Who is online? | In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm |
|
| Solat adalah perbuatan baik | |
| | |
Author | Message |
---|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Solat adalah perbuatan baik Sun Jul 25, 2010 5:58 pm | |
| 11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
Dari ayat di atas, saya berpendapat solat adalah perbuatan yang baik. Ini bermakna, orang-orang yang melakukan perbuatan yang baik dipanggil orang yang bersolat.
Solat atau perbuatan yang baik akan menghilangkan kejahatan, bertepatan dengan ayat di atas.
Tidak kira bagaimana bentuk perbuatan yang baik itu, maka ianya dinamakan solat seperti membantu jiran, bersenam, belajar, bekerja dsb. Apabila orang itu melakukan sesuatu perbuatan yang memberi kebaikan atau manfaat kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara maka orang itu bersolat.
| |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Sun Jul 25, 2010 6:14 pm | |
| Salam,
Ya. Jika sejak daripada awal pagi sampailah ke awal malam, kita penuhi masa untuk membuat kebaikan (sebelum masuk tidur), bila masa pula kita nak buat kekejian dan kemungkaran?
Di sini logiknya kenapa dikatakan solat mampu mencegah kekejian dan kemungkaran. Kerana solat adalah bagaimana kita mengurus masa kita untuk buat perkara-perkara berfaedah. | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Sun Jul 25, 2010 6:33 pm | |
| Salam,
Benar Juang. Tuhan suruh kita berbuat baik dari awal pagi hingga sebelum tidur. Jika kita isi masa-masa ini dengan perbuatan yang baik, sudah tentu tiada masa lagi nak buat jahat.
Satu contoh perbuatan yang menghalang kita daripada berbuat baik adalah meminum arak dan bermain judi. Kesan-kesan lain yang disenaraikan dalam al-quran adalah:-
1. Boleh menyebabkan permusuhan dan kebencian 2. Menghalang daripada mengingati Allah
5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti? | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Sun Jul 25, 2010 8:06 pm | |
| Salam,
Terjemahan "mengingat Allah" (zikrillah) mungkin sesuai sebagai "peringatan Allah" selaras dengan terjemahan "zikri" sebagai "peringatan" dalam ayat 54:17.
Manusia selalu dilalaikan daripada peringatan, amaran, nasihat oleh Allah. Gara-gara lalai sesuatu amaran, maka laranganNya pun dilanggar.
Macam ketika pemanduan di jalanraya. Gara-gara lalai tentang amaran had laju, ramai yang melanggarinya. Bila lalai dengan kelajuan, maka kecelakaan pun menimpa. | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Sun Jul 25, 2010 8:52 pm | |
| Salam,
Saya setuju zikrillah sebagai peringatan Allah. Tapi, apakah perkataan yang sesuai jika diterjemahkan kepada 'mengingati Allah'? | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Sun Jul 25, 2010 9:44 pm | |
| Salam,
Dalam Al Quran, perkataan yang sesuai untuk "mengingati" disebut seperti "tazkuru", "tazakarun".
Cuba lihat contoh ayat-ayat di bawah:
12:85. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati (tazkuru) Yusuf sehingga kamu hilang tenaga dan menjadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk orang-orang yang binasa."
27:62. Atau, siapakah yang menyahut orang yang dalam kesulitan apabila dia berseru kepada-Nya, dan menghilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati (tazakarun).
Nampak tak perbezaan perkataannya dengan zikri?
Lagi satu, lupa lawannya ingat. Kalau zikra dalam ayat di bawah diterjemahkan sebagai "mengingati", nampak struktur ayatnya tak kena sebab sebelum itu sudah ada perkataan lupa. Mana sesuai disebut "lupa mengingati". Kita hanya perlu sebut lupa sahaja untuk sesuatu yang kita tidak ingat (atau pun sebut tidak mengingati).
25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidaklah patut bagi kami mengambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kesenangan hidup sehingga mereka melupakan (nasuu) Peringatan (zikra), dan mereka adalah kaum yang keji."
Jadi perkataan zikri itu sepatutnya diterjemahkan sebagai Peringatan. Barulah kita hidup berwaspada, dan bukannya menurut membuta-tuli (tidak berwaspada).
Apa pendapat Bayau? | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Sun Jul 25, 2010 10:26 pm | |
| Salam,
Saya setuju penjelasan Juang. Terima kasih. | |
| | | faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5782 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Mon Jul 26, 2010 1:04 pm | |
| - Juang wrote:
Dalam Al Quran, perkataan yang sesuai untuk "mengingati" disebut seperti "tazkuru", "tazakarun".
Cuba lihat contoh ayat-ayat di bawah:
12:85. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati (tazkuru) Yusuf sehingga kamu hilang tenaga dan menjadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk orang-orang yang binasa."
27:62. Atau, siapakah yang menyahut orang yang dalam kesulitan apabila dia berseru kepada-Nya, dan menghilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati (tazakarun).
Nampak tak perbezaan perkataannya dengan zikri?
Lagi satu, lupa lawannya ingat. Kalau zikra dalam ayat di bawah diterjemahkan sebagai "mengingati", nampak struktur ayatnya tak kena sebab sebelum itu sudah ada perkataan lupa. Mana sesuai disebut "lupa mengingati". Kita hanya perlu sebut lupa sahaja untuk sesuatu yang kita tidak ingat (atau pun sebut tidak mengingati).
25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidaklah patut bagi kami mengambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kesenangan hidup sehingga mereka melupakan (nasuu) Peringatan (zikra), dan mereka adalah kaum yang keji."
Jadi perkataan zikri itu sepatutnya diterjemahkan sebagai Peringatan. Barulah kita hidup berwaspada, dan bukannya menurut membuta-tuli (tidak berwaspada).
Dari segi bahasa, zikri adalah kata benda (isim/noun) sedangkan mengingat adalah kata kerja (fiil/verb). Umumnya zikri dalam Alquran diterjemahkan dengan peringatan, tetapi cukup banyak kata zikri yang dikorupsi, diselewengkan, dilengcengkan dan diplesetkan artinya menjadi mengingat. Salam. | |
| | | faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5782 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Mon Jul 26, 2010 1:13 pm | |
| - Admin wrote:
Saya setuju zikrillah sebagai peringatan Allah. Tapi, apakah perkataan yang sesuai jika diterjemahkan kepada 'mengingati Allah'? Kita perlu senantiasa mengingat Allah, karena hal tersebut diperintahkan dalam Alquran. Dalam hal mengingat Allah, yang sangat penting dan perlu senantiasa diingat adalah peringatan (zikri = peringatan = Alquran) Allah. Hal tersebut sangat jelas dalam surah Al Jumu'ah. Orang beriman diseru salat yaitu agar bersegera kepada peringatan Allah (62.9). Setelah salat, maka diperintahkan bertebaran di muka bumi mencari kelebihan/karunia Allah. Dalam mencari kelebihan/karunia Allah, maka orang beriman perlu senantiasa mengingat Allah, yaitu mengingat peringatan Allah (petunjuk Alquran), yang baru saja disimak ketika salat (62.10). Salam. | |
| | | faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5782 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Mon Jul 26, 2010 1:36 pm | |
| - Admin wrote:
- 11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
Dari ayat di atas, saya berpendapat solat adalah perbuatan yang baik. Ini bermakna, orang-orang yang melakukan perbuatan yang baik dipanggil orang yang bersolat.
Solat atau perbuatan yang baik akan menghilangkan kejahatan, bertepatan dengan ayat di atas.
Tidak kira bagaimana bentuk perbuatan yang baik itu, maka ianya dinamakan solat seperti membantu jiran, bersenam, belajar, bekerja dsb. Apabila orang itu melakukan sesuatu perbuatan yang memberi kebaikan atau manfaat kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara maka orang itu bersolat. Salat (alssalata) adalah kata benda, dan adalah tepat jika diterjemahkan juga sebagai kata benda: perbuatan baik. Salam. | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Mon Jul 26, 2010 1:49 pm | |
| Salam,
Kita lihat terjemahan yang berkaitan dengan perkataan solat yang bermaksud 'perbuatan baik'.
2:3. Yang mempercayai yang ghaib, dan melakukan perbuatan baik (solat), dan menafkahkan (membelanjakan) sebahagian daripada apa yang Kami merezekikan mereka,
2:43. Dan lakukanlah perbuatan baik (solat), dan berikanlah zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.
2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan perbuatan baik (solat) kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati,
2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah perbuatan baik (solat), dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu memalingkan.
2:110. Dan lakukanlah perbuatan baik (solat), dan berikanlah zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.
Bersambung... | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 6:59 am | |
| Salam,
Jadi, solat dalam ayat 62.9 bermaksud, kita fahami Peringatan Allah. Setelah kita tahu membezakan apa yang baik dan apa yang buruk, maka bertebaranlah mencari kurnia-kurnia Allah pada jalan yang baik.
Contohnya ada Peringatan dalam Al Quran tentang menimbang dengan adil bagi para peniaga. Jadi, peniaga yang mengambil Peringatan Allah akan berniaga secara jujur dan adil, bukannya mengaut keuntungan secara tamak haloba. Begitu juga Peringatan tentang rasuah. Maka orang yang mencari rezeki dengan menjawat jawatan tertentu akan berusaha menjauhkan diri daripada rasuah kalau mereka bersolat (menyemak Peringatan Allah).
Itulah erti solat yang lebih realistik ke arah hidup yang baik, sihat, aman, sejahtera dan harmoni. | |
| | | othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 12:24 pm | |
| 1 - Quote :
- 1:114. Dan lakukanlah perbuatan baik pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
salam kala terjemahan ni macamana pulak . mungkin masa tengah hari dan tengah malam tu masa kita tak ingat . boleh lah kita berbuat kejahatan pada masa ni kerana perbuatan baik yg kita lakukan pada dua tepi siang dan awal malam itu akan menghilangkannya . | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 12:33 pm | |
| - othman wrote:
- 1
- Quote :
- 1:114. Dan lakukanlah perbuatan baik pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
salam
kala terjemahan ni macamana pulak . mungkin masa tengah hari dan tengah malam tu masa kita tak ingat . boleh lah kita berbuat kejahatan pada masa ni kerana perbuatan baik yg kita lakukan pada dua tepi siang dan awal malam itu akan menghilangkannya . Salam, Dari segi logik, sudah tentu perbuatan baik itu kita lakukan sebelum tidur yakni pada siang hari dan awal malam. Jika kita isi masa ini dengan berbuat baik, tiada masa lagi nak buat jahat. Sebab itu perbuatan baik menghilangkan kejahatan. | |
| | | othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 12:43 pm | |
| - Admin wrote:
- othman wrote:
- 1
- Quote :
- 1:114. Dan lakukanlah perbuatan baik pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
salam
kala terjemahan ni macamana pulak . mungkin masa tengah hari dan tengah malam tu masa kita tak ingat . boleh lah kita berbuat kejahatan pada masa ni kerana perbuatan baik yg kita lakukan pada dua tepi siang dan awal malam itu akan menghilangkannya . Salam,
Dari segi logik, sudah tentu perbuatan baik itu kita lakukan sebelum tidur yakni pada siang hari dan awal malam. Jika kita isi masa ini dengan berbuat baik, tiada masa lagi nak buat jahat. Sebab itu perbuatan baik menghilangkan kejahatan.
salam yer sebab bila dah tido macamana kita tahu perbuatan kita . kalau siang hari kita tido kalau kita buat jahat pun tak apa . | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 12:52 pm | |
| Sambungan...
2:125. Dan apabila Kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat perbuatan baik (solat)." Dan Kami membuat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."
2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan perbuatan baik (solat); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan perbuatan baik (solat), dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.
2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan perbuatan baik (solat) di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.
2:277. Orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan melakukan perbuatan baik (solat), dan memberikan zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati perbuatan baik (solat) apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.
4:77. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah perbuatan baik (solat), dan berikanlah zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk meringkaskan perbuatan baik (solat), jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan perbuatan baik (solat) bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan perbuatan baik (solat), ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah perbuatan baik (solat); sesungguhnya perbuatan baik (solat) adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
bersambung... | |
| | | othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 1:06 pm | |
| salam
bagaimana dgn waktu yg di luar dari yg di tetapkan ? dua tepi siang maknanya ada pembahagian masa . kalau di sebut tepi mesti ada tengah . dalam quran pun ada di sebut lakukan lah solat .... dan tertentu pulak . | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 1:12 pm | |
| - othman wrote:
- Admin wrote:
- othman wrote:
- 1
- Quote :
- 1:114. Dan lakukanlah perbuatan baik pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
salam
kala terjemahan ni macamana pulak . mungkin masa tengah hari dan tengah malam tu masa kita tak ingat . boleh lah kita berbuat kejahatan pada masa ni kerana perbuatan baik yg kita lakukan pada dua tepi siang dan awal malam itu akan menghilangkannya . Salam,
Dari segi logik, sudah tentu perbuatan baik itu kita lakukan sebelum tidur yakni pada siang hari dan awal malam. Jika kita isi masa ini dengan berbuat baik, tiada masa lagi nak buat jahat. Sebab itu perbuatan baik menghilangkan kejahatan.
salam
yer sebab bila dah tido macamana kita tahu perbuatan kita . kalau siang hari kita tido kalau kita buat jahat pun tak apa . Salam, Kalau tidur siang, lagi-lagilah susah nak buat jahat. Sebab itu, masa itu seharusnya diisi dengan berbuat baik. Bila lewat malam dah bangun selepas tidur siang, kebarangkalian nak buat jahat itu tinggi sebab dia tak melakukan perbuatan baik di siang hari. jadi, nak hilangkan kejahatan itu mungkin susah sebab kurang berbuat baik. | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 1:18 pm | |
| - othman wrote:
- salam
bagaimana dgn waktu yg di luar dari yg di tetapkan ? dua tepi siang maknanya ada pembahagian masa . kalau di sebut tepi mesti ada tengah . dalam quran pun ada di sebut lakukan lah solat .... dan tertentu pulak . Salam, Sebab itu Allah suruh kita pelihara perbuatan baik (solat) kita di tengah. Masa ini, mungkin kita leka sedikit nak buat baik. 2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan perbuatan baik (solat) di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah. | |
| | | othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 2:08 pm | |
| - Admin wrote:
- othman wrote:
- salam
bagaimana dgn waktu yg di luar dari yg di tetapkan ? dua tepi siang maknanya ada pembahagian masa . kalau di sebut tepi mesti ada tengah . dalam quran pun ada di sebut lakukan lah solat .... dan tertentu pulak . Salam,
Sebab itu Allah suruh kita pelihara perbuatan baik (solat) kita di tengah. Masa ini, mungkin kita leka sedikit nak buat baik.
2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan perbuatan baik (solat) di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah. salam peliharalah perbuatan baik ,dan perbuatan baik di tengah dan perbuatan baik kepada allah . makin pening ... jangan salah faham . saya ingin cuba memahami terjemahan mengikut pendapat tuan . | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 2:16 pm | |
| - othman wrote:
- Admin wrote:
- othman wrote:
- salam
bagaimana dgn waktu yg di luar dari yg di tetapkan ? dua tepi siang maknanya ada pembahagian masa . kalau di sebut tepi mesti ada tengah . dalam quran pun ada di sebut lakukan lah solat .... dan tertentu pulak . Salam,
Sebab itu Allah suruh kita pelihara perbuatan baik (solat) kita di tengah. Masa ini, mungkin kita leka sedikit nak buat baik.
2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan perbuatan baik (solat) di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah. salam
peliharalah perbuatan baik ,dan perbuatan baik di tengah dan perbuatan baik kepada allah .
makin pening ... jangan salah faham . saya ingin cuba memahami terjemahan mengikut pendapat tuan . Salam, Mungkin tuan othman pening pada mulanya. tapi jika tuan fahami betul-betul, tuan akan nampak bahawa kita disuruh pelihara perbuatan baik supaya tiada masa nak buat jahat lagi. Mengapa tuan othman mengatakan "perbuatan baik kepada Allah" di situ? sedangkan dalam terjemahan di atas kata "berdirilah kamu patuh kepada Allah."? | |
| | | othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 2:51 pm | |
| salam
"berdirilah kamu patuh kepada Allah."?
apa madsud dia ? bukan kah mengerjakan perbuatan yg baik . | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 3:33 pm | |
| - othman wrote:
- salam
"berdirilah kamu patuh kepada Allah."?
apa madsud dia ? bukan kah mengerjakan perbuatan yg baik . Salam, Boleh tuan jelaskan maksud "perbuatan baik kepada Allah"? Kalau perbuatan baik kepada manusia, binatang dan alam saya faham. - othman wrote:
- salam
peliharalah perbuatan baik ,dan perbuatan baik di tengah dan perbuatan baik kepada allah .
makin pening ... jangan salah faham . saya ingin cuba memahami terjemahan mengikut pendapat tuan . | |
| | | othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 4:08 pm | |
| - Admin wrote:
- othman wrote:
- salam
"berdirilah kamu patuh kepada Allah."?
apa madsud dia ? bukan kah mengerjakan perbuatan yg baik . Salam,
Boleh tuan jelaskan maksud "perbuatan baik kepada Allah"? Kalau perbuatan baik kepada manusia, binatang dan alam saya faham.
- othman wrote:
- salam
peliharalah perbuatan baik ,dan perbuatan baik di tengah dan perbuatan baik kepada allah .
makin pening ... jangan salah faham . saya ingin cuba memahami terjemahan mengikut pendapat tuan . salam kalau tak faham macamana tuan sanggup ubah makna solat kepada perbuatan yg baik . adakah berdiri lah patuh kepada allah itu memberi madsud yg lain , ritual seumpanya .. | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik Tue Jul 27, 2010 4:24 pm | |
| - othman wrote:
- Admin wrote:
- othman wrote:
- salam
"berdirilah kamu patuh kepada Allah."?
apa madsud dia ? bukan kah mengerjakan perbuatan yg baik . Salam,
Boleh tuan jelaskan maksud "perbuatan baik kepada Allah"? Kalau perbuatan baik kepada manusia, binatang dan alam saya faham.
- othman wrote:
- salam
peliharalah perbuatan baik ,dan perbuatan baik di tengah dan perbuatan baik kepada allah .
makin pening ... jangan salah faham . saya ingin cuba memahami terjemahan mengikut pendapat tuan . salam
kalau tak faham macamana tuan sanggup ubah makna solat kepada perbuatan yg baik . adakah berdiri lah patuh kepada allah itu memberi madsud yg lain , ritual seumpanya .. Salam, Saya beri maksud solat sebagai perbuatan baik sebab selaras dengan ayat-ayat yang lain. Saya cuma tak faham bila mana tuan mengatakan dari terjemahan "berdirilah kamu patuh kepada Allah" kepada "perbuatan baik kepada Allah". Itu yang saya tak faham. Bagi saya "berdirilah kamu patuh kepada Allah" bermaksud menegakkan perintah Allah bukan dengan cara ritual sembahyang. | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Solat adalah perbuatan baik | |
| |
| | | | Solat adalah perbuatan baik | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |