E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
gaara
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
tolokminda
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
Admin
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
othman
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
faried
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
iltizam
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
masterpiece7070
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
lia
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 
Payau Putih
Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_lcapAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Voting_barAl-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Vote_rcap 

 

 Al-Quran vs Riwayat & Bible

Go down 
+6
gaara
Juang
tolokminda
Admin
faried
Fiza
10 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
Fiza
Siswazah
Siswazah
Fiza


Posts : 103
Points : 5141
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyWed Aug 04, 2010 3:46 pm

First topic message reminder :

Dalam bible juga ada disebut nama Rasul-rasul yang disebut juga dalam Al quran. Adakah ia menghairankan kita? Kalau kita mengkaji dan mempelajari bagaimana terhasilnya Bible, yang dikutip dari tulisan dan surat beberapa orang Hawari dan setengahnya dari tabiin antara tahun 50 hingga tahun 70, seterusnya digubal semula sekitar abad ke 4, masih lagi dipertikaikan hingga abad ke 15. Bible moden yang ada kini terhasil dari sekitar kurun 17 ke 18. Sedangkan orang Islam sudah mengamalnya Islam dari kurun ke 7 dan kekal cara amalannya hingga kini. Pada pendapat saya tidak mungkin orang Islam yang mengikut mereka. Dan baru-baru ini wujud pula mazhab baru kristien yang bersembahyang hampir seperti orang Islam. Jadi kita tahu siapa yang sebenarnya mengikut siapa.


Back to top Go down

AuthorMessage
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5709
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 2:05 pm

Fiza wrote:
Al quran sahaja tanpa Rasul yang menerangkan, manusia tetap tidak kenal Allah. Kalau kita bagi al quran pada manusia yang bukan beragama Islam, mereka tidak akan faham dan tidak akan kenal Allah dan tidak akan menjadi Muslim. Walaupun didalam itu disebutkan berulang-kali perkataan Allah, manusia akan membuat sangkaannya sendiri menurut apa yang dia faham, dan apa yang dia faham hanya apa yang dia nampak. Oleh itu kalau kita memahami Al Quran dengan tanpa mengetahui penerangan Nabi, kita juga tidak kenal pada Allah, ia hanya menurut sangkaan kita sendiri. Kalau kita tidak lagi mahu beriman dengan Allah sebagaimana yang Rasul ajar pada umatnya, di khuatiri kita akan sama seperti orang kafir yang baca Quran. Sebab itu kita perlu tahu apakah agama apakah kitab. Yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul adalah agama yang datangnya bersama kitab. Kalau ambil kitab sahaja tetapi tak ambil agama, kita masih tidak menjadi Islam.
.

Salam,

Dalam al-quran itu ada panduan-panduan macam mana nak ikut cara hidup islam. Jadi, orang yang ikut panduan-panduan dalam kitab-kitab Allah itu sudah tentu menjadi islam.

Islam bukannya agama tapi satu cara hidup yang dianjurkan Tuhan.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
faried
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 524
Points : 5584
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 3:25 pm

Fiza wrote:
Al quran sahaja tanpa Rasul yang menerangkan, manusia tetap tidak kenal Allah.

Alquran tidak perlu diterangkan oleh Rasul.

Alquran menerangkan dirinya sendiri,

karena

Alquran juga berfungsi sebagai penjelasan (albayyinat).

Quote :
2:185 (Malay)... Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu ...

... alquranu hudan lilnnasi wabayyinatin mina alhuda ...
Back to top Go down
Payau Putih
Siswazah
Siswazah
Payau Putih


Posts : 106
Points : 5138
Reputation : 0
Join date : 2010-08-06
Location : Bumi Bertuah

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 3:51 pm

othman wrote:
Payau Putih wrote:
Perbezaan ketara adalah Al Quran mendapat jaminan dari Allah akan ketulinannya sehingga hari akhir sedangkan selainnya, Allah tidak pernah janji nak jaga maka ianya terdedah kepada sabotaj demi kepentingan golongan tertentu.... jadi mana satu nak ikut ?

salam

al quran mana yg tulen tu sedara .

Salam,

Saya kuramg faham maksud pertanyaan tuan... banyakkah versi Al Quran itu pada anggapan tuan ?

Dah tentu Al Quran yang di turunkan kepada baginda melalui Malaikat, itulah yg Allah janji nak jaga sehingga kiamat;

AQ 15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
Back to top Go down
Fiza
Siswazah
Siswazah
Fiza


Posts : 103
Points : 5141
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 4:28 pm

saya hormati kepercayaan En Payau.
Bagi saya, saya memilih penerangan oleh Nabi saw dari mengikut nafsu sendiri. Saya sudah baca banyak pendapat yang tidak berlandaskan Nabi, semua nya berbeza, tidak sependapat dan menjurus kepada mengikut kehendak sendiri dari pada kehendak Allah. Tidak mungkin tafsirannya berbagai-bagai dan tak mungkin tafsiran nya kepada mengikut nafsu keduniaan. Bagi saya ia lebih tidak selamat.
Back to top Go down
Payau Putih
Siswazah
Siswazah
Payau Putih


Posts : 106
Points : 5138
Reputation : 0
Join date : 2010-08-06
Location : Bumi Bertuah

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 4:58 pm

Salam Puan Fiza,

Selamat atau tidak biarlah Allah yang menentuhkan, janganlah kita nak buat kerja tuhan. Apakah mengikuti Al Quran tidak berlandasakan nabi pada penilaian puan ? Bgaiamana pula yang kononnya mengikuti Nabi di luar Al Quran, adakah mereka bersependapat ? Jadi mengapa wujud Golongan ASWJ, Syiah, Wahabi, Khawarij dsbnya, bukankah mereka juga mendakwa mengikuti nabi di luar Al Quran ?

Oleh itu pada pendapat saya, apapun yg kita pengang atau yakini biarlah berlandaskan pengetahuan dan keyakinan kita sendiri dan bukan Pak Turut tanpa ilmu.... bila diminta setiap hujah perlukan dalil maka mampu mengemukakan dalil atas pendapat tersebut, bukan pandai berkata-kata tapi tidak mampu untuk membawa bukti atau dalil. Ataupun mengemukakan dalil tetapi mengelirukan daripada maknanya.
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 524
Points : 5584
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 5:30 pm

Fiza wrote:

Saya sudah baca banyak pendapat yang tidak berlandaskan Nabi, semua nya berbeza, tidak sependapat dan menjurus kepada mengikut kehendak sendiri dari pada kehendak Allah.

Apa contohnya? Terima kasih.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6521
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 9:56 pm

Payau Putih wrote:

Oleh itu pada pendapat saya, apapun yg kita pengang atau yakini biarlah berlandaskan pengetahuan dan keyakinan kita sendiri dan bukan Pak Turut tanpa ilmu....

Salam,

Saya setuju pendapat Payau. Hidup ini biar yakin pada pengetahuan sendiri. Rasulullah pun bila ditanya pasal haid, tidak pula baginda menjawab "menurut kata isteriku Aisyah, haid adalah sesuatu gangguan dan kekotoran". Tetapi baginda menjawab mengikut apa yang Allah ajar padanya.

Lemahnya umat Islam hari ini kerana tiada keyakinan diri macam Rasulullah. Penakut nak mengkaji Al Quran. Sebab itu dengan bangsa-bangsa yang sedikit pun mereka kalah.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6521
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptyFri Aug 06, 2010 10:04 pm

othman wrote:

salam

tak di sandarkan tu kerana kamu tak nak sebut ? ... cuba kamu sebut bila kamu guna terjemahan TM .. di riwayatkan oleh TM bla..... atau di riwayatkan oleh faraid bla... . tak sama ker . kalau setakat belajar 1+1 tak kemana la ....
Salam,

Terjemahan sesiapa pun, tahapnya tak sama dengan riwayat. Riwayat pun mengalami terjemahan juga. Masalahnya sumber yang diterjemah itu berbeza sifatnya. Al Quran tidak perlu guna nama si polan bin si polan untuk menceritakan kisah seseorang Nabi terdahulu, sedangkan riwayat perlu ada nama si polan bin si polan untuk menceritakan pasal Nabi walaupun kitab riwayat itu telah diterjemahkan.

Kalau kita fikirkan, walaupun Nabi Harun itu saudara seibu dengan Nabi Musa, tetapi untuk mengetahui apa yang Nabi Musa buat dan ucapkan, Nabi Muhammad tak perlu pun guna riwayat atas nama Nabi Harun. Sebaliknya baginda gunakan Allah sebagai pemberitahu kepadanya.

Tetapi, macam mana untuk tahu pasal Nabi Muhammad, boleh pula orang hari ini guna nama sahabat Nabi kononnya sahabat Nabi itu dengar Nabi cakap atau buat sesuatu perkara?

Nampak tak bertapa jauh dan berbezanya apa yang Nabi Muhammad buat dengan apa yang rata-rata golongan yang kata ikut sunnah itu buat.

Takkanlah perbezaan sebegitu mudah mereka tak nampak-nampak lagi?
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 1:54 am

salam...

Kisah nabi nuh terdpt bible dan juga Al-quran...

soalnya nape puak akai xnk mengatakan ia adalh ciptaan semata mata.. yakni kisah nabi nuh tersebut...

seperti yg pernh sy katakn bible adalah versi asal injil dan taurat yg tiada lg sekarng nie..

jd xdklah menjad kehairanan pe yg terdpt dlm bible adalh perkara yg puak kafir ciplak dr injil dan taurat..


Last edited by gaara on Sat Aug 07, 2010 1:58 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 1:57 am

dan yg sebenarnya apa yg terdpt dlm hadis adalh upgrade amalan2 sebelum kedatangn nabi...

jd kita x leh katakan kita meniru pe yg terdpt dlm bible...
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6521
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:04 am

Salam,

Mana yang selari dengan Al Quran, tak kisahlah ia dalam kitab mana-mana pun, sudah pasti ia daripada Allah. Masalahnya riwayat-riwayat hadis yang bercanggah dengan Al Quran, takkanlah itu daripada Nabi lagi? Tak logik Nabi nak mencanggahi Al Quran, sebab yang mencanggahi Al Quran hanyalah orang-orang kafir sahaja.

Umpamanya Al Quran melarang manusia sujud kepada matahari, bulan atau binaan-binaan manusia, alih-alih ada orang bawa riwayat kononnya Nabi suruh sujud kepada bukit, siapa nak percaya riwayat macam itu?

Sesuatu yang datang daripada Allah, sifatnya tidak berselisih antara satu sama lain. Takkanlah asas itu pun tak tahu?
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:10 am

salam...

sy pernh minta saudara juang bawakn hadis lengkap yg bercanggah tersebut..

tp x berani bw tp main ckp je...

sama seperti ragam golong anti hadis "ambil ayat Al-quran yg secocok tp buang yg xperlu"...
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6521
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:18 am

Salam,

Saudara percaya tak pada riwayat hadis Nabi naik ke langit untuk terima perintah solat? Itu adalah contoh riwayat hadis yang bercanggah dengan Al Quran.

Kenapa perlu berjumpa Tuhan di langit sedangkan dalam Al Quran sebut Allah itu dekat dan lebih dekat daripada urat jantung manusia? Takkanlah tak nampak percanggahan begitu jelas?

Orang taksub riwayat beranggapan Allah itu jauh dan duduk di atas langit, sedangkan Al Quran kata Allah itu dekat malah lebih dekat daripada urat jantung manusia itu sendiri.

Jauh lawannya dekat. Tak nampak bercanggah ke macam itu?
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda


Posts : 627
Points : 5675
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:23 am

Salam Gaara,

Dalam Quran tak ada perintah atau suruhan tudung kepala. Dalam hadis ada tak? Kalau ada itu merupakan satu contoh percanggahan di antara Quran dan hadis.
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
othman
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 551
Points : 5591
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:29 am

Juang wrote:
Salam,

Saudara percaya tak pada riwayat hadis Nabi naik ke langit untuk terima perintah solat? Itu adalah contoh riwayat hadis yang bercanggah dengan Al Quran.

Kenapa perlu berjumpa Tuhan di langit sedangkan dalam Al Quran sebut Allah itu dekat dan lebih dekat daripada urat jantung manusia? Takkanlah tak nampak percanggahan begitu jelas?

Orang taksub riwayat beranggapan Allah itu jauh dan duduk di atas langit, sedangkan Al Quran kata Allah itu dekat malah lebih dekat daripada urat jantung manusia itu sendiri.

Jauh lawannya dekat. Tak nampak bercanggah ke macam itu?

salam

kalau kita dari medium sains maka kita akan terasa bahawa semua tu nampak macam tak logik . sains mendefinasikan langit ialah selain dari bumi . sedangkan al quran tidak . cuba kita jangan tergesa2 buat kesimpulan dan bersifat tidak tahu pada yg kita tak jelas dan jangan mengambil sikap faham kerana jika fahaman kita salah maka sampai penghung pun kita salah . tak rugi kalau kita sabar dan belajar .
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:31 am

Salam...

mana die nk kata bercanggah bila dlm Al-quran sendri terdpt ayat yg mengatakn nabi naik ke langit....


Code:
Demi bintang semasa ia menjunam, -

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -

Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -

sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

Di sisi “Sidratul-Muntaha”;

Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

( 53:1-18 )

dan bila nabi kembali ke mekkah dan menceritakan kisah ini.. hanya puak kristian, yahudi dan munafik sahaja yg td mahu mepercayai kish nabi naik ke langit...

Rolling Eyes Rolling Eyes
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda


Posts : 627
Points : 5675
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:40 am

gaara wrote:
Salam...

mana die nk kata bercanggah bila dlm Al-quran sendri terdpt ayat yg mengatakn nabi naik ke langit....


Code:
Demi bintang semasa ia menjunam, -

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -

Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -

sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

Di sisi “Sidratul-Muntaha”;

Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

( 53:1-18 )

dan bila nabi kembali ke mekkah dan menceritakan kisah ini.. hanya puak kristian, yahudi dan munafik sahaja yg td mahu mepercayai kish nabi naik ke langit...

Rolling Eyes Rolling Eyes

Salam Gaara,

Di bawah adalah petikan artikel saya yang berkaitan di tolokminda.wordpress.com berkaitan ayat-ayat yang tuan kemukakan di atas. Diharap tuan dapat membaca dengan tekun dan membuat penilaian yang sepatutnya.


Dalam artikel sebelum ini saya menulis tentang Al-Quran sebagai dokumen perjanjian di antara kita, orang yang percaya, dengan Tuhan dan Tuhan dengan kita. Oleh itu, saya berpendapat setiap Muslim yang mengaku percaya, perlulah membaca dan memahami Al-Quran kerana bagaimana mungkin kita boleh menunaikan semua komitmen yang terkandung dalam dokumen perjanjian kita itu jika kita tidak berinisiatif langsung untuk mengetahuinya. Perkara paling asas apabila kita memasuki sesebuah perjanjian sudah tentulah membaca, mengetahui dan memahami isi kandungan perjanjian berkenaan.

Malangnya idea membaca perjanjian seperti tidak laku di kalangan masyarakat Islam. Majoriti orang Islam langsung tidak peduli isi kandungan Al-Quran. Mereka sudah berpuashati jika dapat ‘mengaji Al-Quran sehingga khatam’ dan mampu menghafal beberapa surah ringkas. Itu pun kerana ia diperlukan dalam bacaan sembahyang mereka. Mereka bukan saja tidak merasa perlu untuk memahami Al-Quran walaupun melalui naskah terjemahan, tetapi turut percaya sesiapa yang mencubanya secara sendirian berkemungkinan akan disesatkan Syaitan berbanding mendapat hidayah Tuhan. Akibatnya, dalam masyarakat Islam jarang sekali kita jumpa mereka yang berani menyentuh terjemahan Al-Quran dalam bahasa masing-masing.

Sebenarnya, jika ada yang berani pun usaha mereka belum tentu dapat membawa mereka ke jalan yang lurus. Kepercayaan yang mengatakan mereka akan bertambah sesat mungkin ada betulnya. Ini kerana terjemahan yang disogokkan kepada umat tidaklah bebas dari tangan para ulama yang mengepalai kepercayaan mereka. Para ulama nampaknya telah mengambilkira semua sudut supaya usaha menggembala umat mematuhi Islam versi mereka tidak dapat dihidu. Selepas berjaya menyakinkan orang-orang Islam bahawa Al-Quran dalam bahasa Arab cukup sekadar menjadi kitab untuk dinyanyi-nyanyikan, mereka kemudiannya menggodam terjemahan dan tafsirannya supaya selaras dengan kitab-kitab ciptaan mereka sendiri.

Kalau para pembaca budiman tidak percaya, mari kita lihat satu contoh. Dan saya sangat berharap pembaca budiman boleh bersabar sedikit untuk membaca dengan teliti apa yang saya mahu kongsi dalam artikel ini kerana sesungguhnya ia amat penting. Kita mulakan dengan terjemahann Surah An-Najm, ayat 1-18 dari sumber ini.
[1] Demi bintang semasa ia menjunam, -
[2] Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai
tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia
pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
[3] Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
[4] Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
[5] wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
[6] Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
[7] Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
[8] Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
[9] Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
[10] Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
[11] Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
[12] Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
[13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
[14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
[15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
[16] (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal
pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh
makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
[17] Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan
dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan
melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
[18] Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari
sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan
kekuasaan) Tuhannya.
Mari kita semak satu persatu.

1. Melalui petikan terjemahan di atas, kita melihat ayat 1 – 18, Surah An-Najm itu dirujuk kepada Nabi Muhamad. Lihat ayat 2, kononnya ayat ini ditujukan kepada para sahabat Nabi dan “rakan kamu” yang dimaksudkan oleh ayat berkenaan adalah Nabi Muhamad sendiri.

2. Melalui ayat 4 – 10, Nabi Muhamad dikatakan menerima wahyu dari Jibril yang turun ke bumi. Dan wahyu yang disampaikan kepada Muhamad kononnya bukan sekadar Al-Quran, bahkan hadis juga (ayat 4).

3. Melalui ayat 11 – 12 kononnya Nabi Muhamad melihat Jibril dalam bentuk asalnya.

4. Melalui ayat 13 Nabi dikatakan bertemu Jibril buat kali kedua dan ayat 14 – 18 hanya Tuhan saja yang tahu apa yang cuba disampaikan oleh penterjemah.

Kepada mereka yang tidak berhati-hati, terjemahan di atas tiada cacat celanya. Malangnya ia tidak semudah itu. Terjemahan di atas sebenarnya telah memesongkan ayat-ayat Allah pada kadar di luar jangkaan. Selepas habis membaca artikel ini saya yakin pembaca budiman tentu tidak menyangka sebuah terjemahan rasmi Al-Quran boleh menjadi seburuk itu.

Ayat-ayat di atas sebenarnya bukan dirujuk kepada Nabi Muhamad. Ia adalah rujukan kepada Nabi Musa. “Rakan kamu” yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat 2 adalah Nabi Musa. Dalam konteks hubungan antara rasul, Allah sifatkan Nabi Musa sebagai rakan atau sahabat kepada Nabi Muhamad. Kita kena ingat, ayat ini diturunkan kepada Nabi Muhamad dan bukan kepada para sahabat sebagaimana yang cuba diajukan oleh penterjemah iiu.edu.my.

Di bawah adalah bagaimana terjemahan Surah An-Najm, ayat 1 – 18 sepatutnya dibaca. Sebagai makluman terjemahan ini adalah terjemahan semula oleh saya dari terjemahan bahasa Inggeris oleh Syakir.
53:1 “Aku bersumpah demi bintang apabila ia jatuh”
53:2 “Sahabatmu tidak salah dan tidak juga dia sesat”
53:3 “Tidak juga dia bercakap dengan nafsu”
53:4 “Ia bukan kecuali wahyu yang telah diwahyukan”
53:5 “Tuhan yang Maha Berkuasa yang telah mengajarnya”
53:6 ” Tuhan yang Memberi Kekuatan, supaya dia berjaya melaksanakan”
53:7 “Dan Dia berada tinggi di kaki langit”
53:8 “Kemudian Dia semakin hampir dan merendahkan diriNya”
53:9 “Dia hanya berjarak 2 panahan panah atau lebih dekat”
53:10 “Dan Dia mewahyukan kepada hambaNya apa yang Dia wahyukan”
53:11 “Hatinya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya”
53:12 “Apa? Kamu pertikaikan apa yang dia lihat?”
53:13 “Dan sesungguhnya dia telah melihatNya di penurunan yang satu lagi”
53:14 “Di sisi Sidratul Muntaha”
53:15 “Yang hampir kepadanya syurga, tempat yang dituju”
53:16 “Sidratul Muntaha yang dilitupi”
53:17 “Matanya tidak berkelip, namun ia tidak salah”
53:18 “Sesungguhnya dia melihat mukjizat-mukjizat terbesar dari Tuhannya”
Dalam sejarah Nabi-Nabi, hanya seorang Nabi saja yang telah menerima mukjizat dan wahyu dari Tuhan secara terus, di mana Tuhan turun ke bumi menemuinya. Dan Nabi itu adalah Nabi Musa. Tuhan telah turun ke bumi dalam dua peristiwa untuk menemui Nabi Musa. Peristiwa pertama adalah apabila Tuhan memperlihatkan dan memberi Nabi Musa mukjizat untuk beliau berdepan dengan Firaun dan peristiwa kedua adalah apabila Tuhan menyampaikan wahyunya kepada Nabi Musa. Dan ayat-ayat surah An-Najm menepati gambaran tentang pengalaman yang telah dilalui oleh Nabi Musa. Nabi Muhamad tidak pernah menerima mukjizat selain dari Al-Quran dan tidak menerima wahyu secara terus dari Tuhan sebaliknya melalui perantaraan Jibril. Oleh itu mengatakan ayat 1 – 18, Surah An-Najm sebagai merujuk kepada Nabi Muhamad adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan keterlaluan.

Pertemuan pertama Nabi Musa dengan Tuhan diceritakan di dalam Al-Quran dengan jelas melalui Surah Ta-Ha (Surah ke 20).
20:9 “Dan sudahkan cerita tentang Musa sampai kepada kamu?”
20:10 “Apabila dia melihat api dan dia berkata kepada keluarganya,
“Berhenti! Sesungguhnya aku melihat api, mungkin aku dapat membawa bara
kepada kamu atau mendapatkan panduan di api itu”.
20:11 “Jadi apabila dia datang kepadanya, satu suara kedengaran: “Wahai Musa:
20:12 “Sesungguhnya akuTuhanmu, oleh itu bukalah kasutmu, sesungguhnya kamu berada di lembah suci, Tuwa”.
20:13 “Dan Aku telah memilihmu, jadi dengarlah apa yang akan diwahyukan”.
20:14 “Sesungguhnya Aku Allah, tidak ada Tuhan lain selain Aku,
oleh itu berbaktilah kepadaKu dan tunaikan komitmen sebagai ingatan
kepadaKu”.
20:15 “Sesungguhnya masanya akan tiba – Aku akan memperlihatkannya – supaya setiap jiwa akan diberi ganjaran atas usahanya”.
20:16 “Oleh itu jangan biarkan sesiapa yang tidak percayakannya
dan menurut nafsu dangkalnya memalingkan kamu daripadanya supaya kamu
gagal”.
20:17 “Dan apakah yang ada di tangan kanan kamu, wahai Musa?”
20:18 “Dia berkata; Ini tongkatku. Aku bersandar kepadanya dan aku
menggunakannya untuk memukul daun-daun supaya jatuh sebagai makanan
biri-biriku, aku juga menggunakanya untuk tujuan lain”.
20:19 “Dia berkata: Campakkannya, wahai Musa!”
20:20 “Jadi dia mencampakkannya, dan lo! Ia menjadi ular yang menjalar”.
20:21 “Dia berkata: Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan kembalikan ia kepada bentuk asalnya”.
20:22 “Dan tekan tangan kamu ke sisi kamu, ia akan menjadi putih bersih: satu lagi mukjizat”.
20:23 “Semoga Kami akan tunjukkan mukjizat yang lebih hebat kepada kamu”.
20:24 “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas”.
20:25 “Dia (Musa) berkata; Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku”.
20:26 “Dan mudahkanlah urusanku”.
20:27 “Dan bebaskan kelu lidahku…”
Kisah mengenai Nabi Musa yang terpukau pada satu malam di mana dia telah bertemu Tuhan yang memperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat dalam 20:9 – 27 di atas selaras dengan konteks ayat-ayat 53:13 – 18. Pertemuan seterusnya pula berlaku apabila Tuhan turun ke bumi untuk menyampaikan wahyu kepada Musa. Kisah mengenai pertemuan ini diceritakan dalam Surah Al-A’raf ayat142-145.
7:142 “Dan kami menetapkan pertemuan dengan Musa selama
30 malam dan menyudahkannya dengan 10 lagi, jadi tempoh pertemuan
dengan Tuhannya selesai dalam 40 malam, dan Musa berkata kepada adiknya
Harun: Ambil tempatku di kalangan orang-orangku dan uruskan dengan baik
dan jangan ikut cara mereka yang membuat kerosakan”.
7:143 “Dan apabila Musa datang pada masa yang telah ditetapkan dan
Tuhannya menegurnya dan beliau berkata: Tuhanku! Tunjukkanlah, supaya
aku dapat melihat Dirimu. Dia (Tuhan) berkata: Kamu tidak akan mampu
melihat Aku tetapi lihatlah gunung itu, jika ia kekal di tempatnya,
maka kamu akan melihat Aku, tetapi apabila Tuhan menzahirkan
kebesarannya kepada gunung itu Dia membuatnya runtuh dan Musa jatuh
pengsan; kemudian bila dia kembali pulih, dia berkata: Keagungan
untukMu, aku patuh kepadaMu dan akulah di antara mereka yang percaya”.
7:144 “Dia berkata: Wahai Musa! Sesungguhnya aku telah memilih kamu
di atas yang lain untuk menyampaikan pesanan-pesanan dan
perkataan-perkataanKu, oleh itu peganglah apa yang Aku berikan kepadamu
dan jadilah antara mereka yang menghargai”.
7:145 “Dan kami perintahkan untuk dia dalam bentuk senarai
peringatan yang pelbagai dan penjelasan dalam semua perkara; jadi
peganglah semuanya dengan teguh dan ajaklah orang-orang kamu untuk
berpegang kepada apa yang terbaik, aku akan tunjukkan kepadamu tempat
tinggal yang kekal untuk mereka yang melampaui batas.”
Kisah yang diceritakan melalui ayat 7:142 – 145 di atas selaras dengan konteks ayat 53:2 -12.

Kesimpulan
Selepas melihat semua rujukan ayat 20:9 – 27 dan 7:142 – 145, maka bukti yang jelas telah kita lihat sendiri bahawa Surah An-Najm, ayat 1 – 18 tidak syak sememangnya merujuk kepada Nabi Musa dan bukan Nabi Muhamad sebagaimana yang cuba dipesongkan oleh penterjemah iiu.edu.my dan penterjemah “bertauliah” yang lain.

Jika pembaca budiman fikir pemesongan tentang Nabi Musa ini berakhir di sini, bersedialah untuk terkejut. Ia tidak berakhir di sini. Tetapi ia berakhir di tikar sembahyang orang-orang Islam. Para ulama memberitahu umat Islam bahawa sembahyang merupakan satu ibadat yang telah diperintahkan oleh Tuhan kepada Nabi Muhamad secara terus, di mana Nabi telah diterbangkan dari Mekah ke Baitul Muqqaddis dan kemudian menemui Tuhan di langit ke tujuh dalam peristiwa ajaib yang diberi nama Israk dan Mikraj. Saya rasa tidak perlu saya bercerita panjang tentang perjalanan “adventure” ala hikayat 1001 Malam Nabi itu kerana saya yakin para pembaca budiman tentu lebih maklum mengenainya. Untuk cerita mereka itu, para ulama hanya menggunakan dalil ayat 1, Surah Al-Israa.
17:1 “Maha Suci Allah yang telah
menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam
(di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan
dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui”. (Sekali lagi terjemahan oleh iiu.edu.my)
Bayangkan hanya melalui satu ayat ini, para ulama mampu mencipta sebuah cerita yang memukau jutaan manusia di serata dunia dan memastikan penganut Islam sembahyang 5 kali sehari dengan cara yang mereka (ulama) sendiri tetapkan. Kalau ini bukan pencapaian yang menakjubkan, apa lagi? Memang hebat! Tetapi betulkah ayat 1, Surah Al-Israa itu merujuk kepada Nabi Muhamad? Mari kita lihat, periksa dan teliti baik-baik. Dari terjemahan Syakir, saya terjemahkan semula begini:
17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau
hambaNya pada satu malam dari batasan ketetapan yang direstui ke arah
lingkungan ketetapan yang direstui, yang mana ia diberkati, supaya
dapat diperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat (signs) Kami.
Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.
17:2 “Dan kami berikan Musa Warkah (Al-Kitab) dan Kami putuskan ia
sebagai Petunjuk kepada bani Israel. Kamu tidak patut mengambil selain
dari aku sebagai penaung”.
17:3 “Dari keturunan yang telah bersama Nuh, sesungguhnya dia adalah hamba yang patuh”.
Baca betul-betul ayat 17:1: Yang Satu (Tuhan) telah memukau hambaNya pada satu malam untuk memperlihatkan mukjizat-mukjizatnya dan meletakkan status hambaNya itu dari seorang biasa ke arah menjadi seorang rasul.

Selepas jelas maksud ayat 17:1 kepada kita mari kita sama-sama jawab persoalan-persoalan ini:

  • Adakah Nabi Muhamad pernah terpukau pada satu malam kerana Tuhan memperlihatkan mukjizat-mukjizatnya? Tidak.
  • Adakah Nabi Muhamad pernah menerima apa-apa mukjizat selain Al-Quran? Tidak.
  • Adakah Tuhan pernah turun ke bumi untuk menemui Nabi Muhamad secara terus? Tidak.
  • Adakah Nabi Musa pernah terpukau pada satu malam kerana Tuhan memperlihatkan mukjizat-mukjizatnya? Ya.
  • Adakah kedua-dua (bangunan) masjid Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa
    (Nabi dikatakan sembahyang 2 rakaat di situ sebelum terbang ke langit)
    telah wujud ketika peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhamad? Tidak.
  • Adakah kedua-dua (bangunan) masjid Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa telah wujud ketika zaman Nabi Musa? Tidak.
  • Adakah konteks ayat 17:2 – 3 selaras atau harmoni dengan ayat 17:1 jika ia dirujuk kepada Nabi Musa? Ya.

Oleh itu ayat 17:1 terbukti merujuk kepada Nabi Musa dan bukan Nabi Muhamad seperti mana yang dikatakan oleh para ulama. Dengan kesimpulan ini, maka peristiwa Israk & Mikraj sebenarnya tidak pernah berlaku.

Dan kalau begitu bagaimana dengan sembahyang lima waktu yang kononnya diperintahkan Tuhan melalui peristiwa itu? Saya berpendapat kita perlu renungkan ayat di bawah supaya tidak kekal menjadi umat yang sesat.
7:146 “Aku akan palingkan dari wahyu-wahyuku mereka yang
sombong tidak bertempat di bumi ini dan jika mereka melihat setiap
petunjuk mereka tidak akan mempercayainya dan jika melihat jalan yang
baik mereka tidak mengambilnya sebagai jalan mereka tetapi jika melihat
jalan yang salah, mereka mengambilnya sebagai jalan mereka, ini kerana
mereka menolak wahyu-wahyu kami dan langsung tidak peduli akannya”.


Last edited by tolokminda on Sat Aug 07, 2010 3:10 am; edited 3 times in total
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:45 am

Salam...

saudara tolokminda...

yg sy punya adalh terjemahn dan tafsiran para ulamk.. bukan seorg ulamak shja... di mana mereka berpandukn nas Al-quran dan Hadis

tp yg sauadra berikn itu adalh terjemahn ulamak tp tafsir pakai akai sendri... dan kemudian saudara terejmhn balik pakai akai sendri...

sy lbh percyaakn ulamak dr tafsirn saudara...

sekian.
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda


Posts : 627
Points : 5675
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 2:50 am

Salam Gaara,

Terpulanglah. Saya tidak bertanggungjawab kepada orang lain.
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6521
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 3:03 am

othman wrote:

salam

kalau kita dari medium sains maka kita akan terasa bahawa semua tu nampak macam tak logik . sains mendefinasikan langit ialah selain dari bumi . sedangkan al quran tidak . cuba kita jangan tergesa2 buat kesimpulan dan bersifat tidak tahu pada yg kita tak jelas dan jangan mengambil sikap faham kerana jika fahaman kita salah maka sampai penghung pun kita salah . tak rugi kalau kita sabar dan belajar .
Salam,

Masalahnya, dalam Al Quran sendiri cerita Nabi naik ke langit dengan burak tidak wujud. Maknanya Al Quran sendiri tidak iktiraf cerita sebegitu.

Jadi macam mana saudara tergesa-gesa membenarkan riwayat macam itu tanpa sokongan Al Quran?
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6521
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 3:07 am

gaara wrote:
Salam...

saudara tolokminda...

yg sy punya adalh terjemahn dan tafsiran para ulamk.. bukan seorg ulamak shja... di mana mereka berpandukn nas Al-quran dan Hadis

tp yg sauadra berikn itu adalh terjemahn ulamak tp tafsir pakai akai sendri... dan kemudian saudara terejmhn balik pakai akai sendri...

sy lbh percyaakn ulamak dr tafsirn saudara...

sekian.
Salam,

Apa yang TM lakukan adalah sama seperti ayat 16:44 iaitu supaya manusia memikirkan. Lainlah ayat 16:44 mencatatkan "supaya manusia menggunakan tafsiran ulamak".

Bila Allah suruh manusia memikirkan, pikirlah sendiri. Susahnya sangat ke nak fikir sendiri? (Teringat kat Nabil Smile )
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 3:12 am

Salam...

Code:
Di bawah adalah bagaimana terjemahan Surah An-Najm, ayat 1 – 18 sepatutnya dibaca. Sebagai makluman terjemahan ini adalah terjemahan semula oleh saya dari terjemahan bahasa Inggeris oleh Syakir.

sy jugk tertarik tp pelik bila saudara tolokminda menjadikn terjemahn syakir iaitu seorg ulamak hadis sebgai panduan tp di masa yg sama menolAK hadis...

dan terjemahn syakir itu juga sama seperti terjemahn sy...

tp tafsiranya telah diselewengkan oleh tolokminda tanpa bantuan dr ulaamk hadis... affraid affraid
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda


Posts : 627
Points : 5675
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 3:17 am

Salam,

Saya memilih terjemahan Shakir kerana ia lebih mudah saya fahami dan ia tidak mengandungi banyak tafsiran (perkataan dalam kurungan). Samada beliau seorang ulama hadis tidak relevan dalam pemilihan terjemahan yang saya buat. Kalau tak percaya terjemahan saya itu adalah terjemahan semula Shakir, yang berminat boleh menyemak terjemahan Shakir di http://www.themuslimweb.com/quran/browse.cgi?sura=53&aya=&sh=1.

Bandingkan sendiri terjemahan Shakir dengan terjemahan iiu.edu.my di http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/.
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 3:28 am

Salam...

sy cuma tertarik dgn keadaan kelam kabut puak akai nie je saudara tolokminda...

tolak hadis tp pakai terjemahn ulaamk hadis...

dan mmg terdpt persamaan ketara terjemhn ulamak hadis tersbt dgn terjemhn iiu.edu.my tersbt....
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6074
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 EmptySat Aug 07, 2010 3:31 am

dan terjemahn/tafsir iiu.edu.my itu sebenarnya berasal dr abdullah yusuf ali yg juga terdpt dlm link yg saudara tolokminda bg....
Back to top Go down
Sponsored content





Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Al-Quran vs Riwayat & Bible   Al-Quran vs Riwayat & Bible - Page 2 Empty

Back to top Go down
 
Al-Quran vs Riwayat & Bible
Back to top 
Page 2 of 8Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
 Similar topics
-
» Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran
» Persamaan Gospel & Riwayat Hadis
» Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??
» Terjemahan Al-Quran
» Bakar Al Quran

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: