yang Maha Kuasa. Adakah antara kita di sini mengatakan dia tidak perlukan pertolongan Tuhan? Kalau kita kata kita perlu kepada rahmat Allah, perlu pada Kasih Allah dan perlu pada pertolongan Allah, maka kita pun bersolat kepadaNya.
| |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 4:51 pm | |
| - Fiza wrote:
- pada pendapat saya. Sembahyang adalah lebih umum dan boleh merujuk kepada mana-mana agama, sama ada agama yang berasal dari kitabullah atau agama yang berasal dari manusia sendiri. Bahasa inggerisnya 'prayer' berasal dari perkataan pray = doa.
Solat adalah bahasa Arab dan juga bermaksud doa. Solat lebih khusus merujuk kepada sembahyang yang dilakukan oleh orang Islam. Kita tak akan kata orang kafir bersolat tetapi mereka bersembahyang mengikut kepercayaan agama mereka. Manusia secara fitrahnya perlu kepada Tuhan yang menciptanya. Setiap kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak Tuhan. Oleh itu manusia memang bergantung pengharapan pada Tuhan yang Maha Kuasa. Manusia yang bersifat lemah pastilah berdoa atau memohon kepada Yang Maha Kuasa. Adakah antara kita di sini mengatakan dia tidak perlukan pertolongan Tuhan? Kalau kita kata kita perlu kepada rahmat Allah, perlu pada Kasih Allah dan perlu pada pertolongan Allah, maka kita pun bersolat kepadaNya.
salam
ada yg kata tak perlu buat baik pada allah . nak doa ke tak nak suka hati .
| |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 8:13 pm | |
| Salam,
Sembahyang adalah perlakuan yang mempunyai tatatertib yang khusus yang dilakukan secara ritual seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang menyekutukan Tuhan.
Manakala solat adalah apa saja perbuatan-perbuatan baik yang memberi manfaat kepada diri sendiri, orang lain dan sebagainya.
Islam, sebagai satu cara hidup yang lurus tidak mengajar untuk menyembah sekutu Tuhan yang satu. Orang-orang yang muslim hanya perlu mengabdikan diri kepadaNya dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang.
Tuhan tidak perlu disembah tapi Dia hanya mahu kita mematuhi hukum-hukumNya bagi melayakkan kita memperolehi ganjaran yang dijanjikanNya.
Umpamanya, bila kita mencipta robot. Kita tidak perlu robot itu menyembah kita sebanyak 5 kali sehari tapi cukuplah robot itu berfungsi seperti yang kita mahu. Apabila robot itu berfungsi seperti apa yang kita tetapkan, sudah tentu kita rasa gembira dan memberi ganjaran kepadanya. Sebaliknya, jika robot itu tidak mahu berfungsi seperti apa yang kita tetapkan, sudah tentu kita campakkan dia ke dalam tong sampah. Itulah balasannya jika robot itu ingkar apa yang kita tetapkan. | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 8:35 pm | |
| Salam,
Berbalik kepada perumpamaan di atas.
Katakan robot itu tidak berterima kasih kepada kita dengan tidak berbakti dan berpaling daripada kita, sudah tentu kita marah. Begitulah, jika kita menyekutukan Allah yakni dengan mengadap objek sembahan sudah tentu Dia murka.
Kita dah bagi robot itu tinggal selesa di rumah kita tapi alih-alih robot itu menghabiskan masa mengadap dinding 5 kali sehari dan hanya sedikit sahaja dia berterima kasih dan berbakti kepada tuannya. Siapa tak marah kalau ada robot macam ini.
7:10. Kami meneguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Memang benar, hanya sedikit sahaja kita berterima kasih kepadaNya. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 9:28 pm | |
| Sebab itu solat juga tanda hamba bersyukur pada Tuhannya. Memang benar ramai yang tidak bersyukur dan bersolat. Kalau dikira dengan bilangan orang kafir sangatlah kurang orang yang bersolat itu. Yang membezakan orang kafir dan orang Islam ialah solat. Sebab itu hanya orang Islam sahaja bersolat. Yang tak solat sama dengan yang menyembah selain dari Allah memang ramai. Mereka adalah sama hidup utk dunia dan tidak bersyukur dan jauh sekali untuk ikhlas kepada Allah. | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 10:34 pm | |
| - Admin wrote:
- Salam,
Berbalik kepada perumpamaan di atas.
Katakan robot itu tidak berterima kasih kepada kita dengan tidak berbakti dan berpaling daripada kita, sudah tentu kita marah. Begitulah, jika kita menyekutukan Allah yakni dengan mengadap objek sembahan sudah tentu Dia murka.
Kita dah bagi robot itu tinggal selesa di rumah kita tapi alih-alih robot itu menghabiskan masa mengadap dinding 5 kali sehari dan hanya sedikit sahaja dia berterima kasih dan berbakti kepada tuannya. Siapa tak marah kalau ada robot macam ini.
7:10. Kami meneguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Memang benar, hanya sedikit sahaja kita berterima kasih kepadaNya. salam ada jugak robot macam tu ..... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 10:42 pm | |
| Salam,
Nama pun perumpamaan. Yang penting pengajaran daripada kisah robot itu, supaya kita dalam melihat siapa diri kita mengikut perspekif Pencipta kita. Dengan memahami perasaan seorang pencipta robot, maka kita dapat memahami Kehendak Tuhan apabila Dia mencipta kita.
Mana ada pencipta sesuau produk mahu produk itu menyembah dirinya. Apa yang pencipta itu harapkan adalah produk itu menyumbangkan manfaat mengikut fungsi kejadiannya. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 10:49 pm | |
| bukan kah fungsi manusia itu menyembah Allah. Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu. Janganlah kita menjadi robot yang salah fungsi pula. | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 11:03 pm | |
| - Juang wrote:
- Salam,
Nama pun perumpamaan. Yang penting pengajaran daripada kisah robot itu, supaya kita dalam melihat siapa diri kita mengikut perspekif Pencipta kita. Dengan memahami perasaan seorang pencipta robot, maka kita dapat memahami Kehendak Tuhan apabila Dia mencipta kita.
Mana ada pencipta sesuau produk mahu produk itu menyembah dirinya. Apa yang pencipta itu harapkan adalah produk itu menyumbangkan manfaat mengikut fungsi kejadiannya. salam biar la logik . asal tuhan cipta manusia pun untuk di berikan ujian kerana kehidupan ini bukan yg kekal . buat la robot utk di uji dulu, mungkin boleh jumpa yg ok . | |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5873 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 11:09 pm | |
| Salam Fiza,
Manusia tidak dicipta untuk menjadi makhluk yang serupa fungsinya dengan malaikat. Sila fahami bagaimana malaikat cuba memberitahu Tuhan bahawa kewujudan mereka sudah cukup sempurna di sisi Tuhan berbanding manusia tetapi Tuhan mengatakan bahawa Dia lebih tahu mengenainya. Kelebihan manusia adalah mereka diberikan akal supaya mereka boleh berfikir dan menginisiatifkan sesuatu demi kebaikan dirinya sendiri, orang lain dan apa saja yang ada di sektiar mereka.
Manusia yang paling baik di sisi Tuhan adalah mereka yang banyak menggunakan akal mereka untuk melakukan usaha-usaha yang bermanfaat dan tidak menyekutukan Dia dengan apa-apa pun. Sebagai khalifah tugas utama kita adalah untuk memanifestasikan kebaikan, kemurahan dan kurniaan Tuhan supaya dapat dirasai, dinikmati, dihargai dan disyukuri bukan saja oleh diri kita sendiri malahan oleh orang lain yang berada di sekeliling kita.
Itulah cara kita berkhidmat/berbakti atau yang puan sebut beribadat kepada Tuhan. Tuhan tidak pernah menyuruh kita menyembahNya melalui perantaraan atau berkiblatkan sesuatu lokasi atau objek. Itu menyekutukan Tuhan namanya. | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Tue Aug 03, 2010 11:13 pm | |
| - othman wrote:
- Admin wrote:
- Salam,
Berbalik kepada perumpamaan di atas.
Katakan robot itu tidak berterima kasih kepada kita dengan tidak berbakti dan berpaling daripada kita, sudah tentu kita marah. Begitulah, jika kita menyekutukan Allah yakni dengan mengadap objek sembahan sudah tentu Dia murka.
Kita dah bagi robot itu tinggal selesa di rumah kita tapi alih-alih robot itu menghabiskan masa mengadap dinding 5 kali sehari dan hanya sedikit sahaja dia berterima kasih dan berbakti kepada tuannya. Siapa tak marah kalau ada robot macam ini.
7:10. Kami meneguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Memang benar, hanya sedikit sahaja kita berterima kasih kepadaNya. salam
ada jugak robot macam tu ..... Salam, Itu perumpamaan sahaja tuan othman. Dalam al-quran juga banyak perumpamaan supaya kita dapat memikirkan pengajarannya. Robot pun tahu kehendak penciptaNya melainkan ada robot yang tidak tahu menjalankan fungsinya. Inikan pula manusia yang diberi akal untuk menilai mana yang benar dan palsu. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Wed Aug 04, 2010 1:46 pm | |
| saya hormati kepercayaan sdr tolokminda yang menganggap beribadat - memenuhi kehendak sendiri, atau membuat komitmen pada makhluk sahaja. Bagi saya ibadat ialah sesuatu yang khusus untuk Tuhan dan perlu kepada keikhlasan. Amalan Solih ialah berbuat baik pada Allah dan Rasul, berbuat baik pada diri dan keluarga dan diikuti masyarakat sesama manusia, dan berbuat baik sesama makhluk. | |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5873 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Wed Aug 04, 2010 9:57 pm | |
| Salam Fiza,
Apa saja yang kita lakukan dalam hidup kita perlu kita lakukan demi Tuhan. Tuhan suruh kita hidup dalam jalan yang telah pun ditetapkan, kita cuma perlu ikut saja. Masalahnya adalah apabila orang tak mahu ikut jalan hidup yang Tuhan restui, tetapi mengada-adakan macam-macam ritual, hukum-hakam dan pelbagai lagi atas nama Tuhan. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Thu Aug 05, 2010 12:14 am | |
| Salam TM,
Sebab itulah dalam Al Quran banyak Peringatan tentang jangan mengada-adakan dusta terhadap Tuhan, kononnya mengatakan Tuhan suruh buat amalan ritual itu dan ini. Tetapi bila Al Quran tidak mahu dijadikan Peringatan sebaliknya dijadikan lagu-laguan, macam manalah mereka nak menjauhi amalan yang diada-adakan itu? Ini kerana melagu-lagukan Al Quran itu sendiri sudah satu perbuatan yang diada-adakan walhal Allah tidak pernah ajar Nabi buat begitu dan tak layak bagi Nabi buat begitu.
Jika daripada asas penggunaan Al Quran pun sudah tak betul, macam manalah amalan mereka yang lain boleh jadi betul? | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sat Aug 07, 2010 12:14 pm | |
| Benarkah kita hidup dalam keadaan taat kepada Allah? Hanya diri sendiri dan Allah yang lebih mengetahui. Saya tidak boleh kata saya lebih taat dari orang lain sebab saya tidak tahu amalan orang lain. Sesiapa yang kata dia lebih taat dari orang lain, itu lah menunjukkan kesilapannya. Yang boleh kita tahu jika orang itu sendiri yang mengucapkan perkataan yang secara terang menunjukkan kekafirannya. Al quran telah membezakan antara kafir dan islam. Janganlah kita engkar perintah Allah dan Rasul. | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sat Aug 07, 2010 1:13 pm | |
| - Fiza wrote:
- Benarkah kita hidup dalam keadaan taat kepada Allah?
Hanya diri sendiri dan Allah yang lebih mengetahui. Saya tidak boleh kata saya lebih taat dari orang lain sebab saya tidak tahu amalan orang lain. Sesiapa yang kata dia lebih taat dari orang lain, itu lah menunjukkan kesilapannya. Yang boleh kita tahu jika orang itu sendiri yang mengucapkan perkataan yang secara terang menunjukkan kekafirannya. Al quran telah membezakan antara kafir dan islam. Janganlah kita engkar perintah Allah dan Rasul. Salam, Boleh saya tahu apa perkaitan kenyataan puan dengan tajuk topik ini? | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sat Aug 07, 2010 1:18 pm | |
| Salam,
Perasan atau tidak, sejak kisah Nabi Adam sampailah ke Nabi Muhammad, tiada satu pun perintah Tuhan suruh kita menegakkan solat mengikut amalan tradisi sesuatu masyarakat.
Al Quran hanya suruh menegakkan solat pada dua tepi siang, dan sedikit awal malam kemudian jadikan solat itu untuk dapat pertolongan dan menjauhi kemungkaran serta jangan jadi musallin yang dapat celaka.
Begitu mudah suruhan Allah tentang solat dan fungsinya. Tetapi orang kafir mengada-adakan hukum yang Allah tidak pernah tetapkan. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sat Aug 07, 2010 5:37 pm | |
| Saya tidak pasti dengan cara sembahyang orang bukan islam atau orang yang tidak percaya pada agama Islam. Bagaimanapun saya hormati kepercayaaan masing-masing. Saya telah menerima solat dari orang yang beriman yang menerimanya dari orang-orang beriman sebelum mereka yang menerimanya dari tabiin dan tabiin yang menerimanya dari sahabat r.u yang menerimanya dari Rasulullah saw yang menerimanya dari Allah swt. Saya tidak boleh memaksa orang lain utk mempercayainya kerana agama itu adalah pilihan hati masing-masing dan saya menghormatinya. Saya percaya bahawa setiap orang disini akan melaksanakan amalan yang terbaik untuk dibawa kehadapan Allah kecuali mereka yang tidak percaya kepada kehidupan selepas mati. | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sun Aug 08, 2010 11:51 am | |
| Salam,
Kita kena fikirkan apakah amalan sembahnyang yang dimengertikan sebagai solat oleh orang islam hari ini mengandungi unsur-unsur menyekutukan Tuhan atau tidak. Jika kita semak dan fahami ayat al-quran dan terdapat unsur-unsur tersebut, apakah kita mahu buat begitu lagi?
Orang muslim yang patuh dan berserah diri tidak akan melakukan sembahnyang ritual begitu. Mereka hanya melakukan solat sejajar dengan suruhan Tuhan dalam al-quran. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sun Aug 08, 2010 12:35 pm | |
| Bagi saya tidak begitu. Saya akan lebih hampir dengan agama bila sembahyang. Saya dulu banyak meninggalkan sembahyang dan mengalami hidup yang amat sukar. Saya tertarik kepada semua perkara yang lalai dan mengikut kehendak rasa hati. Halal dan haram tidak dikisahkan. Hinggalah Tuhan menunjukkan kepada saya bagaimana memohon pertolongan dengan solat dan sabar. Dan saya berhasil mengubah hidup saya dan kini saya berasa lapang dada dan fikiran. Saya melihat akhirat sesuatu yang sangat benar seolah-olah ia berada di depan mata. Semuanya diperolehi melalui amalan solat. Hanya solat yang sebenar mampu memberi kesan kepada kita. Saya tak kata solat saya lebih baik dari solat orang lain tetapi ia telah memberikan keyakinan saya yang tinggi kepada Allah, meningkatkan rasa cinta kepada Nabi saw seolah-olah saya pernah bersama baginda. kalau saya cerita panjang menjadi sebuah kitab tentang solat pun tidak akan membuatkan orang lain mengerti kecuali orang itulah sendiri mengamalkannya. Banyak pertolongan Allah yang datang kepada saya dengan cara yang tidak disangkakan. Saya percaya itulah petunjuk yang Allah buktikan kepada saya bahawa solat itu benar. Mengapa kita bertelagah dengan perkara solat sedangkan ramai hamba Allah yang telah mencapai darjat yang tinggi dan peringkat makrifat yang hampir kepada Allah. Jangan biarkan iman kita terlalu tipis sehingga meragui agama. Banyak lagi peringkat dan tingkatan yang perlu dicapai oleh kita dalam agama. Kita selalu mengharap kenaikan pangkat dalam jawatan, mengapa kita tidak berusaha meningkatkan darjat kita disisi Allah. Bagaimana kita nak dapat keredhaan Allah, kalau kita tidak redha agama Islam sebagai agama kita.
| |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sun Aug 08, 2010 1:08 pm | |
| Salam,
Saya faham apa yang cuba diluahkan oleh puan.
Cuma, puan kena ingat dan fikirkan apakah sembahyang itu ada unsur-unsur menyekutukan Allah atau pun tidak. Caranya, puan kena rujuk al-quran sebagai petunjuk dan pembeza.
Orang lain yang tidak percaya pun apabila melakukan sembahyang ritual mereka, mereka akan berasa lapang dada dan fikiran seperti puan. mereka juga minta pertolongan dalam sembahyang dan sabar.
kita percaya Tuhan dan mereka pun percaya adanya Tuhan. orang islam tidak perlu meniru cara mereka mengabdikan diri kepada Tuhan. mereka menghadap objek-objek khusus sebagai arah sembahan. kita sebenarnya tidak perlu semua itu kerana ia hanya menyebabkan kita menyekutukanNya dengan sesuatu meskipun kita percaya hanya Allah satu-satunya Tuhan semesta alam. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5339 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sun Aug 08, 2010 1:56 pm | |
| Setiap yang berunsurkan syirik tidak akan mampu membawa seseorang kepada Penciptanya. Sebagai orang Islam kita dapat bezakan bila keadaan kita hampir pada Allah dan bila pula kita lalai kepada Allah. Adakah sama perasaan kita ketika membaca Al Quran dengan keadaan kita membaca majalah hiburan. Adakah sama bila kita berbuat maksiat dengan kita sedang beribadat. Jauh sekali perbezaannya kecuali bagi mereka yang tidak mendapat petunjuk Allah. Orang Islam dapat merasai dan membezakan antara usaha untuk dunia dan usaha untuk akhirat. Berbeza dengan orang kafir. Apakah yang menyebabkan perbezaan ini? Tidak lain itulah iman. Sejauh mana seseorang itu dapat merasakan bergantung setinggi manakah iman dalam hatinya. Iman memang ada pasang surutnya sebab itu orang Islam hendaklah sentiasa berusaha ke atas meningkatkan imannya. Lebih tingginya iman seseorang otomatisnya kurang lah nafsunya. Nafsu manusia juga ada darjatnya dan kita kena berusaha melawan nafsu.
| |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sun Aug 08, 2010 4:37 pm | |
| - Quote :
- Sejauh mana seseorang itu dapat merasakan bergantung setinggi manakah iman dalam hatinya. Iman memang ada pasang surutnya sebab itu orang Islam hendaklah sentiasa berusaha ke atas meningkatkan imannya.
Salam, Manusia memang selalu lupa, lalai dan tiada tekad yang kuat. Contoh yang terdekat manusia yang bernama Adam. Sebagai manusia, dia juga memiliki sifat-sifat begitu. Namun untuk kita sentiasa beringat, Allah lantik rasul untuk memberi peringatan melalui al-quran. daripada al-quran itulah kita tahu mesej-mesejNya ke arah hidup yang selamat di dunia dan akhirat. Jika kita tidak jadikan al-quran itu sebagai peringatan, maka mudahlah kita lupa, lalai dan tiada tekad yang kuat untuk menjauhi segala apa yang dilarangNya dan melakukan apa yang disuruhNya. Untuk memantapkan 'iman', bacalah al-quran semudah yang dapat. jangan jadikan ianya syair untuk dilagu-lagukan. Begitu juga, Tuhan suruh kita agar melaksanakan/ mendirikan solat agar segala bentuk kejahatan dapat dijauhi dan seterusnya dihapuskan. Sembahyang ritual tidak dapat memberi makna apa-apa kepada kita melainkan hanya mengundang unsur-unsur penyekutuan kepada Allah. Dan, kita sedia maklum bahawa apabila kita syirik (menyekutukanNya), kita akan dibakar di jahanam utk selama-lamanya. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? Sun Aug 08, 2010 6:05 pm | |
| - Admin wrote:
- Orang lain yang tidak percaya pun apabila melakukan sembahyang ritual mereka, mereka akan berasa lapang dada dan fikiran seperti puan. mereka juga minta pertolongan dalam sembahyang dan sabar.
Salam Admin, Benar. Kalau orang-orang beritual mengadap matahari, bulan, patung, pokok dan lain-lain objek itu merasa panas ketika melakukan amalan itu, pastilah mereka tak buat macam itu. Tetapi sebab mereka merasa bangga dengan buat amalan macam itu, merekalah yang mulia dan dekat dengan Tuhan, maka perasaan bangga diri itu menyebabkan mereka tidak sedar bahang yang bakal menimpa. Bahang pertama yang akan mereka hadapi adalah ketika berhujah, mereka beremosi akibat gagal kemukakan bukti. Mereka jadi macam kaum kafir terdahulu yang sekadar mampu berkata "inilah sihir yang nyata". Jika seseorang itu benar-benar lapang dada dan fikiran, tentulah mereka mampu kemukakan hujah seperti Al Quran, kerana Rasulullah adalah contoh manusia yang berlapang dada dan fikiran. Manusia itu akan mampu bawakan perumpamaam-perumpamaan seperti yang Rasulullah lakukan untuk menegakkan kebenaran. Tetapi jika cakap sahaja rasa lapang dada dan fikiran masa beritual tetapi dalam berhujah mereka rasa panas hati dan beremosi macam orang kafir terdahulu, bukankah itu menunjukkan amalan ritual mereka gagal melindungi hati mereka setiap masa daripada kepanasan setiap masa? Cuba tengok orang yang beritual mengadap batu itu panas hati dalam berebut kuasa. Nampak bagaimana mereka gagal melindungi diri mereka daripada kepanasan walaupun mereka rasa merekalah puak yang benar. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Muslim: Sembahyang atau Solat? | |
| |
|
| |
| Muslim: Sembahyang atau Solat? | |
|