First topic message reminder :
11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
Dari ayat di atas, saya berpendapat solat adalah perbuatan yang baik. Ini bermakna, orang-orang yang melakukan perbuatan yang baik dipanggil orang yang bersolat.
Solat atau perbuatan yang baik akan menghilangkan kejahatan, bertepatan dengan ayat di atas.
Tidak kira bagaimana bentuk perbuatan yang baik itu, maka ianya dinamakan solat seperti membantu jiran, bersenam, belajar, bekerja dsb. Apabila orang itu melakukan sesuatu perbuatan yang memberi kebaikan atau manfaat kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara maka orang itu bersolat.