| Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? | |
|
|
|
Author | Message |
---|
Jebon Siswa-siswi
Posts : 91 Points : 5326 Reputation : 0 Join date : 2010-08-12
| Subject: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Sat Sep 18, 2010 11:42 pm | |
| Salam semua... Sy akan bawa beberapa tafsiran mengenai ayat Q9:33, Q61:9, Q48:28 seperti berikut... Terjemahan biasa: "Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan bimbingan, dan DEEN yang benar, supaya Dia meninggikannya diatas semua DEEN, walaupun dibenci orang-orang yang musyrik."(1). Imam Syafie menafsirkan ayat ini, bahawa maksud agama (deen) yang ditinggikan diatas semua agama (deen) itu ialah apabila semua "sunnah" Nabi Muhammad didengari... (2). Sedangkan ada beberapa pentafsir zaman dahulu pula berpendapat, bahawa maksud agama (deen) yang ditinggikan diatas semua agama (deen) itu ialah apabila Nabi Isa turun dari langit di akhir zaman menjelaskan ajaran Tuhan... (3). Manakala pendapat dari sumber submission.org (Dr. Rashad Khalifa) pula bolehlah difahami bahawa maksud agama (deen) yang ditinggikan diatas semua agama (deen) itu ialah adanya para Rasul yg diutuskan (i.e selepas Nabi Muhammad) untuk menjelaskan isi kandungan al-Quran... Komen: Tafsiran No.(1) boleh mensignifikan akan keperluan hadis2 dibukukan utk memahami al-Quran... Manakala tafsiran No.(2) boleh mensignifikan pendapat bhw diakhir zaman Nabi Isa akan turun menjelaskan ajaran Tuhan atau ajaran Nabi Isa yg akan mendominasikan dunia... Dan tafsiran No.(3) boleh difahami adanya "Rasul-rasul" selepas Nabi Muhammad yg datang utk menjelaskan al-Quran tanpa kesalahan... Apa kata para forumers semua???...... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Sun Sep 19, 2010 12:15 am | |
| Salam,
Mari kita lihat kesinambungan kisah-kisah Rasul terdahulu yang direkodkan dalam Al Quran.
Tafsiran 1 - tiada sejarah berulang-ulang seseorang Rasul mengumpulkan riwayat-riwayat si polan untuk memahami wahyu Allah. Jadi tafsiran 1 itu tidak ada kesinambungannya dengan apa yang para Rasul terdahulu lakukan.
Tafsiran 2 - tiada sejarah mencerita seseorang Rasul Allah itu dibangkitkan kembali untuk menyambung tugas kerasulan sedangkan ketika dia hidup, dia telah sempurnakan tugasnya. Nabi Isa sudah lulus ujian yang diberikan Tuhan kepadanya. Jika dia perlu dihidupkan kembali untuk memikul tugas yang sama, alangkah tidak adilnya kerana rasul-rasul lain tidak dibangkitkan untuk diuji lagi sekali. Sama konsepnya, jika seorang pelajar sudah lulus SPM dengan cemerlang, tak logik pelajar itu disuruh ambil semula ujian SPM itu buat kali keduanya
Tafsiran 3 - ada kesinambungannya dengan kisah rasul-rasul terdahulu di mana selepas sesuatu zaman yang mana sesuatu kaum itu hidup dalam kegelapan, didatangkan seseorang Rasul untuk membacakan ayat-ayat Tuhan kepada mereka. Tujuannya supaya tidak manusia dalam sesuatu zaman buat alasan mereka tak faham Kitab Allah kerana tiada Rasul menjelaskan kepada mereka. Siapa rasul-rasul itu? Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Ingatlah, sunnah Allah itu tidak berubah-ubah. Jika sunnah Allah telah menetapkan selepas seseorang Nabi yang diberikan Kitab dan Kebijaksanaan, pasti akan ada rasul-rasul yang membenarkan Kitab Nabi tersebut, bermakna keadaan itu pasti akan sampai. Hanya Allah dan ahli-ahli peringatan sahaja mengetahuinya. | |
|
| |
Jebon Siswa-siswi
Posts : 91 Points : 5326 Reputation : 0 Join date : 2010-08-12
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Sun Sep 19, 2010 5:13 am | |
| - Juang wrote:
- Tafsiran 2 - tiada sejarah mencerita seseorang Rasul Allah itu dibangkitkan kembali untuk menyambung tugas kerasulan sedangkan ketika dia hidup, dia telah sempurnakan tugasnya. Nabi Isa sudah lulus ujian yang diberikan Tuhan kepadanya. Jika dia perlu dihidupkan kembali untuk memikul tugas yang sama, alangkah tidak adilnya kerana rasul-rasul lain tidak dibangkitkan untuk diuji lagi sekali. Sama konsepnya, jika seorang pelajar sudah lulus SPM dengan cemerlang, tak logik pelajar itu disuruh ambil semula ujian SPM itu buat kali keduanya
Ada kemungkinan lagi juang... sy pernah baca buku Kassim Ahmad (HJKP) ada menyebut bukan Nabi Isa yg turun tetapi ajarannya yg sebenar yg akan berkembang... tak tahulah kalau sy tersilap faham kenyataan beliau dlm bukunya tuh... - Juang wrote:
- Tafsiran 3 - ada kesinambungannya dengan kisah rasul-rasul terdahulu di mana selepas sesuatu zaman yang mana sesuatu kaum itu hidup dalam kegelapan, didatangkan seseorang Rasul untuk membacakan ayat-ayat Tuhan kepada mereka. Tujuannya supaya tidak manusia dalam sesuatu zaman buat alasan mereka tak faham Kitab Allah kerana tiada Rasul menjelaskan kepada mereka. Siapa rasul-rasul itu? Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Jika itu benar, berkemungkinan orang yg mengaku Rasul itu akan membawa tafsiran al-Quran mereka, bagaimana kalo tafsiran mereka berbeza dengan anda juang, tak caya?? Cuba lihat di blog ini http://www.saktisihite.com/2007/10/ketentuan-shalat-bagian-1.html ... seorang yg mengaku dirinya Rasul mempunyai tafsiran yg berbeza dengan anda dan tolokminda... Salam | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Sun Sep 19, 2010 5:53 am | |
| Salam,
Sesiapa saja boleh mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang rasul. Namun, sebelum mempercayai/ menerima pendapatnya, kita selidik dahulu sama ada kata-katanya itu bertentangan atau pun selari dengan al-quran.
Bukan sebab dia dah declare kerasulannya terus kita percaya membuta-tuli. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Sun Sep 19, 2010 8:41 am | |
| Salam, - Jebon wrote:
- Ada kemungkinan lagi juang... sy pernah baca buku Kassim Ahmad (HJKP) ada menyebut bukan Nabi Isa yg turun tetapi ajarannya yg sebenar yg akan berkembang... tak tahulah kalau sy tersilap faham kenyataan beliau dlm bukunya tuh...
Jika dimaksudkan begitu, memang ada rasionalnya. Kalau kita lihat dalam bidang sains pun, berapa banyak ilmu saintis terdahulu berkembang luas tanpa saintis terdahulu perlu dihidupkan kembali untuk menjelaskan teori mereka. Allah kurniakan generasi terkemudian mempunyai akal yang sama sifatnya dengan generasi terdahulu. Jadi setiap umat mampu mengembangkan sesuatu ilmu terdahulu tanpa memerlukan penyampai ilmu sebelumnya itu dihidupkan kembali. Bila kita faham yang setiap diri kita mampu memahami Kitab-kitab Allah yang disampaikan terdahulu, tidaklah kita menjadi golongan yang suka tunggu disuap lagi pemalas nak mengkaji sendiri. Beza utama orang Barat dengan orang-orang Melayu adalah kebanyakan mereka suka mengkaji sedangkan orang-orang Melayu suka menurut membuta-tuli. - Quote :
- Jika itu benar, berkemungkinan orang yg mengaku Rasul itu akan membawa tafsiran al-Quran mereka, bagaimana kalo tafsiran mereka berbeza dengan anda juang, tak caya??
Cuba lihat di blog ini http://www.saktisihite.com/2007/10/ketentuan-shalat-bagian-1.html ... seorang yg mengaku dirinya Rasul mempunyai tafsiran yg berbeza dengan anda dan tolokminda...
Salam Jangan jadikan saya atau TM sebagai penentu benar atau tidak. Itu kerja menyekutukan Allah. Jadikanlah Al Quran dan hukum-hukum yang Allah tetapkan di semesta alam ini sebagai pembeza benar atau tidak. Itu asasnya. Jika orang yang mengaku dirinya Rasul membawa sesuatu yang selari dengan Al Quran dan dapat dibuktikan benar menggunakan hukum-hukum Allah tetapkan pada alam semesta ini, maka benarlah orang itu. Cuba buktikan ada tak ayat-ayat yang diucapkan oleh seseorang Rasul terdahulu (yang ada dalam Al Quran) yang bercanggah dengan hukum-hukum Tuhan pada semesta alam ini? Jika tiada, itu menunjukkan sifat-sifat Rasul adalah mengatakan sesuatu yang selari dengan Ketetapan Tuhan. Ini yang saya dan TM (serta orang-orang yang tidak mahu mempersekutukan Tuhan) cuba lakukan iaitu supaya pegangan kita selari dengan Ketetapan Tuhan, bukannya "ketetapan" yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan. Menggunakan ketetapan atas nama si polan dan si polan menyebabkan kita terkial-kial mencari kitab riwayat. Tetapi menggunakan Ketetapan Tuhan, kita mudah membuat perumpamaan berdasarkan konsep-konsep yang Tuhan tetapkan di semesta alam ini. Sebab itulah para Rasul terdahulu berhujah tanpa bersandarkan sedikit pun atas nama si polan dan si polan. | |
|
| |
Jebon Siswa-siswi
Posts : 91 Points : 5326 Reputation : 0 Join date : 2010-08-12
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Mon Sep 20, 2010 4:36 am | |
| Salam Sy merangkumkan posting admin dan juang, masalahnya masing2 dakwa ikut al-Quran, yang ebacaan kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg aidid safar kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg dlm blog (mengaku Rasul/ dah baca ker??) link yg sy berikan tuh pun kata tafsiran beliaulah yg Quranic... ini belum termasuk tafsiran anda & tolokminda lagi... mana satu yg betol entah??... | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Mon Sep 20, 2010 10:34 am | |
| - Jebon wrote:
- Salam
Sy merangkumkan posting admin dan juang, masalahnya masing2 dakwa ikut al-Quran, yang ebacaan kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg aidid safar kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg dlm blog (mengaku Rasul/ dah baca ker??) link yg sy berikan tuh pun kata tafsiran beliaulah yg Quranic... ini belum termasuk tafsiran anda & tolokminda lagi... mana satu yg betol entah??... Salam, Dengar semua pendapat dan ikut yang terbaik. (39:18). | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Tue Sep 21, 2010 9:27 am | |
| Salam,
Benar Admin. Pendapat saya pun berdasarkan terjemahan Al Quran Indon + eBacaan dan pandangan rakan-rakan lain di dalam forum di samping konsep-konsep yang Tuhan tetapkan di sekeliling kita (seperti hukum-hukum alam).
Macam kita nak makan sesuatu makanan, kita kena gaulkan dan kunyahkan sampai lumat, barulah sedap/senang nak hadam. Macam itulah kalau nak hadam Al Quran (memahami Al Quran) kena gaulkan dengan pelbagai pendapat sehingga lumat barulah senang nak faham.
Point penting adalah jangan takut perbezaan pendapat dan berlapang dada mengikut yang terbaik. Kalau kita kaji psikologi orang-orang kafir terdahulu, mereka takut perbezaan pendapat apatah lagi yang berbeza dengan amalan ritual tradisi mereka. Pantang ada yang berbeza dengan kepercayaan mereka, terus mereka hukum sesat, pendusta, tukang sihir atau menyerang orang-orang yang berlainan kepercayaan itu. Takkan kita nak tiru perangai buruk itu kembali? | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Tue Sep 21, 2010 6:54 pm | |
| Salam Juang,
Perumpamaannya, jika kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah. Kalau hanya seorang sahaja yang memberikan cadangan/ pendapat, maka itu sajalah jalan yang ada berbanding jika beberapa orang turut sama mengemukakan cadangan/ pendapat yang berbeza minda kita akan berkembang untuk mencari pendapat yang terbaik. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 1:35 am | |
| Salam.... da terang benderang dlm Al-quran mengenai topik ini..... Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( 33:40)
maksudnya tidak akan ada nabi dan rasul selepas nabi Muhammad...... kerana kita tau rasul jugak seorang nabi..... dan dalam ayat tersebut dijelaskan Nabi Muhammad penutup segala nabi..... sekian......... dimaklumkan..... | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 1:46 am | |
| Salam,
Ayat 33:40 itu jelas mengatakan 'kesudahan/ penutup nabi-nabi' bukan penutup rasul-rasul. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 1:48 am | |
| Salam...
saudara admin...
pada pandangan admin...
ada kah rasul yang bukan nabi.... | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 1:53 am | |
| - gaara wrote:
- Salam...
saudara admin...
pada pandangan admin...
ada kah rasul yang bukan nabi.... Salam, Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 2:09 am | |
| - Quote :
- Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.
contoh rasul tersebut saudara admin siapa? klau ada.... | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 2:13 am | |
| - gaara wrote:
-
- Quote :
- Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.
contoh rasul tersebut saudara admin siapa?
klau ada.... Salam, Sesiapa saja yang memberi peringatan dan menyampaikan ayat-ayatNya. Soal siapa dia, kita serahkan kepada Allah. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 2:35 am | |
| - Admin wrote:
- gaara wrote:
-
- Quote :
- Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.
contoh rasul tersebut saudara admin siapa?
klau ada.... Salam,
Sesiapa saja yang memberi peringatan dan menyampaikan ayat-ayatNya. Soal siapa dia, kita serahkan kepada Allah. Tetapi saudara admin Rasul ialah seorang Nabi yang diangkat oleh Allah Azza waJalla dengan diberikan sebuah kitab suci untuk menyebarkan risalah dan syari’at agama-Nya. dan ayat berikut pulak..... Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. [an-Nahl 16:36]tiap2 umat seorang rasul.... apakah saudara admin bukan umat nabi Muhammad... jadi Rasul... 1. ada kitab suci 2. seorang untuk satu umat... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 7:52 am | |
| - Admin wrote:
- Salam Juang,
Perumpamaannya, jika kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah. Kalau hanya seorang sahaja yang memberikan cadangan/ pendapat, maka itu sajalah jalan yang ada berbanding jika beberapa orang turut sama mengemukakan cadangan/ pendapat yang berbeza minda kita akan berkembang untuk mencari pendapat yang terbaik. Salam Bayau, Bila kita ada banyak pendapat, maka kita ada banyak cara atau jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Maka hidup jadi lapang. Samalah macam kita memandu di jalan raya ke sesuatu destinati. Jika destinati itu banyak jalan ke sana, kita banyak pilihan untuk sampai ke destinasi itu. Kita tidak mengalami masalah jika salah satu jalan itu jam atau ditutup. Tapi sifat-sifat orang musyrik, mereka tidak boleh berbeza pendapat dengan kepercayaan tradisi mereka. Cuba lihat dalam Al Quran, konsisten ia menjelaskan sifat-sifat orang musyrik itu amat sukar berbeza pendapat. Sebab itulah mereka suka berpuak-puakan. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 8:10 am | |
| - Admin wrote:
- gaara wrote:
- Salam...
saudara admin...
pada pandangan admin...
ada kah rasul yang bukan nabi.... Salam,
Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri. Salam Bayau, Saya juga berpendapat begitu. Dalam Al Quran, Nabi dan Rasul dibezakan begini. Nabi = orang-orang yang diberikan Kitab dan Kebijaksanaan. Rasul = orang-orang yang membenarkan Kitab dan Kebijaksanaan yang pernah dimilik oleh Nabi-nabi terdahulu. Bila kita sudah nampak perbezaan utama di antara Nabi dan Rasul, mudah kita nampak logik ayat 33:40 itu. 1) Oleh kerana Al Quran sudah lengkap dan dijamin terpelihara, maka kenabian telah ditutup. 2) Oleh kerana Al Quran wujud sehingga kini, maka kerasulan tidak ditutup kerana akan ada orang-orang yang sentiasa membenarkan Al Quran (Kitab dan Kebijaksanaan) yang dimilik oleh Nabi terdahulu. Berkenaan ayat 16:36 pula, tidak pula ayat itu mengatakan Rasul ada Kitab. Rasul itu hanya menyuruh berbakti kepada Allah semata-mata (bukannya taksub pada si polan dan si polan - mempersekutukan Allah) dan jauhi amalan karut-marut (taghut). Sedar atau tidak, semua manusia umat hari ini boleh mencontohi sifat seseorang Rasul iaitu membenarkan Kitab nabi sebelum ini. Dan tiada Rasul yang membenarkan kitab riwayat si polan dan si polan. Percayalah. | |
|
| |
masterpiece7070 Siswazah
Posts : 260 Points : 5475 Reputation : 0 Join date : 2010-08-20 Age : 43
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 10:32 am | |
| | |
|
| |
masterpiece7070 Siswazah
Posts : 260 Points : 5475 Reputation : 0 Join date : 2010-08-20 Age : 43
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 11:11 am | |
| - Quote :
- Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri. - ADMIN
- Quote :
- Saya juga berpendapat begitu. Dalam Al Quran, Nabi dan Rasul dibezakan begini.
Nabi = orang-orang yang diberikan Kitab dan Kebijaksanaan. Rasul = orang-orang yang membenarkan Kitab dan Kebijaksanaan yang pernah dimilik oleh Nabi-nabi terdahulu. - JUANG ITU HANYA SEKADAR PENDAPAT KAMU DAN BUKAN DARI KAJIAN/PEGETAHUAN KAMU.
BAIKLAH, UNTUK PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN KAMU... MENGIKUT AQ DAN SUNNAH SERTA ILMU2 SIPOLAN2 YANG TERDAHULU DARI KAMI YANG KAMI PEROLEHI DARI PROSES PEMBELAJARAN SECARA SISTEMATIK, BAHWASANYA FAKTA MENGATAKAN SEMUA RASUL2 ADALAH NABI, DAN TIDAK SEMUA NABI2 ADALAH RASUL, DAN TIDAK SEMUA NABI2 MENERIMA KITAB2.
NABI MUHAMMAD SAW ADALAH RASUL DAN NABI YANG TERAKHIR... TIADA RASUL DAN NABI SESUDAH BAGINDA.
DAN SPT APA YG DIKEPILKAN OLEH SAUDARA GAARA - AYAT YG DIBOLDKAN ITU: - Quote :
- Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( 33:40) SAUDARA GAARA
ADAKAH AKAL KAMU TIDAK DAPAT MENCAPAI MAKSUD/KEFAHAMAN TTG AYAT YG DIBOLDKAN ITU SEDANGKAN AKAL KAMU HEBAT. MASAKAN NAK DIINGATKAN DGN AYAT2 SPT INI "ADALAH KESUDAHAN RASUL ALLAH DAN KESUDAHAN SEGALA NABI-NABI"... TANG NI TAK PULAK GUNAKAN COMMON SENSE... ISHK3
TAPI X DINAFIKAN, MMG SIKAP/AKAL KAMU SUKA MENGAMBIL SEBAHAGIAN DAN MENINGGALKAN YG SEBAHAGIAN YG LAIN WALAUPUN SUDAH TERANG DAN NYATA IANYA BERKAITAN. DAN APA YG PENTING BAGI KAMU ADALAH KEPUASAN DAPAT MENYAMPAIKAN MISI SONGSANG KAMU ITU. BETUL TAK? (HANYA SEKADAR PENDAPAT )
SEDIKIT INFO UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN - PARA RASUL YG DIBERI KITAB SUCI ADALAH:
(1) NABI IBRAHIM A.S DGN KITAB YG DIGELAR SUHUF-SUHUF. [AL-A’LAA 87], (2) NABI DAUD A.S DGN KITAB ZABUR[AN-NISAA’ 4], (3) NABI MUSA A.S DGN KITAB TAURAT [AL-ISRAA’ 17], (4) NABI ISA A.S DGN KITAB INJIL [AL-MAIDAH 5] (5) NABI MUHAMMAD SAW DGN KITAB AL QURAN | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 3:05 pm | |
| - masterpiece7070 wrote:
SAYA TIDAK NAFIKAN APA YANG DIKATAKAN ITU, CUMA INGIN NAK BERITAHU SEDIKIT ILMU KPD KAMU YANG KEKURANGAN DAYA INGATAN IAITU BILA MASANYA RASULULLAH NAK MEMBENARKAN KITAB2 RIWAYAT SIPOLAN2 NIH SEDANGKAN KITAB2 RIWAYAT NIH PUN DIBUAT/DIBUKU/DIHASILKAN HANYA SESUDAH KEWAFATAN RASULULLAH.
TAKKAN SEMUDAH INI AKAL YG HEBAT ITU TIDAK DAPAT MEMIKIRKANNYA. AKAI ADA KA? [/b][/color] Salam, Saudara, sebelum Rasulullah sudah ada ramai rasul-rasul Allah yang lain. Saya bukannya maksudkan riwayat si polan yang tentang Rasulullah, tetapi riwayat si polan tentang rasul-rasul sebelum Rasulullah. Seandainya proses pengumpulan riwayat seseorang Rasul itu suatu proses yang diiktiraf oleh Tuhan, sudah pasti ada Al Quran menceritakan seseorang Rasul membenarkan riwayat-riwayat si polan tentang nabi-nabi sebelum Rasul tersebut. Tetapi yang selalu disebut dalam Al Quran, seseorang Rasul itu membenarkan Kitab-kitab Allah yang disampaikan kepada nabi-nabi sebelum Rasul tersebut, bukannya membenarkan riwayat si polan tentang nabi-nabi sebelumnya. Tidakkah perbezaan yang jelas itu saudara nampak? Atau saudara selama ini tidak merenung kisah para Nabi dan Rasul yang berulang-ulang dalam Al Quran? Atau saudara ini termasuk dalam golongan yang tidak menggunakan akal? | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 3:12 pm | |
| - masterpiece7070 wrote:
BAIKLAH, UNTUK PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN KAMU... MENGIKUT AQ DAN SUNNAH SERTA ILMU2 SIPOLAN2 YANG TERDAHULU DARI KAMI YANG KAMI PEROLEHI DARI PROSES PEMBELAJARAN SECARA SISTEMATIK, BAHWASANYA FAKTA MENGATAKAN SEMUA RASUL2 ADALAH NABI, DAN TIDAK SEMUA NABI2 ADALAH RASUL, DAN TIDAK SEMUA NABI2 MENERIMA KITAB2.
NABI MUHAMMAD SAW ADALAH RASUL DAN NABI YANG TERAKHIR... TIADA RASUL DAN NABI SESUDAH BAGINDA.
DAN SPT APA YG DIKEPILKAN OLEH SAUDARA GAARA - AYAT YG DIBOLDKAN ITU: Salam, Bawakan bukti ayat-ayat Allah menetapkan sedemikian untuk ayat-ayat yang digariskan? Nak masuk syurga Allah, tetapi tak mahu guna ayat-ayat Allah, sebaliknya bawa ayat-ayat si polan. Apa punya orang ntah. Kalau perkara asas ini pun sudah gagal nak buktikan, itukah orang-orang yang benar? Orang-orang kafir terdahulu pun gagal kemukakan bukti ayat-ayat Allah bahawa Al Masih itu putera Allah. | |
|
| |
masterpiece7070 Siswazah
Posts : 260 Points : 5475 Reputation : 0 Join date : 2010-08-20 Age : 43
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Wed Sep 22, 2010 3:47 pm | |
| - Quote :
- Saudara, sebelum Rasulullah sudah ada ramai rasul-rasul Allah yang lain. Saya bukannya maksudkan riwayat si polan yang tentang Rasulullah, tetapi riwayat si polan tentang rasul-rasul sebelum Rasulullah. Seandainya proses pengumpulan riwayat seseorang Rasul itu suatu proses yang diiktiraf oleh Tuhan, sudah pasti ada Al Quran menceritakan seseorang Rasul membenarkan riwayat-riwayat si polan tentang nabi-nabi sebelum Rasul tersebut. Tetapi yang selalu disebut dalam Al Quran, seseorang Rasul itu membenarkan Kitab-kitab Allah yang disampaikan kepada nabi-nabi sebelum Rasul tersebut, bukannya membenarkan riwayat si polan tentang nabi-nabi sebelumnya.
Tidakkah perbezaan yang jelas itu saudara nampak? Atau saudara selama ini tidak merenung kisah para Nabi dan Rasul yang berulang-ulang dalam Al Quran? Atau saudara ini termasuk dalam golongan yang tidak menggunakan akal? APA DAH JADI DGN AKAL MAMAT NIH... KO ADA ADA AKAL KE TAK NIH? YG DUK SIBUK SNGT DGN RIWAYAT2 SEBELUM RASULULLAH TU NAK BUAT APA? APA RELEVANNYA RIWAYAT2 ITU UTK UMAT RASULULLAH. KALU ADA ATAUPUN TAK DA PUN, TAKKAN NK DICERITAKAN KISAH RIWAYAT SIPOLAN2 TU PLAK DLM AQ... UNTUK APA? ISHK3 MANA LA KO LETAK AKAL KO NIH... - Quote :
- Bawakan bukti ayat-ayat Allah menetapkan sedemikian untuk ayat-ayat yang digariskan? Nak masuk syurga Allah, tetapi tak mahu guna ayat-ayat Allah, sebaliknya bawa ayat-ayat si polan. Apa punya orang ntah.
Kalau perkara asas ini pun sudah gagal nak buktikan, itukah orang-orang yang benar? Orang-orang kafir terdahulu pun gagal kemukakan bukti ayat-ayat Allah bahawa Al Masih itu putera Allah. AKU TAK TAHU LER MANA KO LETAK KO NYER AKAL DAN MATA KO TU (DAH LER BUTA HATI, MATA PUN DH NK IKUT SAMA BUTA )... DH BERAPA KALI KEPIL PUN MASIH PERTIKAIKAN LAGI. DAN AYAT YG KO GARIS TU, MMG LA TAK ADA SEBIJI MCM AYAT YG AKU TULIH TU DI DALAM AQ (NI PUN NK KENE JELASKAN... ISHK3... ) - Quote :
- Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (33:40) SAUDARA GAARA
| |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Thu Sep 23, 2010 2:08 am | |
| - gaara wrote:
- Admin wrote:
- gaara wrote:
-
- Quote :
- Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.
contoh rasul tersebut saudara admin siapa?
klau ada.... Salam,
Sesiapa saja yang memberi peringatan dan menyampaikan ayat-ayatNya. Soal siapa dia, kita serahkan kepada Allah. Tetapi saudara admin
Rasul ialah seorang Nabi yang diangkat oleh Allah Azza waJalla dengan diberikan sebuah kitab suci untuk menyebarkan risalah dan syari’at agama-Nya.
dan ayat berikut pulak.....
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. [an-Nahl 16]
tiap2 umat seorang rasul....
apakah saudara admin bukan umat nabi Muhammad...
jadi Rasul...
1. ada kitab suci
2. seorang untuk satu umat... Salam, Apa yang saya fahami, umat itu adalah kaum/ bangsa manusia. Jadi, tiap-tiap kaum/ bangsa itu ada seorang rasul. Dalam ayat di atas tiada penjelasan bahawa rasul itu ada kitab suci. | |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5782 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? Thu Sep 23, 2010 8:51 am | |
| - Admin wrote:
- gaara wrote:
- Admin wrote:
- gaara wrote:
-
- Quote :
- Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.
contoh rasul tersebut saudara admin siapa?
klau ada.... Salam,
Sesiapa saja yang memberi peringatan dan menyampaikan ayat-ayatNya. Soal siapa dia, kita serahkan kepada Allah. Tetapi saudara admin
Rasul ialah seorang Nabi yang diangkat oleh Allah Azza waJalla dengan diberikan sebuah kitab suci untuk menyebarkan risalah dan syari’at agama-Nya.
dan ayat berikut pulak.....
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. [an-Nahl 16]
tiap2 umat seorang rasul....
apakah saudara admin bukan umat nabi Muhammad...
jadi Rasul...
1. ada kitab suci
2. seorang untuk satu umat... Apa yang saya fahami, umat itu adalah kaum/ bangsa manusia. Jadi, tiap-tiap kaum/ bangsa itu ada seorang rasul.
Dalam ayat di atas tiada penjelasan bahawa rasul itu ada kitab suci. Arti lainnya adalah bahwa di kalangan umat sekarang masih ada Rasul. Salam. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? | |
| |
|
| |
| Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad?? | |
|