Who is online? | In total there are 22 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 22 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm |
|
| Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ | |
|
+7faried sufi othman Juang tolokminda Payau Putih gaara 11 posters | |
Author | Message |
---|
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Wed Sep 01, 2010 2:59 am | |
| First topic message reminder :
ALAM BARZAKH
Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.
Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat. Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)
Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan اكنض (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.
“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (40: 46)
Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)
Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.
“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47) Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)
Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur
Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari) Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)
Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.
Mari kita memperbanyakkan amal kita.........
Last edited by gaara on Mon Sep 06, 2010 1:37 am; edited 1 time in total | |
| | |
Author | Message |
---|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 16, 2010 1:02 pm | |
| Salam,
Kerana adanya amalan menghadiahkan pahala atau bekalan untuk alam kubur, menjadikan mereka berani membuat pendustaan dan mengada-adakan amalan karut-marut kerana bila mereka mati nanti, diharapkan pengikut-pengikut mereka hadiahkan pahala untuk mereka.
Tetapi kalau kita faham masa hidup inilah kita nak kumpulkan kebaikan sebanyak mungkin, pasti kita akan takut nak buat jahat dan membuat pendustaan atas nama Allah serta buat hukum-hukum tak masuk akal kerana takut segala kebaikan yang kita buat nanti akan jadi sia-sia.
| |
| | | faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5782 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 16, 2010 2:11 pm | |
| - Juang wrote:
- Salam,
Kerana adanya amalan menghadiahkan pahala atau bekalan untuk alam kubur, menjadikan mereka berani membuat pendustaan dan mengada-adakan amalan karut-marut kerana bila mereka mati nanti, diharapkan pengikut-pengikut mereka hadiahkan pahala untuk mereka. Memanfaatkan ketidak-tahuan umat, dusta dan amalan karut-marut diada-adakan terutama agar umat memberi hadiah kepada orang yang membodohi umat. Aneh kan, dibodohi malah diberi berbagai hadiah, di dunia hingga di alam kubur. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 16, 2010 2:31 pm | |
| Salam,
Mereka itu adalah orang yang malas berfikir dan malas mengkaji tetapi nak cepat dapat penghormatan dan sanjungan di mata masyarakat. Kalau macam para saintis, mereka lambat dapat sanjungan melainkan apabila penemuan-penemuan telah terbukti bermanfaat dan manusia terpaksa guna. Ketika berR&D yang adakalanya mengambil masa yang panjang, masyarakat tak faham apa yang saintis itu lakukan.
Para saintis memerlukan masyarakat yang bijaksana untuk menggalakkan percambahan idea. Tetapi para ritualis, mereka tak suka masyarakat lagi bijak daripada mereka sebab nanti amalan karut-marut mereka itu dipersoalkan. Sebab itu mereka buat alasan "dalam agama tak boleh guna akal". Itu semua taktik nak memperbodoh-bodohkan masyarakat agar pemikiran masyarakat boleh mereka kawal dan masyarakat itu digembalakan oleh mereka.
Alangkah hinanya kita jika membiarkan diri kita digembalakan oleh tukang karut-tukang karut itu. Seolah-olah diri kita ini bagaikan patung-patung wayang kulit dibonekakan oleh tukang karut.
Kita adalah jiwa yang merdeka. Jangan biarkan kita dibonekakan. | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sun Sep 19, 2010 7:18 am | |
| Salam,
Jika ada azab kubur, maka tidak adil bagi orang yang telah mati beribu-ribu tahun sebelum kiamat kerana mereka telah diazab dan diseksa di dalam kubur. Bagi orang yang hidup semasa berlakunya kiamat, mereka tidak dapat merasai azab kubur.
Allah itu adil. Sebab itu, dalam al-quran tidak dinyatakan adanya azab kubur. Manusia akan dibicarakan terlebih dahulu pada hari kiamat sebelum menerima ganjaran/ hukuman masing-masing. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sun Sep 19, 2010 9:08 am | |
| Salam,
Logik tu Admin. Jika ada azab kubur, sudah pasti manusia terawal sekali yang di azab dalam kubur itu mendapat seksa yang lebih lama daripada manusia yang mati sejurus hari Kiamat walhal kesalahannya sama atau kesalahan orang terkemudian itu lagi berat. Takkanlah Allah nak buat pembalasan yang tidak adil sebegitu kan?
Makin lama makin banyak bukti-bukti kita jumpa tentang kepalsuan azab kubur itu. Inilah faedahnya kita bertukar-tukar pendapat sebegini agar sesuatu yang terbaik dapat diikuti.
Patutlah dalam Al Quran tak wujud cerita-cerita azab kubur. Maknanya Rasulullah sudah tapis Al Quran daripada dimasukkan unsur-unsur yang boleh menunjukkan Allah tidak bersifat Adil. Maha Suci Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak bagiNya. | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sun Sep 19, 2010 1:59 pm | |
| Salam.... Dalil-dalil pertama adanya azab kubur daripada al-Qur’an..... Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". [al-An‘aam 6:93] Ungkapan …pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina… mengandung makna azab ketika akan mati atau azab di dalam alam Barzakh. Ini kerana seandainya yang dimaksudkan dengan azab pada ayat di atas adalah selepas Hari Kiamat maka sudah tentu ia tidak disebut sebagai …pada hari ini kamu dibalas... tetapi Allah Maha Adil saudara juang, admin , faried dan tolokminda kerana memberi peluang kita hidup didunia dulu sebelum di azab.... mata yang Allah kurniaan pun adalah satu keadilan yang besar... dengannya kita bleh pilih untuk terima nak azab atau nikmat kubur tapi ada yang mempersoalkan keadilan Allah.... | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sun Sep 19, 2010 3:04 pm | |
| 6:93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan menurunkan yang serupa dengan apa yang Allah menurunkan"? Jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim dalam kesengsaraan kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu mengatakan yang tidak benar terhadap Allah, dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya." - gaara wrote:
Ungkapan …pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina… mengandung makna azab ketika akan mati atau azab di dalam alam Barzakh.
Ini kerana seandainya yang dimaksudkan dengan azab pada ayat di atas adalah selepas Hari Kiamat maka sudah tentu ia tidak disebut sebagai …pada hari ini kamu dibalas... Salam, Dalam ayat di atas tiada dijelaskan azab tersebut di dalam kubur. Semua ayat al-quran menceritakan azab di akhirat kelak. Jika ayat ini menjadi sandaran adanya azab kubur, maka seolah-olah Allah itu tidak adil dan ayat-ayatNya bertentangan. Frasa "Hari ini" dalam ayat di atas bermaksud hari pengadilan/ pembalasan di akhirat bukan azab di dalam kubur. Mari kita lihat ayat lain yang berkaitan dengan azab pada 'hari ini' di akhirat. 7:50. Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya, 7:51. Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami. Ayat lain; 16:61. Jika Allah mempertanggungjawabkan manusia kerana kezaliman mereka, tidaklah Dia meninggalkan di atasnya satu makhluk yang merayap; tetapi Dia menangguhkan mereka ke satu tempoh yang dinyatakan; dan apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya. 16:62. Mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka membenci; dan lidah mereka menyifatkan kedustaan bahawa yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan. 16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih. 34:42. " Maka pada hari ini, tiada siapa pun daripada kamu yang berkuasa untuk memanfaatkan atau memudaratkan yang lain." Dan Kami mengatakan kepada orang-orang yang membuat kezaliman, "Rasalah azab Api yang padanya kamu mendustakan!" | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Sun Sep 19, 2010 6:27 pm | |
| Salam,
Jika kita perhatikan ayat 6:93 tersebut, di dalamnya sudah menjelaskan waktu bilakah dikenakan azab tersebut. Tidak disebut pun azab itu dikenakan di dalam kubur, tetapi ketika kesengsaraan kematian (sakratul maut). Saat nyawa diputuskan daripada jasad itulah manusia mendapat kesannya.
Punyalah jelas ayat tersebut nyatakan saat kesengsaraan tersebut, nak juga mereka tokok tambah dengan dakwaan adanya azab kubur itu. Apakah mereka yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah itu tidak takut dengan peringatan dalam ayat 6:93.
Dalam ayat tersebut, telah dispesifikkan orang-orang yang mendapat kesengsaraan ketika hendak mati itu iaitu; - orang-orang yang berdusta terhadap Allah (cakap tanpa bukti). - orang-orang yang menyombong diri terhadap ayat-ayatNya (bukan ayat-ayat si polan).
Sambungan kepada ayat itu:
6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami mencipta kamu pada kali pertama, dan kamu meninggalkan apa yang Kami mengurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak melihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu mendakwa untuk menjadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu mendakwakan telah sesat (hilang) daripada kamu."
Ayat 6:94 adalah kesinambungan kepada ciri-ciri orang yang bakal mendapat kesengsaraan ketika mati iaitu mereka yang mengada-adakan sekutu-sekutu atau pengantara-pengantara.
Atas sebab itulah kita jangan taksub pada mana-mana si polan pun kerana sejurus selepas mati nanti, tiada lagi si polan yang akan tolong kita melainkan semuanya pada Allah. Kalau di dunia kita berani mengatakan adanya azab kubur tanpa bukti kukuh dan hanya kerana taksub membuta-tuli pada si polan dan si polan, tidak mustahil kita-lah yang bakal menerima azab ketika sakratul-maut itu yang dijanjikan dalam ayat 6:93 itu.
Kenapa orang-orang sebegitu sifatnya terasa sakit ketika hendak mati? Sebab semasa hidupnya mereka meninggi diri dan sombong dengan ayat-ayat Tuhan. Mereka terapung-apung di awangan merasakan diri mereka lebih suci daripada bangsa-bangsa lain disebabkan taksub dengan kepercayaan tradisi mereka. Apabila mati, mereka baru sedar hakikat sebenarnya yang menyebabkan mereka seperti terhempas ke atas tanah (berpijak di bumi yang nyata). Di sinilah logiknya kenapa orang-orang yang sombong sebegitu akan rasa sakit ketika saat kematian.
Atas sebab itulah Al Quran anjurkan kita hidup merendah diri agar berpijak di bumi yang nyata. Kebangkalian hendak jatuh terhempas seperti orang yang terapung di awangan adalah rendah. Bila kita hidup sebagai seorang yang sedar diri, ketika nak mati kita tidak akan rasa apa-apa kehilangan yang menghinakan. | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Mon Sep 20, 2010 2:07 am | |
| Salam......
Dalil kedua adanya azab kubur daripada al-Qur’an.....
Dari tafsir Ibnu katsir......
“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. ( 40:46 )
Pada ayat ini digambarkan azab yang akan menimpa Firaun dan kaumnya yang durhaka itu di akhirat nanti.
Sejak mereka meninggal dunia sampai mereka dibangkitkan kelak, mereka akan dihadapkan ke neraka pagi petang dan terus-menerus yang demikian itu sampai Hari Kiamat.
Pendapat mereka dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim,
Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya salah seorang kamu apabila ia meninggal dunia diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli surga, maka (tempat duduknya itu adalah) tempat duduk ahli surga, jika ia termasuk ahli neraka maka tempat duduknya adalah tempat duduk ahli neraka. Dikatakan kepadanya: "Inilah tempat duduk engkau sampai Allah SWT membangkitkan engkau pada Hari Kiamat. kemudian membaca ayat ini". | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 1:41 am | |
| - gaara wrote:
- Salam......
Dalil kedua adanya azab kubur daripada al-Qur’an.....
Dari tafsir Ibnu katsir......
“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. ( 40:46 )
Pada ayat ini digambarkan azab yang akan menimpa Firaun dan kaumnya yang durhaka itu di akhirat nanti.
Sejak mereka meninggal dunia sampai mereka dibangkitkan kelak, mereka akan dihadapkan ke neraka pagi petang dan terus-menerus yang demikian itu sampai Hari Kiamat.
Pendapat mereka dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim,
Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya salah seorang kamu apabila ia meninggal dunia diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli surga, maka (tempat duduknya itu adalah) tempat duduk ahli surga, jika ia termasuk ahli neraka maka tempat duduknya adalah tempat duduk ahli neraka. Dikatakan kepadanya: "Inilah tempat duduk engkau sampai Allah SWT membangkitkan engkau pada Hari Kiamat. kemudian membaca ayat ini". Salam, "Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang." Itu sahaja yang direkodkan tanpa ditambah azab itu di alam barzakh. Mengapa kita mahu memandai-mandai? Terjemahan lain; 40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, "Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab yang paling keras!" Saya berpendapat maksud frasa yang ditebalkan itu adalah keluarga firaun mendapat azab pada waktu pagi dan petang apabila hati mereka sentiasa panas dan terbakar. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 8:49 am | |
| Salam, Mari kita buatkan perumpamaan perjalanan hidup manusia daripada dunia, kubur sampai ke akhirat. Secara kasarnya, dunia adalah tempat kita belajar dan diuji. Kubur tempat kita berehat daripada ujian. Dan akhirat tempat kita menerima keputusan hasil apa yang kita lakukan ketika di dunia. Kalau kita perhatikan perjalanan itu, ia sama seperti perjalanan di alam persekolahan sehingga dapat keputusan SPM. Dunia adalah persekolahan. Kubur adalah seumpama waktu kita tunggu keputusan SPM keluar. Dan akhirat seumpama waktu kita dapat keputusan SPM itu. Ketika keputusan SPM belum keluar, seseorang pelajar belum boleh ditentukan sama ada lulus atau gagal. Namun jika seseorang pelajar itu pemalas belajar, di waktu menunggu keputusan SPM itu dia sudah dibayangi dengan kegagalan. Ketidakupayaan dia menjawap soalan SPM dengan meyakinkan akan menjadikan dia mendapat gambaran akan mengalami kegagalan. Samalah keadaannya dengan Firaun zaman Nabi Musa itu. Di dalam kubur, dia sudah didedahkan dengan api neraka sebab dia tahu semasa hidupnya dia banyak melakukan kezaliman. Dia tahu ketika akhirat nanti harapan untuk dapat keputusan yang cemerlang adalah tipis seperti mana pelajar yang pemalas belajar itu tahu harapan untuk lulus SPM adalah tipis. Bayangan kegagalan SPM itu didedahkan kepada pelajar itu pagi dan petang. Dan tak logik Kementerian Pelajaran nak jatuhkan hukum (sama ada lulus SPM atau gagal) kepada pelajar pemalas itu sebaik sahaja tamat hari persekolahannya sebelum keputusan SPM dikeluarkan. Seperti itulah tidak logik Tuhan nak hukum manusia di dalam kubur sebelum hari dijatuhkan hukum (Kiamat). Tetapi orang-orang yang berbuat banyak kezaliman ketika di dunia, mereka memang akan dibayangi kegagalan ketika waktu mengunggu keputusan itu. Guna segala perumpamaan yang ada di sekeliling kita, mudah kita fahami isi kandung Al Quran. Percayalah. | |
| | | masterpiece7070 Siswazah
Posts : 260 Points : 5475 Reputation : 0 Join date : 2010-08-20 Age : 43
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 12:32 pm | |
| - tolokminda wrote:
- masterpiece7070 wrote:
- Malaikat Mungkar / Munkar memiliki tugas / bertugas menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.
PERCAYAKAH ANDA?
PERCAYA...
TIDAK...
RUKUN IMAN TUH.... Salam,
Tuhan tahu apa yang dikerjakan oleh setiap manusia semasa hidupnya. Tidak perlu malaikat tanya bila dia mati. Tuhan akan mengumpulkan semua manusia pada hari kiamat nanti dan pada ketika itu Dia akan membentangkan perbuatan masing-masing dan memberikan penghakiman yang adil. DAH TU KENAPA PERLU ADA MALAIKAT MUNGKAR DAN MALAIKAT NANGKIR NIH. SEMEMANGNYA TIADA TUGASKAH MALAIKAT2 INI? SEDANGKAN MALAIKAT JIBRIL PUN DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH MENYAMPAIKAN WAHYU KPD NABI MUHAMMAD WALHAL KALAU IKUT LOGIK AKAL (HIK3) KAN BOLEH BAGI DIRECT TANPA PERLU MALAIKAT JIBRIL.
PELIKNYA JAWAPAN ANDA INI WAHAI TM. MALAIKAT JIBRIL ANDA AKUI TAPI MALAIKAT MUNGKAR NANGKIR ANDA NAFIKAN. ISHK3 | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 1:14 pm | |
| - masterpiece7070 wrote:
- PELIKNYA JAWAPAN ANDA INI WAHAI TM. MALAIKAT JIBRIL ANDA AKUI TAPI MALAIKAT MUNGKAR NANGKIR ANDA NAFIKAN. ISHK3
Salam, Dari mana tuan tahu ada malaikat yg bernama mungkar dan nangkir? | |
| | | lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5336 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 3:21 pm | |
| bagi orang beriman memang mereka mempercayai adanya azab kubur. Manusia di dunia ini hanya untuk menjalani ujian dan bila mereka mati segala kebenaran akan terbukti walaupun dia tidak berforum disini, walaupun dia anggap dia adalah jaguh dalam berhujah tapi bila mati mereka akan tahu siapakah dirinya yang sebenar. Kalau anda anggap anda benar, anda bawalah ia sampai anda mati dan anda akan tahu juga. | |
| | | masterpiece7070 Siswazah
Posts : 260 Points : 5475 Reputation : 0 Join date : 2010-08-20 Age : 43
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 4:18 pm | |
| - Quote :
- Dari mana tuan tahu ada malaikat yg bernama mungkar dan nangkir?
ALHAMDULILLAH, PENGETAHUAN INI DIPEROLEHI DARI PROSES PEMBELAJARAN WALAUPUN ADA JUA PERSELISIHAN MENGENAINYA. TAPI KALAU ANDA MINTA DALIL AQ, TERUS TERANG SAYA KATAKAN MEMANG TIADA NAMA2 TERSEBUT. YANG PASTI SAYA PERCAYA KEPADA MALAIKAT.
Wallahu a'lam bissowaab | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 5:14 pm | |
| - masterpiece7070 wrote:
-
- Quote :
- Dari mana tuan tahu ada malaikat yg bernama mungkar dan nangkir?
ALHAMDULILLAH, PENGETAHUAN INI DIPEROLEHI DARI PROSES PEMBELAJARAN WALAUPUN ADA JUA PERSELISIHAN MENGENAINYA. TAPI KALAU ANDA MINTA DALIL AQ, TERUS TERANG SAYA KATAKAN MEMANG TIADA NAMA2 TERSEBUT. YANG PASTI SAYA PERCAYA KEPADA MALAIKAT.
Wallahu a'lam bissowaab Salam, Kalau tiada nama-nama tersebut dalam al-quran, mengapa perlu memandai-mandai membubuh nama-nama tersebut? | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 11:07 pm | |
| - Admin wrote:
- masterpiece7070 wrote:
-
- Quote :
- Dari mana tuan tahu ada malaikat yg bernama mungkar dan nangkir?
ALHAMDULILLAH, PENGETAHUAN INI DIPEROLEHI DARI PROSES PEMBELAJARAN WALAUPUN ADA JUA PERSELISIHAN MENGENAINYA. TAPI KALAU ANDA MINTA DALIL AQ, TERUS TERANG SAYA KATAKAN MEMANG TIADA NAMA2 TERSEBUT. YANG PASTI SAYA PERCAYA KEPADA MALAIKAT.
Wallahu a'lam bissowaab Salam,
Kalau tiada nama-nama tersebut dalam al-quran, mengapa perlu memandai-mandai membubuh nama-nama tersebut? bukan memandai2 saudara admin.... tetapi ia ada dalam wahyu AllAh yang bernama Hadis.... HEHEHEHE...... | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 11:37 pm | |
| Salam,
Hanya kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah sahaja yang kita percaya. Tiada suruhan supaya percaya kepada riwayat hadis itu. | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 11:41 pm | |
| - Quote :
- Hanya kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah sahaja yang kita percaya. Tiada suruhan supaya percaya kepada riwayat hadis itu.
suhuf nabi Ibrahim merangkap suhuf nabi Isa merangkap suhuf nabi musa saudara admin percaya tak..... tapi mana kitabnya..... taurat n injil plak saudara admin pernah nampak ke?? | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 11:53 pm | |
| - gaara wrote:
-
- Quote :
- Hanya kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah sahaja yang kita percaya. Tiada suruhan supaya percaya kepada riwayat hadis itu.
suhuf nabi Ibrahim merangkap suhuf nabi Isa merangkap suhuf nabi musa saudara admin percaya tak.....
tapi mana kitabnya.....
taurat n injil plak saudara admin pernah nampak ke?? Salam, Dalam al-quran, Tuhan suruh kita percaya kepada kitab-kitab yang diturunkannya. Dan, al-quran adalah kitab yang terpelihara kerana kitab-kitabNya yang lain telah banyak dicampuradukkan dengan tangan2 manusia. | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Thu Sep 23, 2010 11:55 pm | |
| - Quote :
- Dalam al-quran, Tuhan suruh kita percaya kepada kitab-kitab yang diturunkannya. Dan, al-quran adalah kitab yang terpelihara kerana kitab-kitabNya yang lain telah banyak dicampuradukkan dengan tangan2 manusia.
tak jawab soalan pun saudara admin yang bijaksana.... | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Fri Sep 24, 2010 12:03 am | |
| - gaara wrote:
-
- Quote :
- Dalam al-quran, Tuhan suruh kita percaya kepada kitab-kitab yang diturunkannya. Dan, al-quran adalah kitab yang terpelihara kerana kitab-kitabNya yang lain telah banyak dicampuradukkan dengan tangan2 manusia.
tak jawab soalan pun saudara admin yang bijaksana.... Salam, Al-quran adalah penjelas, petunjuk, pembeza dan terpelihara hingga kini. jadi, cukuplah al-quran sebagai panduan hidup kita. Saya tak pernah jumpa taurat dan injil tu. tapi, saya percaya adanya kitab tersebut. | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6272 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Fri Sep 24, 2010 5:48 pm | |
| - Quote :
- Saya tak pernah jumpa taurat dan injil tu. tapi, saya percaya adanya kitab tersebut.
hal2 macam nie boleh plak saudara admin terima yek... | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Fri Sep 24, 2010 8:00 pm | |
| - gaara wrote:
-
- Quote :
- Saya tak pernah jumpa taurat dan injil tu. tapi, saya percaya adanya kitab tersebut.
hal2 macam nie boleh plak saudara admin terima yek... Salam, Saya percaya kepada kitab-kitab yang Allah turunkan. 2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ Fri Sep 24, 2010 11:09 pm | |
| Salam Admin,
Dalam ayat 2:177 tersebut tidak pula menyenaraikan si polan dan si polan sebagai tanda ketaatan.
Mari kita ulangkaji ayat tersebut tentang erti ketaatan yang sebenar. 1) Percaya kepada Allah 2) Percaya pada hari Akhir 3) Percaya pada malaikat-malaikat 4) Percaya kepada Kitab-kitab 5) Percaya kepada Nabi-nabi
Tidak disenaraikan pun percaya kepada kitab riwayat si polan. Yang mereka taat kepada si polan itu buat apa sebab Allah tak iktiraf pun itu salah satu ketaatan yang sebenar?
Orang-orang yang mengada-adakan dusta itu semakin tidak mempunyai hujah dan sokongan ayat-ayat Al Quran.
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ | |
| |
| | | | Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........ | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |