| Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ | |
|
+7faried sufi othman Juang tolokminda Payau Putih gaara 11 posters |
|
Author | Message |
---|
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6273 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Wed Sep 01, 2010 2:59 am | |
| ALAM BARZAKH
Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.
Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat. Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)
Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan اكنض (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.
“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (40: 46)
Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)
Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.
“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47) Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)
Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur
Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari) Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)
Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.
Mari kita memperbanyakkan amal kita.........
Last edited by gaara on Mon Sep 06, 2010 1:37 am; edited 1 time in total | |
|
| |
Payau Putih Siswazah
Posts : 106 Points : 5337 Reputation : 0 Join date : 2010-08-06 Location : Bumi Bertuah
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Wed Sep 01, 2010 10:56 am | |
| Salam, Lagi-lagi mempergunakan nama baginda Nabi.... sangat jelas dalam Al Quran nabi mengakui tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang di wahyukan sahaja.... mengapa perlu mempergunakan nama nabi.... | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6273 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 02, 2010 4:16 pm | |
| Salam.... da kita kata taat ALLLAH dan Rasul..... habis takkan nak guna nama aidid safar atau othman ali atau rashad khalifah wahai saudara payau yang putih.......... | |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5874 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Fri Sep 03, 2010 1:36 am | |
| Salam,
Bukankah di dalam ayat-ayat Al-Quran yang dibawa itu Tuhan menyatakan dengan jelas bahawa setiap orang hanya akan dihukum selepas dihakimi pada hari kiamat nanti dan bukannya sebelum itu. Misalnya surah 40:46 bukan menceritakan tentang api neraka yang didedahkan kepada Firaun dan para pengikutnya semasa mereka di dalam kubur. Sebaliknya jika diperhatikan betul-betul pendedahan api neraka kepada mereka adalah selepas mereka menerima penghakiman masing-masing apabila telah tiba kiamat.
--> 40:45 Maka Tuhan melindungi dia dari kejahatan yang telah mereka rancang dan sangat buruklah hukuman yang menimpa orang-orang Firaun.
--> 40:46 Api itu, mereka akan didedahkan kepadanya pagi dan petang. Dan apabila tiba ketika ("alsaatu" merujuk kepada hari kiamat - hari penghakiman) telah ditetapkan itu, masuklah kamu orang-orang Firaun ke dalam hukuman yang dahsyat.
Ayat 40:46 adalah dalam struktur ayat pasif. Saya percaya ia akan dapat difahami dengan lebih mudah jika kita susun semula ayat ini ke dalam struktur ayat bukan pasif seperti berikut.
--> Dan apabila tiba ketika ("alsaatu" merujuk kepada hari kiamat - hari penghakiman) telah ditetapkan itu, masuklah kamu orang-orang Firaun ke dalam hukuman yang dahsyat. Api itu, mereka akan didedahkan kepadanya pagi dan petang.
Bukti bahawa ayat 40:45-46 merujuk kepada keadaan orang-orang Firaun ketika mereka berhadapan dengan hukuman/api neraka selepas penghakiman ke atas mereka pada hari kiamat nanti boleh dilihat konteksnya dalam ayat-ayat seterusnya.
--> 40:47 Dan apabila mereka bertelingkah di dalam neraka, yang lemah akan berkata kepada mereka yang sombong: Kami adalah para pengikut kamu, bolehkah kamu ambil dari kami sebahagian dari Api ini?
--> 40:48 Mereka yang sombong berkata: Kita semua masuk bersama-sama kerana Tuhan telah pun mengadili hamba-hambaNya.
--> 40:49 Dan meraka yang berada di dalam Api akan berkata kepada penjaga Api: Mintalah kepada Pemeliharamu supaya mengurangkan kepada kami hukuman barang sehari.
--> 40:50 Mereka (para penjaga Api) berkata: Tidakkah telah datang kepada kamu utusan-utusan dengan bukti yang jelas? Mereka (penghuni neraka) berkata: Ya. Mereka (para penjaga Api) berkata: Kalau begitu merayulah, tetapi rayuan mereka yangtidak percaya tiadalah apa-apa kecuali sia-sia sahaja.
Sebagai kesimpulannya ayat 40:45-50 menceritakan perihal para pengikut firaun dan seperti juga kalangan mereka yang tidak percaya yang lain apabila mereka menerima hukuman masing-masing di dalam neraka. Ia langsung tidak ada kaitan dengan siksa kubur sepertimana yang digambarkan oleh mereka yang percaya kepada kitab riwayat.
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sat Sep 04, 2010 11:19 am | |
| Salam,
Daripada ayat 40:46 itu, kita faham satu konsep iaitu:
Ketika di dunia, manusia dikhabarkan tentang balasan di akhirat. Ketika di kubur, manusia didedahkan tentang balasan di akhirat. Ketika di akhirat, manusia dimasukkan kepada balasan yang sesuai dengan perbuatan masing-masing.
Berpandukan Al Quran, kefahaman jadi mudah. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6273 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sat Sep 04, 2010 1:43 pm | |
| “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) - Code:
-
dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)Salam.... kalau ayat semudah itu pun susah nak faham..... memang payah lah nak cerita.... perhatikan ada perkataan dan.... kalau kita dalami ia, akan menerangkan dua situasi berbza.... | |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5874 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sat Sep 04, 2010 10:58 pm | |
| - gaara wrote:
- “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh)
- Code:
-
dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)
Salam....
kalau ayat semudah itu pun susah nak faham.....
memang payah lah nak cerita....
perhatikan ada perkataan dan....
kalau kita dalami ia, akan menerangkan dua situasi berbza....
Transliterasi 40:46 - Alnnaru yuAAradoona AAalayha ghuduwwan waAAashiyyan wayawma taqoomu alssaAAatu adkhiloo ala firAAawna ashadda alAAathabi Mana perkataan alam barzakh dalam teks asal seperti yang boleh tuan baca melalui transliterasinya? Tuan mengada-adakan benda yang Tuhan tak sebut pun. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sun Sep 05, 2010 5:43 am | |
| Salam, Lagu "Alam Barzakh" adalah. | |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5874 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sun Sep 05, 2010 3:01 pm | |
| Salam,
Itulah masalahnya kalau petunjuk Tuhan mereka tak mahu percaya. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6273 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 1:54 am | |
| Salam......
Sekali lagi dibawakan terjemahan 40:46......
“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”.
Buka mata dan hati dan akal yang waras....
Perhatikan bahawa dalam ayat ini terdapat dua bentuk azab, yang pertama adalah “bahang api neraka” dan yang keduanya ialah “pada Hari Kiamat” di mana barulah mereka dimasukkan ke dalam azab yang sebenar-benarnya.
Jika azab yang kedua adalah pada Hari Kiamat maka azab yang pertama adalah sebelum Hari Kiamat, iaitu di alam kubur.
Azab yang pertama ini bukan di Padang Masyar kerana perhimpunan di Padang Masyar adalah selepas berlakunya Hari Kiamat. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6273 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 1:56 am | |
| - Payau Putih wrote:
Lagi-lagi mempergunakan nama baginda Nabi.... sangat jelas dalam Al Quran nabi mengakui tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang di wahyukan sahaja.... mengapa perlu mempergunakan nama nabi.... Salam saudara payau yang putih..... Memang benar bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak mengetahui akan urusan dan perkara ghaib – kecuali apa yang diketahuinya dari wahyu dan pengkhabaran Allah Tabaraka waTa’ala sendiri. Memang benar bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui urusan dan perkara ghaib akan tetapi ketahuilah juga bahawa Allah adakalanya membuka pintu-pintu ilmu ghaib ini kepada para Rasul-Nya. Hal ini dikhabarkan sendiri oleh Allah Subhanahu waTa’ala melalui firman-Nya: Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]Oleh itu apa yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang urusan dan perkara ghaib bukanlah berasal dari pengetahuan atau khayalannya sendiri tetapi ia sebenarnya berasal dari wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya........ | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 2:09 am | |
| Salam,
Bahang api neraka telah dirasai oleh Firaun sejak Nabi Musa mula berdakwah. Kepanasan itu semakin terasa apabila Nabi Musa dimenangkan ke atas tukang sihir Firaun.
Tempat rasanya sakit adalah pada hati manusia. Jika disampaikan ayat-ayat Al Quran pun ada manusia sudah rasa sakit hati, itu menunjukkan sejak di dunia lagi mereka sudah rasa bahang api neraka tersebut. Tetapi ramai yang tak perasan itu semua. | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5790 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 2:20 am | |
| - Juang wrote:
- Salam,
Bahang api neraka telah dirasai oleh Firaun sejak Nabi Musa mula berdakwah. Kepanasan itu semakin terasa apabila Nabi Musa dimenangkan ke atas tukang sihir Firaun.
Tempat rasanya sakit adalah pada hati manusia. Jika disampaikan ayat-ayat Al Quran pun ada manusia sudah rasa sakit hati, itu menunjukkan sejak di dunia lagi mereka sudah rasa bahang api neraka tersebut. Tetapi ramai yang tak perasan itu semua. yg sakit bukan di hati tapi pada nafsu . nafsu firaun makin tinggi utk mengalahkan nabi musa . hati ialah tempat tuhan bagi yg beriman dan tempat syaitan bagi yg mungkar . sebab tu nafsu perlu di latih utk merendah diri supaya iman boleh bersarang di hati . caranya ialah dgn solat , puasa dll ibadat yg di tetapkan . jika nafsu di biarkan bebas tanpa mengikut ketetapan maka manusia akan lupa ujian yg sementara ini . | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6273 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 2:23 am | |
| - Juang wrote:
- Salam,
Bahang api neraka telah dirasai oleh Firaun sejak Nabi Musa mula berdakwah. Kepanasan itu semakin terasa apabila Nabi Musa dimenangkan ke atas tukang sihir Firaun.
Tempat rasanya sakit adalah pada hati manusia. Jika disampaikan ayat-ayat Al Quran pun ada manusia sudah rasa sakit hati, itu menunjukkan sejak di dunia lagi mereka sudah rasa bahang api neraka tersebut. Tetapi ramai yang tak perasan itu semua. Salam.... Dengan hujah saudara juang kali nie saya setuju...... "bahang api neraka" yang dimaksudkan dalam ayat tersebut akan dirasai oleh manusia2 terpilih yang ingkar kepada Allah dan Rasulnya di dunia, di dalam kubur dan di akhirat nanti...... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 2:56 am | |
| - othman wrote:
yg sakit bukan di hati tapi pada nafsu . nafsu firaun makin tinggi utk mengalahkan nabi musa . hati ialah tempat tuhan bagi yg beriman dan tempat syaitan bagi yg mungkar . sebab tu nafsu perlu di latih utk merendah diri supaya iman boleh bersarang di hati . caranya ialah dgn solat , puasa dll ibadat yg di tetapkan . jika nafsu di biarkan bebas tanpa mengikut ketetapan maka manusia akan lupa ujian yg sementara ini . Salam, Hati adalah penunggang nafsu. Nafsu adalah pembawanya. Jika kemalangan, kedua-duanya akan parah. Maka perlunya akal sebagai handle atau sterengnya agar mampu mengelak daripada masuk gaung atau terlanggar tiang. | |
|
| |
sufi Siswa-siswi
Posts : 35 Points : 5233 Reputation : 0 Join date : 2010-09-06
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 3:35 am | |
| - Juang wrote:
- othman wrote:
yg sakit bukan di hati tapi pada nafsu . nafsu firaun makin tinggi utk mengalahkan nabi musa . hati ialah tempat tuhan bagi yg beriman dan tempat syaitan bagi yg mungkar . sebab tu nafsu perlu di latih utk merendah diri supaya iman boleh bersarang di hati . caranya ialah dgn solat , puasa dll ibadat yg di tetapkan . jika nafsu di biarkan bebas tanpa mengikut ketetapan maka manusia akan lupa ujian yg sementara ini . Salam,
Hati adalah penunggang nafsu. Nafsu adalah pembawanya. Jika kemalangan, kedua-duanya akan parah. Maka perlunya akal sebagai handle atau sterengnya agar mampu mengelak daripada masuk gaung atau terlanggar tiang.
ya , akal dan hati hanya penumpang . bila kemalangan hanya nafsu yg akan bertanggungjawab . nafsulah yg akan menanggong kesakitan . | |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5874 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 4:00 am | |
| - sufi wrote:
- Juang wrote:
- othman wrote:
yg sakit bukan di hati tapi pada nafsu . nafsu firaun makin tinggi utk mengalahkan nabi musa . hati ialah tempat tuhan bagi yg beriman dan tempat syaitan bagi yg mungkar . sebab tu nafsu perlu di latih utk merendah diri supaya iman boleh bersarang di hati . caranya ialah dgn solat , puasa dll ibadat yg di tetapkan . jika nafsu di biarkan bebas tanpa mengikut ketetapan maka manusia akan lupa ujian yg sementara ini . Salam,
Hati adalah penunggang nafsu. Nafsu adalah pembawanya. Jika kemalangan, kedua-duanya akan parah. Maka perlunya akal sebagai handle atau sterengnya agar mampu mengelak daripada masuk gaung atau terlanggar tiang.
ya , akal dan hati hanya penumpang . bila kemalangan hanya nafsu yg akan bertanggungjawab . nafsulah yg akan menanggong kesakitan . Salam, Nafsu tidak menanggung apa-apa. Nafsu cuma alat saja. Kalau salahguna alat itu (nafsu) kita sendirilah yang akan menanggung akibatnya. Selepas penghakiman Tuhan di akhirat nanti, kalau neraka tempat tinggal kita, bukan hanya nafsu yang akan dicampak ke sana. Tapi diri kitalah - lock stock and barrel. | |
|
| |
sufi Siswa-siswi
Posts : 35 Points : 5233 Reputation : 0 Join date : 2010-09-06
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 11:34 am | |
| - tolokminda wrote:
- sufi wrote:
- Juang wrote:
- othman wrote:
yg sakit bukan di hati tapi pada nafsu . nafsu firaun makin tinggi utk mengalahkan nabi musa . hati ialah tempat tuhan bagi yg beriman dan tempat syaitan bagi yg mungkar . sebab tu nafsu perlu di latih utk merendah diri supaya iman boleh bersarang di hati . caranya ialah dgn solat , puasa dll ibadat yg di tetapkan . jika nafsu di biarkan bebas tanpa mengikut ketetapan maka manusia akan lupa ujian yg sementara ini . Salam,
Hati adalah penunggang nafsu. Nafsu adalah pembawanya. Jika kemalangan, kedua-duanya akan parah. Maka perlunya akal sebagai handle atau sterengnya agar mampu mengelak daripada masuk gaung atau terlanggar tiang.
ya , akal dan hati hanya penumpang . bila kemalangan hanya nafsu yg akan bertanggungjawab . nafsulah yg akan menanggong kesakitan . Salam,
Nafsu tidak menanggung apa-apa. Nafsu cuma alat saja. Kalau salahguna alat itu (nafsu) kita sendirilah yang akan menanggung akibatnya. Selepas penghakiman Tuhan di akhirat nanti, kalau neraka tempat tinggal kita, bukan hanya nafsu yang akan dicampak ke sana. Tapi diri kitalah - lock stock and barrel. bukankah diri kita ialah nafsu . ini sekadar pendapat saya kerana banyak terjemahan menterjemah nafs ialah jiwa . | |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5783 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 7:51 pm | |
| - sufi wrote:
bukankah diri kita ialah nafsu . ini sekadar pendapat saya kerana banyak terjemahan menterjemah nafs ialah jiwa . Diri kita = alnnasi. | |
|
| |
sufi Siswa-siswi
Posts : 35 Points : 5233 Reputation : 0 Join date : 2010-09-06
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 06, 2010 10:48 pm | |
| - faried wrote:
- sufi wrote:
bukankah diri kita ialah nafsu . ini sekadar pendapat saya kerana banyak terjemahan menterjemah nafs ialah jiwa . Diri kita = alnnasi. adakah kita dan dia ? kita sendiri adalah jamak . | |
|
| |
Payau Putih Siswazah
Posts : 106 Points : 5337 Reputation : 0 Join date : 2010-08-06 Location : Bumi Bertuah
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Tue Sep 07, 2010 3:26 pm | |
| - gaara wrote:
Oleh itu apa yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang urusan dan perkara ghaib bukanlah berasal dari pengetahuan atau khayalannya sendiri tetapi ia sebenarnya berasal dari wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya........
Salam, Jika begitu, Persoalannya mengapa ada wahyu duduk di luar Al Quran dan langsung tidak mendapat jaminan Allah untuk menjaga ketulinannya sedangkan dalam masa yg sama wahyu yg duduk dalam Al Quran termasuk kisah2 ghaib terpelihara pula ? Apakah satu dijaga dan yg satu pula bebas dimanipulasi oleh orang yg berkepentingan ? | |
|
| |
Payau Putih Siswazah
Posts : 106 Points : 5337 Reputation : 0 Join date : 2010-08-06 Location : Bumi Bertuah
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Tue Sep 07, 2010 3:34 pm | |
| Salam, Dalam kisah azab kubur ni, saya percaya kepada sistem keadilan Allah dimana seseorang itu perlu dibicarakan dahulu baru dihukum. Sebab itu mengapa adanya hari pengadilan kelak dimana amalan manusia akan ditimbang tarakan.... dan amalan akan diperlihatkan, di dibacakan disamping itu semua anggota akan menjadi saksi..... jika dah cukup bukti baru seseorang itu di tempatkan tempat yg sepatutnya..... adakah patut dihukum dahulu atau jatuh hukum (siksa kubur) setelah itu baru nak dibicarakan.... apa anda ingat ini akta ISA ke, tak perlu bicara terus hukum ? | |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5783 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Tue Sep 07, 2010 3:41 pm | |
| - sufi wrote:
- faried wrote:
- sufi wrote:
bukankah diri kita ialah nafsu . ini sekadar pendapat saya kerana banyak terjemahan menterjemah nafs ialah jiwa . Diri kita = alnnasi. adakah kita dan dia ? kita sendiri adalah jamak . Maksud saya, alnnas = manusia. Kita, kami, mereka, kamu, engkau, saya dan dia semuanya adalah manusia. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6720 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Tue Sep 07, 2010 11:30 pm | |
| - Payau Putih wrote:
- Salam,
adakah patut dihukum dahulu atau jatuh hukum (siksa kubur) setelah itu baru nak dibicarakan.... apa anda ingat ini akta ISA ke, tak perlu bicara terus hukum ? Salam, Itu bukan akta ISA lagi. Kena hukum dulu, bicara kemudian. Lepas bicara kena hukum balik. Tak masuk akal kan? | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6273 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Wed Sep 08, 2010 1:43 am | |
| - Payau Putih wrote:
- gaara wrote:
Oleh itu apa yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang urusan dan perkara ghaib bukanlah berasal dari pengetahuan atau khayalannya sendiri tetapi ia sebenarnya berasal dari wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya........
Salam,
Jika begitu, Persoalannya mengapa ada wahyu duduk di luar Al Quran dan langsung tidak mendapat jaminan Allah untuk menjaga ketulinannya sedangkan dalam masa yg sama wahyu yg duduk dalam Al Quran termasuk kisah2 ghaib terpelihara pula ? Apakah satu dijaga dan yg satu pula bebas dimanipulasi oleh orang yg berkepentingan ? Salam..... sebenarnya wahyu yang duduk diluar itu adalah saling melengkapi dengan Al-quran...... sebagaimana suhuf nabi musa melengkapi kitabnya........ kita sepatutnya tidak hairan jika ada orang boleh manipulasikan Hadis kerana jaminan Allah akan jaga hanya pada Al-quran... kenape kita tidak harus hairan????.............. kerana wahyu Allah yang bernama Taurat dan Injil juga telah teruk dimanipulasikan oleh orang...... dalam keadaan inilah perlunya ulamak pewaris nabi untuk menjaga ketulenan Hadis yang betul2 datang dari nabi........ | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ | |
| |
|
| |
| Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ | |
|