Author | Message |
---|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:13 am | |
| - gaara wrote:
MASALAHNYA MEREKA2 NIE PERKARA GHAIB PUN DITOLAKNYA......
HANYA ALLAH MAMPU MEMBERI HIDAYAH... Salam, Buktikan perkara ghaib yang ditolak. Kalau tolak perkara ghaib, tentukan ayat-ayat Allah ditolak sebab Allah pun ghaib juga. Tetapi yang tolak ayat-ayat Allah kerana taksub ayat-ayat si polan tu siapa? | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:18 am | |
| - Quote :
- Samalah konsepnya bila guru katakan pelajar lelaki dan perempuan boleh lulus SPM jika rajin. Kemudian ada yang kata, majoriti pelajar perempuan akan gagal SPM. Bukankah berbeza maksudnya? Satu tidak menetapkan siapa yang majoriti, satu lagi tokok-tambah kata ada majoriti.
TETAPI BERBEZA MAKSUD BUKANNYA BERTENTANGAN....... KENAPA AYAT INI TERGANTUNG PULAK.... - Quote :
- Kemudian ada yang kata, majoriti pelajar perempuan akan gagal SPM.
ORANG AKAN PIKIR KENAPE PEREMPUAN AKAN GAGAL DAN BERKATA BEGINI PULAK... - Quote :
- majoriti pelajar perempuan akan gagal SPM jika mereka tidak rajin
.... so still tidak bertentangan lagi dalam konsep ini.... bukankah begitu saudara??
Last edited by gaara on Sat Oct 23, 2010 2:20 am; edited 1 time in total | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:19 am | |
| - Quote :
- Buktikan perkara ghaib yang ditolak. Kalau tolak perkara ghaib, tentukan ayat-ayat Allah ditolak sebab Allah pun ghaib juga. Tetapi yang tolak ayat-ayat Allah kerana taksub ayat-ayat si polan tu siapa?
HADIS TENTANG SYURGA NERAKA ADALAH PERKARA GHAIB... AZAB KUBUR ADALAH PERKARA GHAIB... DAN SEMUANYA SAUDARA TOLAK.... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:20 am | |
| Salam, Al Quran mengatakan secara umum bahawa pasangan zina (tidak kira belum atau sudah berkahwin) perlu didera dengan 100 kali dera. Alih-alih riwayat kata pasangan zina yang dah berkahwin perlu direjam dengan batu. Percanggahan 1: Al Quran tak spesifikkan pasangan itu sama ada sudah berkahwin atau belum, tetapi riwayat pergi spesifikkan. Percanggahan 2: Al Quran suruh dera sahaja, riwayat suruh rejam. (sama seperti contoh genting highland dengan cameron highland) | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:22 am | |
| - gaara wrote:
-
- Quote :
- Buktikan perkara ghaib yang ditolak. Kalau tolak perkara ghaib, tentukan ayat-ayat Allah ditolak sebab Allah pun ghaib juga. Tetapi yang tolak ayat-ayat Allah kerana taksub ayat-ayat si polan tu siapa?
HADIS TENTANG SYURGA NERAKA ADALAH PERKARA GHAIB...
AZAB KUBUR ADALAH PERKARA GHAIB...
DAN SEMUANYA SAUDARA TOLAK.... Salam, Dalam Al Quran pun ada sebut tentang syurga dan neraka iaitu perkara ghaib. Kalau ikut AL Quran, macam mana dikatakan tolak perkara ghaib itu? Cuma Al Quran tak sebut adanya azab kubur. Riwayat si polan yang cakap. Antara Tuhan dengan si polan, saya pilih Tuhan. Saudara nak pilih si polan macam pengikut gospel pilih si polan mereka, itu lantak saudaralah. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:25 am | |
| - gaara wrote:
-
- Quote :
- majoriti pelajar perempuan akan gagal SPM jika mereka tidak rajin
....
so still tidak bertentangan lagi dalam konsep ini....
bukankah begitu saudara??
Salam, Masalahnya, pelajar lelaki pun akan gagal jika mereka tak rajin. Jadi tak perlulah nak spesifikkan kaum mana yang gagal sebab kedua-duanya ada potensi akan gagal kalau malas belajar. Itu macam dah bias dengan jantina pula. Tak logik Nabi seorang yang berat sebelah. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:29 am | |
| - Quote :
- Al Quran mengatakan secara umum bahawa pasangan zina (tidak kira belum atau sudah berkahwin) perlu didera dengan 100 kali dera. Alih-alih riwayat kata pasangan zina yang dah berkahwin perlu direjam dengan batu.
SECARA UMUM DAN TIDAK SECARA KHUSUS ITU MENUNJUKAN TIADA PERTENTANGAN DI SITU..... LAINLAH KALAU ADA AYAT AL-QURAN SECARA KHUSUS MENYATAKAN HUKUMAN TETAPI LAIN PULAK KATA HADIS.... SO... ADA AYAT KHUSUS TERSEBUT SAUDARA? - Quote :
- Percanggahan 1: Al Quran tak spesifikkan pasangan itu sama ada sudah berkahwin atau belum, tetapi riwayat pergi spesifikkan.
TIDAK SPESIFIK/TIDAK MENETAPKAN BUKANLAH BERTENTANGAN SITUASI A DI ATAS.... - Quote :
- Percanggahan 2: Al Quran suruh dera sahaja, riwayat suruh rejam. (sama seperti contoh genting highland dengan cameron highland)
DAN AYAT AL-QURAN ITU TIDAK MENYATAKAN KEPADA YANG SUDAH BERKHAWIN KENA DERA TETAPI SECARA UMUM SAHAJA... STILL TIADA PERCANGGAHAN.... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:32 am | |
| Salam, Kalau kita renungkan, riwayat-riwayat hadis suka mengspesifikkan atau menyempitkan kenyataan umum yang Allah tetapkan. Pasal siapa masuk syurga-neraka, dispesifikkan kaum mana majoriti ke neraka. Pasal pasangan berzina, dispesifikkan yang dah kahwin kena rejam. Pasal masjidil haram yang boleh dipandang di mana jua manusia berada, riwayat spesifikkan di Mekkah. Nampak tak percanggahan. Di antara kenyataan umum dengan spesifik, bukankah suatu yang bercanggah? Banyak sangat percanggahannya. Bagaikan bangkai gajah yang cuba ditutup dengan kertas suratkhabar. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:33 am | |
| - Quote :
- Masalahnya, pelajar lelaki pun akan gagal jika mereka tak rajin. Jadi tak perlulah nak spesifikkan kaum mana yang gagal sebab kedua-duanya ada potensi akan gagal kalau malas belajar. Itu macam dah bias dengan jantina pula. Tak logik Nabi seorang yang berat sebelah.
BUKAN BERAT SEBELAH TETAPI IA ADALAH PERINGATAN KEPADA PEREMPUAN YANG AKAN GAGAL KERANA TAK RAJIN.... KEPADA PEREMPUAN YANG RAMAINYA AKAN MASUK NERAKA.... BUKANKAH PERINGATAN ITU SUATU YANG BAIK... | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:37 am | |
| - Quote :
- Kalau kita renungkan, riwayat-riwayat hadis suka mengspesifikkan atau menyempitkan kenyataan umum yang Allah tetapkan. Pasal siapa masuk syurga-neraka, dispesifikkan kaum mana majoriti ke neraka. Pasal pasangan berzina, dispesifikkan yang dah kahwin kena rejam. Pasal masjidil haram yang boleh dipandang di mana jua manusia berada, riwayat spesifikkan di Mekkah.
Nampak tak percanggahan. Di antara kenyataan umum dengan spesifik, bukankah suatu yang bercanggah? CONTOH SITUASI YANG SAYA BAWAKAN DI ATAS ADALAH PENERANGAN YANG JELAS TENTANG ADA YANG BERTENTANGAN ATAU TIDAK... TAK NAMPAK2 JUGA SUSAH LAGI NAK BAGI TAU...... - Quote :
- Nampak tak percanggahan. Di antara kenyataan umum dengan spesifik, bukankah suatu yang bercanggah?[/
KALAU KITA MEMAHAMI SITUASI A DI ATAS DENGAN BAIK SAHLAH IA BUKAN BERTENTANGAN.... | |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5635 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:38 am | |
| Salam
Rajin atau Malas adalah perkataan.Atau asma'....Ianya Ghaib Berkerja itu adalah af'al atau perbuatan ,,,dan ianya Nyata.
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:40 am | |
| - gaara wrote:
SECARA UMUM DAN TIDAK SECARA KHUSUS ITU MENUNJUKAN TIADA PERTENTANGAN DI SITU.....
LAINLAH KALAU ADA AYAT AL-QURAN SECARA KHUSUS MENYATAKAN HUKUMAN TETAPI LAIN PULAK KATA HADIS....
SO... ADA AYAT KHUSUS TERSEBUT SAUDARA? Salam, Umum-kan lawannya khusus? Bercanggahlah tu. Aiyaa... Contohnya Allah katakan, orang berbuat baik dibalas ganjaran baik daripada Allah (kenyataan umum). Tetapi ada orang cakap, hanya dengan bagi makan ayam sahaja barulah Allah bagi pahala (kenyataan khusus). Maka yang bagi makan kucing, burung dan lain-lain tu tak dapat pahala ke? Begitulah percanggah umum dengan khusus. - Quote :
- TIDAK SPESIFIK/TIDAK MENETAPKAN BUKANLAH BERTENTANGAN
SITUASI A DI ATAS.... Umum dan khusus itu satu percanggahan. - Quote :
-
- Quote :
- Percanggahan 2: Al Quran suruh dera sahaja, riwayat suruh rejam. (sama seperti contoh genting highland dengan cameron highland)
DAN AYAT AL-QURAN ITU TIDAK MENYATAKAN KEPADA YANG SUDAH BERKHAWIN KENA DERA TETAPI SECARA UMUM SAHAJA...
STILL TIADA PERCANGGAHAN.... Umum (dera sahaja) dengan khusus (rejam dgn batu), bukankah bercanggah. Macam saya kata, saudara boleh pergi ke utara dengan kenderaan. Kemudian ada orang lain tetapkan, nak pergi ke utara hanya naik basikal sahaja. Tak boleh guna kenderaan lain. Kan ke dah bercanggah di antara umum dengan khusus? Masih susah nak faham. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:41 am | |
| - gaara wrote:
- BUKAN BERAT SEBELAH TETAPI IA ADALAH PERINGATAN
KEPADA PEREMPUAN YANG AKAN GAGAL KERANA TAK RAJIN....
KEPADA PEREMPUAN YANG RAMAINYA AKAN MASUK NERAKA....
BUKANKAH PERINGATAN ITU SUATU YANG BAIK...
Salam, Lelaki pun perlukan peringatan juga. Sebab mereka pun ada potensi gagal SPM dan ada potensi masuk neraka. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:45 am | |
| - gaara wrote:
CONTOH SITUASI YANG SAYA BAWAKAN DI ATAS ADALAH PENERANGAN YANG JELAS TENTANG ADA YANG BERTENTANGAN ATAU TIDAK... TAK NAMPAK2 JUGA SUSAH LAGI NAK BAGI TAU...... Ok. Balik kepada perbezaan riwayat dengan Al Quran itu, pertentangannya pada umum lawan khusus. Lainlah ada ayat Al Quran yang lain suruh sesuatu kenyataan umum itu dikhususkan, barulah nampak suruhan mengkhususkan itu datangnya daripada Allah. Tetapi saudara gagal buktikan. Si polan itu juga yang mengkhususkan tanpa suruhan daripada Tuhan. - Quote :
- KALAU KITA MEMAHAMI SITUASI A DI ATAS DENGAN BAIK SAHLAH IA BUKAN BERTENTANGAN....
Allah suruh sesuatu secara umum. Si polan pula pergi khususkan tanpa suruhan Tuhan. So, takkanlah nak membuta-tuli ikut si polan itu? Lainlah pengkhususan yang si polan itu lakukan ada suruhan daripada Tuhan. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:47 am | |
| Salam,
Kita sudah nampak jelas, percanggahan utama riwayat hadis dengan Al Quran adalah mengkhususkan perkara-perkara yang Allah sampaikan secara umum.
Kemudian, sesuatu pengkhususan itu dibuat tanpa berdalilkan mana-mana ayat Al Quran.
Maknanya, mereka mengkhususkan sesuatu yang umum Tuhan tetapkan tanpa persetujuan daripada Tuhan. 2 dosa sekali gus.
Khusus lawannya umum. Kalau buta melihat percanggahan di antara kedua sifat itu, tak tahulah nak kata apa lagi. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 2:54 am | |
| Salam,
Al Quran menyebut secara umum bahawa Allah amat dekat dengan manusia malah lagi dekat berbanding urat jantung manusia itu sendiri. Alih-alih orang-orang Nasrani mengkhususkan bahawa Al Masih putera Allah kerana Allah dalam diri Al Masih.
Nampak tak bagaimana berlakunya kemusyrikan apabila sesuatu yang umum Allah tetapkan, dikhusus-khususkan tanpa alasan munasabah. | |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5635 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 3:01 am | |
| Salam
Jika kita bersangka Buruk dengan mengatakan Ada pertentangan, maka kita akan dapati ianya bertentangan. Dan Allah Akan menutupi jalan jalan kebenaran Jika kita bersangka Baik dengan yakin merasakan ianya tiada bertentangan, makaAllah akan lorongkan Kebenaran yang semakin benar dan semakin benar.
Jika kita memandang buruk/busuk kepada najis maka kita akan membiarkannya dan ianya menyusahkan diri kita sendiri kerana tidak mendekati najis itu untuk menyucikannya.
Jika kita memandang baik kepada najis, kita akan bersyukur pada tuhan kerana tahi lembu,tahi kambing ,tahi ayam yang busuk itu rupanya dapat dijadikan baja tumbuhan yang baik untuk manusia sendiri. Bahkan menjadi sumber ekonomi bagi yang rajin mengusahakannya. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 3:07 am | |
| Salam,
Apakah bila Rasulullah mengatakan konsep anak Tuhan itu bertentangan dengan Keesaan Allah, maka bermakna Rasulullah bersangka buruk? Kenapa kita bersikap bias bila kepercayaan kaum-kaum lain semua dikatakan salah, tetapi kepercayaan tradisi bapa-bapa sendiri semuanya dikatakan betul walaupun jelas bertentangan?
Janganlah bersikap berat sebelah. Rasulullah itu seorang yang adil, bukannya berat sebelah. Sebab itulah kaumnya sendiri pun Rasulullah katakan amalan tradisinya salah. Rasulullah bukannya peringatkan kaum Yahudi dan Nasrani sahaja, kepercayaan bapa-bapanya sendiri pun dikatakan salah bila bertentangan dengan petunjuk Tuhan.
Tidakkah kita boleh bersikap jujur dan adil begitu?
Umum lawannya khusus. Tidakkah satu pertentangan yang nyata? Hanya yang bersikap jujur dan adil sahaja yang nampak itu semua. Tetapi kalau kita menafikannya, hakikatnya kita menipu diri sendiri walaupun Allah telah tunjukkan pertentangan yang nyata. Umum lawannya khusus. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 3:14 am | |
| Salam,
Perumpamaan perbincangan kita di sini adalah hendak membeza di antara nasi dengan tahi supaya ada orang-orang yang benar-benar tak mahu makan tahi tidak termakan zat tersebut. Tetapi setelah kita tunjukkan perbezaan ketara di antara nasi dan tahi, masih ada manusia nak makan tahi, itu mereka sendirilah yang tanggung. Kita tak boleh tolong apa-apa. Tugas kita hanyalah untuk membezakan nilai-nilai tersebut.
Begitulah kita nak bezakan benar dgn bathil, baik dengan buruk, umum dengan khusus supaya manusia mudah memilih mengikut kepercayaan masing-masing. Kelak kita semua dapat balasan berdasarkan apa yang kita pilih sendiri itu. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 3:25 am | |
| HEHEHEHE.... SAUDARA JUANG TENGOK SYOK SENDIRI NAMPAK... SAYA PUN BETUI BETUI HAIRAN MACAM MANA JUANG BOLEH LULUS SPM NIE.... PERKATAAN BERTENTANGAN PUN TIDAK DAPAT DIBEZAKAN..... P/S: PSSSS... PSSTTTTT.. DA JUMPA KE BELUM AYAT YANG SAYA MINTA TU.... | |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5635 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 3:29 am | |
| Salam - Quote :
- Hanya yang bersikap jujur dan adil sahaja yang nampak itu semua. Tetapi kalau kita menafikannya, hakikatnya kita menipu diri
itu lah menuju jalan yang lurus Bersikap Adil bererti sama sama 1:1 Jika juang mengatakan saya salah kesemuanya, itu adalah tidak adil. Jika saya mengatakan juang semuanya salah, itu juga tidak adil. Jika juang mengatakan Hanya Alquran yang benar , itu sememangnya Benar. Tetapi mengatakan Semuanya Hadis salah ...Bukankan tiada keadilan disitu>?...kan. Jadi Ada sesetengah perkara saya membenar kan juang. Ada juga sesetengah perkara , juang juga membenarkan saya. Dan kejujuran membenarkan yang dirasai benar adalah satu sikap yang mulia Dan berakal. Kerana Rasulullah juga Membenarkan pendapat tidak kira siapa sahaja asalkan sesuai dengan petunjuk Allah. Dan tidak kesemuanya Riwayat yang di katakan Polan itu adalah tidak benar jika kita Jujur dan berada pada tahap Adil yang sebenar. Bukan kah begitu saudara juang yang di kasihi Allah | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 3:37 am | |
| - Quote :
- Umum-kan lawannya khusus? Bercanggahlah tu. Aiyaa...
HAHAHAHAHAHAHA... AAAAAIIIIIIYAAAAAAAAAAAAA Salam... mari kita buktikan kesahihan kenyatan ini Ahmad bertanya: malam nie jumpa kat mana? Abu jawab: dekat kuala lumpur ( kenyataan umum ) Ali mencelah: dekat jalan tunku abdul rahman tau ( kenyataan khusus ) JADI BAGI ORANG YANG BELAJAR DAN TAU APAKAH KENYATAAN DI ATAS BERCANGGAH? TIDAK CUMA ORANG YANG TIDA BELAJAR SAHAJA AKAN MENGGANGGAP KENYATAAN DI ATAS BERTENTANGAN... JADI KALAU ILMU BELUM CUKUP MARI LAH KITA JADI ORANG YANG BELAJAR p/s: mana saudara belajar cara putar beli begini... nk belajar boleh tak... tak yek... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 10:05 am | |
| - gaara wrote:
- HEHEHEHE....
SAUDARA JUANG TENGOK SYOK SENDIRI NAMPAK...
SAYA PUN BETUI BETUI HAIRAN MACAM MANA JUANG BOLEH LULUS SPM NIE....
PERKATAAN BERTENTANGAN PUN TIDAK DAPAT DIBEZAKAN.....
P/S: PSSSS... PSSTTTTT.. DA JUMPA KE BELUM AYAT YANG SAYA MINTA TU.... Salam, Kenapa sejak dibuktikan umum lawannya khusus, tahap hujah saudara berubah? Bilanya nak bawakan ayat-ayat Al Quran untuk menafikan sesuatu jika saudara orang-orang yang benar. Asyik gagal sahaja. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 10:11 am | |
| - gaara wrote:
Abu jawab: dekat kuala lumpur ( kenyataan umum )
Ali mencelah: dekat jalan tunku abdul rahman tau ( kenyataan khusus )
Salam, Bila disebutkan "dekat kuala lumpur", bermakna di jalan mana-mana di kuala lumpur, masih memenuhi kenyataan Abu itu. Tetapi bila dispesifikkan mengikut kehendak Ali, hanya boleh jumpa di jalan tunku abd rahman sahaja. Begitulah ikut Kehendak Allah, masjidil haram boleh dilihat di mana jua manusia berada, tetapi mengikut si polan Arab, masjidil haram hanya ada di Mekkah. Di sini kita nampak, ayat-ayat Allah itu luas, sedangkan si polan menyempitkannya. Luas lawannya sempit. Satu lagi percanggahan yang nyata.
Last edited by Juang on Sat Oct 23, 2010 10:15 am; edited 1 time in total | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran Sat Oct 23, 2010 10:14 am | |
| Salam, Katakan kerajaan berkata "semua pelajar ada potensi masuk ke universiti jika rajin belajar dan lulus SPM" (kenyataan luas). Seorang Cina berkata "hanya pelajar Cina sahaja yang layak masuk universiti" (kenyataan sempit) Sudah pasti kata-kata si Cina itu bercanggah dengan kata-kata kerajaan. Begitulah perumpamaannya bila seorang Arab berkata "masjidil haram hanya terdapat di Mekkah"? Berlaku penyempitan di situ. Luas lawannya sempit. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran | |
| |
|
| |
| Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran | |
|