| Khabar gembira untuk orang berbuat baik | |
|
|
Author | Message |
---|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6506 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 1:14 am | |
| 18:1. Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak membuatkan padanya sebarang kebengkokan, 18:2. Yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka balasan yang baik,
2:25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka diberi yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan, dan di dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.
22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia telah memberikan kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam (petunjuk), dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk memberi amaran kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
Al Quran adalah khabar gembira untuk orang-orang yang percaya yang hidupnya berbuat kebaikan. Maknanya jika dalam hati seseorang manusia itu baik dan mahu hidup berbuat kebaikan, pastilah kedatangan Al Quran ke dalam hidup mereka satu kegembiraan. Mereka tidak akan berteriak bangang bila Al Quran diperjelaskan.
Tetapi bagi orang yang hidup nak berbangga diri kononnya puak mereka sahajalah yang benar dan puak-puak lain salah, kedatangan Al Quran adalah berita ngeri bagi mereka. Mereka marah dan geram bila mendengar ayat-ayat Al Quran disampaikan dalam bahasa yang mereka fahami. Panas hati mereka. Menggelegak darah mereka. Kerana Tuhan telah membakar ego mereka seperti mana iblis terbakar dalam api keegoannya bila melihat Adam lebih berilmu daripadanya.
Katakanlah kepada mereka "Matilah dalam kemarahan kamu itu..." | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5694 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 3:23 pm | |
| Salam,
Sepatutnya, bila diberi peringatan dengan ayat-ayat al-quran yang merupakan khabar gembira untuk orang yang berbuat baik, merekalah orang pertama yang akan sujud (merendah diri).
Namun, disebabkan apa yang dikhabarkan itu berbeza dengan amalan tradisi mereka, mereka menjadi sombong dan panas hati.
Mereka lebih suka ayat-ayat al-quran disyairkan daripada dibaca dengan bahasa yang boleh difahami oleh mereka.
Akibatnya, mereka sendiri tidak tahu akan khabar-khabar gembira yang terkandung dalam al-quran. | |
|
| |
lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5123 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 3:41 pm | |
| Sebab itu lebih baik kita menjadi sebagaimana orang-orang yang telah diakui beriman oleh Allah. Peringatan Allah ialah supaya kita beriman padaNya. Macamana nak beriman ikutlah orang yang telah pun beriman sebelum kita. Jangan ikut orang yang tak tentu kedudukannya disisi Allah. Apa lagi mereka tidak mengakui apa yang telah diakui oleh Allah dalam al Quran.. | |
|
| |
masterpiece7070 Siswazah
Posts : 260 Points : 5262 Reputation : 0 Join date : 2010-08-20 Age : 43
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 3:53 pm | |
| Al Quran adalah khabar gembira untuk orang-orang yang percaya yang hidupnya berbuat kebaikan. Maknanya jika dalam hati seseorang manusia itu baik dan mahu hidup berbuat kebaikan, pastilah kedatangan Al Quran ke dalam hidup mereka satu kegembiraan. Mereka tidak akan berteriak bangang bila Al Quran diperjelaskan.
Tetapi bagi orang yang hidup nak berbangga diri kononnya puak mereka sahajalah yang benar dan puak-puak lain salah, kedatangan Al Quran adalah berita ngeri bagi mereka. Mereka marah dan geram bila mendengar ayat-ayat Al Quran disampaikan dalam bahasa yang mereka fahami. Panas hati mereka. Menggelegak darah mereka. Kerana Tuhan telah membakar ego mereka seperti mana iblis terbakar dalam api keegoannya bila melihat Adam lebih berilmu daripadanya.
Katakanlah kepada mereka "Matilah dalam kemarahan kamu itu..."[quote]
ADAKAH DENGAN MENYINDIR DAN MENUDUH SESEORANG ITU SIFAT MULIA YANG AQ KAMU PERINGATKAN? | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5694 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 4:37 pm | |
| - lia wrote:
- Sebab itu lebih baik kita menjadi sebagaimana orang-orang yang telah diakui beriman oleh Allah. Peringatan Allah ialah supaya kita beriman padaNya. Macamana nak beriman ikutlah orang yang telah pun beriman sebelum kita. Jangan ikut orang yang tak tentu kedudukannya disisi Allah. Apa lagi mereka tidak mengakui apa yang telah diakui oleh Allah dalam al Quran.
Salam, Persoalan, macam mana nak beriman (percaya)? Al-quran adalah jawapannya. Di dalamnya terkandung banyak peringatan. Orang-orang yang telah pun beriman (percaya) sebelum kita, mereka juga beriman kepada kitabNya bukan beriman kepada riwayat hadis. Kedudukan, pangkat, status dsb bukanlah penentu untuk kita ikut orang itu tapi dengan memilih pendapat yang terbaik tanpa mengira siapa yang memberikan pendapat itu. | |
|
| |
lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5123 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 6:53 pm | |
| Tidak ada kena mengena dengan pangkat. Tujuan sebenarnya ialah untuk menjadi orang beriman. Dan al Quran adalah untuk orang beriman. Kalau bukan orang beriman tak payah baca Al quran. Siapakah orang beriman itu? Iaitu mereka yang disebut oleh Allah sebagai ' wahai orang-orang beriman'. Hanya orang yang mahu menjadi seperti mereka itu, boleh mengharap agar termasuk dikalangan orang-orang beriman. Yang lain jangan haraplah.
| |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5422 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 7:26 pm | |
| [quote] - Admin wrote:
- Salam,
Sepatutnya, bila diberi peringatan dengan ayat-ayat al-quran yang merupakan khabar gembira untuk orang yang berbuat baik, merekalah orang pertama yang akan sujud (merendah diri). Memang betul tu Admin Tapi bagi saya lah, untuk menyempurnakan yang BETUL tu emangnya susah PAk ADMIN pun sama juga ker?? tapi pak Admin kan Setakat dalam forum nie , ambil berinteraksi sambil beringat boleh lah pada saya setakan nak cari peringatan dalam quran ada banyak software free di laman laman web nie petik sekali 10 datang tau...kakaka | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5694 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 23, 2010 9:20 pm | |
| Salam,
Kalau kita lihat, begitulah perangai orang-orang kafir yang tidak percaya seperti yang dikhabarkan oleh al-quran. Bukan setakat melemparkan "ini sihir yang nyata" tapi akibat tidak dapat mengawal kemarahan, ada nabi dibunuh, dipenjara dan sebagainya.
Bagi orang-orang yang berbuat baik, peringatan-peringatan yang datang kepada mereka merupakan khabar gembira untuk mereka. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6506 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Tue Aug 24, 2010 8:15 am | |
| Salam Admin,
Kalau kita fikir logik, sesiapa yang tak suka peringatan agar berbuat baik, sebenarnya itu menunjukkan dalam hati mereka penuh sifat-sifat jahat. Bukankah baik itu lawannya jahat?
Jadi yang tidak suka bila Al Quran diperjelaskan hanyalah orang-orang yang busuk hati, hasad dengki, dan bermacam-macam sifat jahat dalam diri. Lahiriah mereka nampak macam baik kerana hipokrit mereka, tetapi Allah Tahu apa yang tersembunyi dalam hati mereka. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6506 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 30, 2010 9:58 am | |
| Salam,
77:41. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam lindungan dan mata air, 77:42. Dan buah-buahan seperti yang mereka menginginkan. 77:43. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup, kerana apa yang kamu telah buat.” 77:44. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
Ayat-ayat di atas mengaitkan orang-orang yang bertakwa itu dengan orang-orang yang berbuat baik. Ini menunjukkan orang-orang yang berbuat baik itulah orang yang bertakwa.
Mereka diberikan balasan yang lebih baik di akhirat seperti mana orang-orang berbuat baik ketika di dunia diberikan kebaikan.
Orang yang ada penyakit angkuh dan berbangga diri sahaja tak suka manusia berbuat baik.
| |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5569 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 30, 2010 10:38 am | |
| - Juang wrote:
Jadi yang tidak suka bila Al Quran diperjelaskan hanyalah orang-orang yang busuk hati, hasad dengki, dan bermacam-macam sifat jahat dalam diri. Lahiriah mereka nampak macam baik kerana hipokrit mereka, tetapi Allah Tahu apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Petunjuk Alquran yang tidak ada keraguan di dalamnya diabaikan, lalu ikut petunjuk Riwayat yang tidak dijamin kebenarannya. Aneh. Salam. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6506 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik Mon Aug 30, 2010 10:53 am | |
| - faried wrote:
- Juang wrote:
Jadi yang tidak suka bila Al Quran diperjelaskan hanyalah orang-orang yang busuk hati, hasad dengki, dan bermacam-macam sifat jahat dalam diri. Lahiriah mereka nampak macam baik kerana hipokrit mereka, tetapi Allah Tahu apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Petunjuk Alquran yang tidak ada keraguan di dalamnya diabaikan, lalu ikut petunjuk Riwayat yang tidak dijamin kebenarannya. Aneh.
Salam. Salam, Perumpamaannya seperti makanan yang tidak ada keraguan kebersihannya diabaikan, lalu mengambil makanan yang tidak terjamin kebersihannya. Memang tak masuk akal kalau berbuat begitu. Perlu kita ingat, sifat-sifat orang musyrik memang suka buat sesuatu yang tak masuk akal kerana penyakit angkuh dalam diri mereka telah menyebabkan mereka tidak dapat membezakan mana yang bersih dan mana yang kotor. Bukankah penyakit angkuh itu satu kekotoran jiwa? | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Khabar gembira untuk orang berbuat baik | |
| |
|
| |
| Khabar gembira untuk orang berbuat baik | |
|